Bab 1

Romance Series 3378

"ARI tak nak, papa!! Ari tak nak kahwin dengan Wafiy!" bantah Ariana Mikayla. Suaranya cuba dikawal agar tidak terlalu meninggi. Tetapi permintaan ayahnya agak melampau.

Bersuamikan Wafiy Jeffri? Tidak! Mahu sengsara hidupnya bersuamikan playboy. Dia tidak mahu menanggung derita. Wafiy Jeffri mempunyai perempuan keliling pinggang. Silap-silap dia terpaksa memegang status janda ketika usia 25 tahun. Tidak mahu!!

"No, Ari! Keputusan papa adalah muktamad!!" balas papa Ariana. Lelaki yang berpangkat dato' itu sangat runsing dengan sikap anak perempuannya. Jika putih kata Dato' Azman, maka hitam pula kata Ariana. Pasti Ariana akan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Dato' Azman. Lagi dilarang, lagi dibuat.

"Tidak!! Ari tak nak kahwin dengan playboy tu!!" Ariana tetap dengan keputusannya. Jika A kata Ariana, maka hasilnya harus lah A. Bukan B, C dan D. Pasti A. Papa pekak ke? Sudah berulang kali Ariana kata tidak mahu tetapi Dato' Azman tetap dengan keputusannya.

Haihh... Bapa borek, anak rintik. Dua kali lima sahaja mereka bedua!

"Kahwin aje lah.. Apa susah? Mengada- ngada." ujar Querina, adik tiri Ariana sambil dicebikkan bibir. Suka sangat menjadi batu api dalam pergaduhan antara Ariana dan Dato' Azman. Nampaknya Querina memang tidak suka akan Ariana malah berada di tahap membenci.

Ariana juga hairan. Mengapa Querina selalu sangat tidak berpuas hati kepadanya sedangkan Querina sudah mendapat perhatian yang cukup dari Dato' Azman? Apa lagi yang perempuan ini tidak berpuas hati?

"Kau diam lah anak pungut!" marah Ariana kepada Querina. Sungguh tahap kesabarannya sudah mulai menipis. Tahap kesabaran Ariana hanya senipis kulit bawang sahaja.

Pernah sahaja Ariana mengajak Querina untuk berdamai sesama adik-beradik. Tetapi apa yang dia dapat? Kata-kata hinaan! Memang tak lah dia nak buat baik dengan Querina walau sekelumit!

Kalau tak kerana Querina memegang status adik, memang tak lah Ariana nak bagi muka. Pasti akan Ariana campaknya ke planet Utarid! Biar terbakar dan hangus jadi arang! Baru puas hati Ariana!

"Abang, tengok anak abang ni panggil Que anak pungut! Jahat betul!" adu Datin Noraini, ibu tiri Ariana. Cuba menambah minyak ke dalam api yang baru mulai marak.

Ariana mendengus. Dia menjeling Datin Noraini. Wanita ini juga Ariana tak suka. Nasib baik wanita ini memegang title ibu, kalau tak dengan dia sekali Ariana campak keluar dari bumi. Campak sampai bulan biar berkawan dengan alien! Sepatutnya Datin Noraini mencurahkan kasih sayang sebagai ibu kepada anak, Ariana. Ini tak!

Depan Dato' Azman, lemah lembut terlebih. Sampai pijak semut pun tak mati. Belakang Dato' Azman, pijak semut bukan setakat semut je yang mati, habis lantai retak! Dideranya Ariana disuruh Ariana buat semua benda. Sedangkan rumah mereka sudah ada orang gaji, tapi Datin Noraini sengaja ingin menyeksa Ariana Mikayla. Kalau depan Dato' Azman, suara mengalahkan Mahsuri, belakang Dato' Azman, suara macam Kasim Selamat! Sebiji macam Giant dalam Doraemon!

"Ari! Jangan nak kurang ajar!" ujar Dato' Azman memberi amaran. Suara ditinggikan untuk menakut- nakutkan Ariana. Semenjak dia berkahwin lagi, Ariana berubah menjadi seorang yang pendiam. Degil dan kuat memberontak. Apa nak jadi dengan kamu, Ari..?

Ariana tertawa sinis. Sungguh kebodohan dan kenaifan papanya mencuit hatinya.

"Ari yang kurang ajar ke diorang ni pa? Perempuan ni kahwin dengan papa sebab nak harta aje!" balas Ariana sambil memandang Datin Noraini dengan penuh rasa benci. Terlayar di kotak fikirannya memori dia didera.

Ariana ukir senyuman sinis. Dia pasti. Dalam kiraan 3 saat, drama akan berlangsung.

1....

2....

3....

"Sampai hati Ari cakap macam itu dengan mama.. Mama tak pernah pun berniat nak ambil harta papa.. Mama sayang papa setulus hati mama..." ujar Datin Noraini dengan nada yang meleret. Air mata menitis demi setitis menodai pipinya.

Bingo!

Ariana pula mencebik sambil meletakkan tangan kanan di pinggang. Sungguh! Perempuan ni memang layak dapat Oscar!

Dia berasa jijik melihat babak air mata yang tak berbayar. Bukan sekali dua dia melihat drama itu. Syarat untuk melihat drama tak berbayar dan murahan ada satu. Mesti dilakonkan didepan Dato' Azman! Hanya itu sahaja la kelebihan Datin Noraini. Pura-pura baik, hipokrit! Dasar talam dua muka!

"Kenapa Ari cakap macam itu? Mama berusaha untuk jaga Ari tahu tak. Terima la kenyataan yang mak kamu dah tak dak!!" marah Dato' Azman.

Air muka Ariana berubah tegang. Tahap kesabarannya sudah mencecah ke maksimum.

"Kenapa papa ni? Suka sangat arah-arah Ari? Papa selalu sangat lebihkan perempuan perempuan sundal ni! Sebab papa lah, mama mati!!" jerit Ariana bagaikan orang gila. Diluahkan segala yang terbuku di hati. Bukan niat dia untuk meninggikan suara terhadap ayahnya. Tetapi dia harus mengetuk pintu kesedaran ayahnya. Mereka cuma mahu kan harta papa!

Pangg!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Ariana. Ariana terkedu. Dia memandang Dato' Azman dengan riak tidak percaya.

"Ari ini memang dasar anak kurang ajar! Mulai hari ini, kalau Ari tak kahwin, papa tak akan mengaku Ari ini anak papa! Jangan jejak rumah ni sampai Ari dah kahwin!!" jerkah Dato' Azman. Begitu kuat suaranya sehingga satu banglo bergema dengan jerkahannya.

Mata Ariana mula berkaca-kaca. Hanya tunggu masa untuk menitis. Tak sesekali dia sangka. Dato' Azman akan meninggikan suara kepadanya. Tak sesekali dia sangka. Tangan Dato' Azman hinggap di pipi kanannya.

Ariana mengukir senyuman sinis.

"Baiklah. Ari pun tak inginlah nak hadap dua orang perempuan yang gilakan harta! Baik Ari blah! Jaga diri. Assalamualaikum." Ariana terus berlalu meninggalkan perkarangan rumah banglo 3 tingkat.

Datin Noraini dan Querina bersorak keriangan di dalam hati. Musuh untuk perebutan harta mereka sudah tiada lagi!

***

HUJAN lebat mula turun seolah-olah mengetahui betapa hibanya hati dia. Matahari pula berselindung disebalik awan seperti kebahagiaan bersembunyi disebalik kesedihan. Awan-awan pula kian mendung dan kelam menandakan perasaan hatinya. Angin sejuk bertiup kencang dapat menaikkan bulu roma tetapi tidak dapat menyejukkan hatinya yang bercampur baur.

Allah... Ariana menggenggam erat kedua-dua belah tangannya. Dia menggigil kesejukan. Sungguh dia sejuk. Air hujan membasahi rambutnya yang panjang.

Air mata Ariana mengalir. Dia sangat suka hujan. Kerana apabila hujan mula turun, tiada siapa yang nampak bahawa dia sedang menangis. Air matanya bergabung dengan air hujan. Menodai pipi Ariana.

"Mama.. Kenapa mama tinggalkan Ari?" rintih Ariana pilu. Sungguh dia sedih dan sebak. Mengapa ibu nya pergi ketika dia baru berumur 15 tahun? Mengapa? Walaupun 10 tahun telah berlalu, rasa sayang pada ibu tercinta tak pernah luput malah kian bercambah dan mekar.

Pandangannya mula kabur. Kepala terasa berat. Seolah-olah dunia sedang berputar. Terasa seperti dunia turut kelam.

Ariana rebah di atas muka bumi.

*************************************
Cliché kan? Dah muntah hijau ke belum? hahahaa

Iye, nama heroine is Ari and hero start with 'H'. nama heroine BC plk Ara dngn hero dia start huruf H jgk. kebetulan sngguh haha.

and heroine kli ni pun ada kaitan dngn Cinderella mcm BC. Klau Ara kakak tiri Cinderella, Ari plk si Cinderella ><

Pls tell me your opinion about this story! Should I continue?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience