AIR matanya mengalir hangat membasahi pipi. Cuba ditahan tapi air matanya tetap gugur untuk kesekian kalinya. Sudah tidak dapat ditahan. Sungguh dia berasa amat kecewa. Apakah kesetiaannya selama ini tidak dihargai oleh si dia?
Bercucuran air matanya tumpah. Dia hanya membiarkan sahaja air matanya mengalir laju. Dia langsung tidak mengesat mahu pun mengelap air mata yang menodai pipi itu.
Dia tidak dapat menanggung rasa kecewa lagi tatkala melihat pasangan sejoli yang bagaikan pinang dibelah dua itu. Empangan air matanya terus pecah. Rasa sakit hati menggunung. Hatinya bagai disiat-siat saat mengetahui perkhabaran berita yang tidak pernah dia dapat jangka.
"Nur! Nur!" Panggilan daripada buah hati langsung tidak dia peduli. Kakinya pantas diatur untuk pulang ke rumah. Hatinya sakit. Dikhianati oleh kekasih hati sendiri.
"Nur!!" panggil Helmi lagi. Tetapi Nur Cempaka masih tidak endahkan jeritan Helmi. Dipercepatkan langkah. Langsung tidak menoleh ke belakang melihat Helmi yang memanggilnya.
"Biar aku cakap dengan Nur," ujar Ariana menawarkan diri sambil memegang bahu Helmi. Riak wajahnya menampakkan yang dia sangat serius.
Lelaki bercakap dengan perempuan memang la tak menjadi. Tambahan pula Ariana lah pencetus kesedihan Nur Cempaka! Memang lebih afdal Ariana yang kena pujuk gadis itu.
Hati perempuan mana tak sedih saat mengetahui sang kekasih pujaan hati telah berkahwin? Niat Cempaka ingin menyambut kepulangan Helmi Ikram tapi kejutan pula yang dia dapat. Majlis yang amat meriah! Akad nikah! Siapa tak terkejut?
Helmi mengeluh sebelum mengangguk setuju. Serahkan aje lah kepada isterinya. Moga moga han hati Nur Cempaka sejuk semula.
Ariana terus bergegas mengejar Cempaka.
Ishh.. Perempuan ni pakai kain pun boleh lari laju lagi! Omel Ariana di dalam hati.
"Nur! Tunggu!" laung Ariana. Ah, semput! Sudah lama dia tidak jogging. Lagi-lagi kawasan perkampungan ini ada banyak batu di sepanjang jalan. Sudahlah dia pakai kasut tumit tinggi. Nak tercabut tapak itu dibuatnya. Terkedek-kedek dia lari seperti itik mengejar Cempaka yang laju.
Sudah lah jalan ini sempit. Berbatu-batu kecil di sepanjang jalan! Jalan kampung memang macam ni eh? Kalau silap langkah, silap-silap boleh jatuh termasuk dalam sawah padi di tepi jalan berbatu!! Basah lencun boleh berlaku!!
Huh! Tak mahu!!
"Awak nak apa lagi? Nur doakan semoga awak dan abang Am bahagia!" laung Cempaka sambil memejamkan mata rapat . Apa lagi yang perempuan ini mahu? Mahu sakitkan hati dia? Mahu berlagak yang dia sudah memiliki Helmi? Mahu berguling-guling ketawakan dia? Daripada mendengar semua itu baik dia berambus. Lebih baik daripada hati terus diseksa.
Ariana menepuk dahinya sendiri. Perempuan ni memang suka buat spekulasi sendiri lah. Bahagia? Bahagia dengan mamat kampung? Memang tak lah! Dia bukan taste aku!
Tak mungkin perkara itu akan berlaku. Dan aku tak akan biarkan perkara itu berlaku! Sudah namanya perkahwinan tanpa kontrak. Helmi Ikram hanya suami 3 bulan, suami sementara. Cukup 3 bulan, dia akan angkat kaki beredar dari negeri Utara, Kedah itu. Itu janjinya!
"Tapi kami tak saling mencintai!!" teriak Ariana lalu berhenti. Ah! Semput! Semput! Tercungap-cungap dia mengambil oksigen. Panas terik betul. Habis merah muka putih Ariana. Ariana mengibas-ngibas tangannya untuk menyejukkan muka. Habis berpeluh-peluh mukanya.
Larian Cempaka terhenti. Dia berdiri kaku. Telinganya dibuka luas-luas. Aku tak salah dengar kan? Diorang saling tak mencintai? Dah tu kenapa kahwin? Cempaka memberanikan diri untuk toleh ke belakang menghadap Ariana Mikayla.
Dia terpana melihat wajah Ariana.
Allah... Gadis itu sangat cantik. Walaupun gadis itu tampak kepenatan dengan peluh yang membasahi dahi berserta rambut yang agak serabai, dia tetap cantik. Mata yang berwarna hazelnut, bibir kecil yang agak mungil dan juga warna kulitnya yang putih serta cerah. Bahasa pendek untuk mengungkap segalanya ialah sempurna.
Ya, Ariana Mikayla cukup sempurna.
Patut lah abang Am kahwin dengan dia...bisik hati Cempaka pilu.
Pandangan Cempaka tiba-tiba beralih ke atas lantai jalan. Apa yang ditenungnya pun tidak tahu.
Seolah-olah mengetahui apa yang bermain-main difikiran Nur Cempaka, Ariana terlebih
dahulu menerangkan.
"Ya, kitorang saling tak mencintai. Am masih cintakan Nur. Kitorang kahwin untuk 3 bulan aje. Lepas cukup 3 bulan, Am akan ceraikan saya. Berkahwin pun bersebab. Jangan risau. Saya tak akan jatuh cinta pada Am!" terang Ariana penuh yakin.
Memang itu yang Ariana dan Helmi rancang. Alaaa.... Setakat 3 bulan aje. Apalah sangat. Pejam celik pejam celik dah cukup 3 bulan. Eh, apa yang kau merapu ni, Ari? 3 bulan tu lama lah! Bukannya 3 minit!
Cempaka yang menunduk terus mendongak memandang Ariana. Ada sinar harapan di mata itu.
"Betul ke...?" Hatinya yang tadi berasa sempit terus lega dan lapang setelah mendengar penjelasan Ariana.
"Mestillah!"
"Tapi kenapa awak kena kahwin dengan abang Am? Atas sebab?" Mata bulat Cempaka membulat. Sungguh polos gadis ini. Mana mungkin Ariana tega mencintai lelaki bernama Helmi?
"Nur, Nur jangan risau. Saya nak pinjam Am sekejap aje. Boleh?" soal Ariana sambil memandang dalam anak mata milik Cempaka.
Cempaka terdiam. Dia berfikir dahulu untuk mencerna semua yang dibicarakan oleh isteri Helmi. Cempaka memandang Ariana lama lalu mengangguk.
Senyuman mekar terlakar pada wajah Ariana Mikayla. Yeay! Cempaka dah bagi green light!
"Demi abang Am, Nur sanggup tunggu." ucap Cempaka sambil tersenyum. Ariana berbalas senyuman.
Ariana menghela nafas lega. Masalah ni dah settle! Yeay!
***
"WAH, hebat lah hang Yam. Dapat menantu anak dato'!" ujar Mak Bedah yang duduk bersimpuh di atas pondok kecil.
Puan Maryam yang sedang menghidangkan juadah kuih-muih kepada para tetamunya hanya tersenyum tipis. Baru semalam berkahwin, geng gossip datang lagi?
"Bedah, aku ni sebernanya tak kisah pun ada menantu anak orang kaya ka janji hati dia ikhlas terima Am sebagai suami..." tutur Puan Maryam. Baginya jawapan itu sahaja yang dianggap 'selamat'.
"Tapi betui la kata Bedah.. Sudah lah menantu hang kaya, cantik pula tu!" tambah Mak Cha. Woa.... Memang kelab gosip betul! Kalau ada apa-apa berita perkembangan sama ada fakta atau auta, mereka lah orang pertama yang mencanang cerita satu kampung!
Puan Maryam hanya mampu tersenyum. Mahu cakap apa lagi? Sudah ketentuan Allah menakdirkan menantu seperti Ariana. Cukup paras rupa dan budi akhlak.
"Bertuah betui la anak hang, Am. Tapi lagu mana pula Ari tu sangkut dengan Am? Dia kan biasa-biasa ja.. Bukannya ada kerja tetap pun." sindir Mak Jah. Mak Jah ni memang ketua mengumpat. Sudah menjadi lumrah untuk geng mengumpat mesti ada ketuanya yang mulut memang minta kena makan padi! Mak Jah lah orangnya!
Puan Maryam hanya mampu menahan rasa. Amboi, kutuk anak orang ya?
"Am kata dia dapat kerja dah kat sekolah. Jah, anak hang si Kasim tu pula lagu mana? Hidup pun kerja dribar jaaa..... Apa cerita? Sudah naik pangkat ka?" soal Puan Maryam sambil mengangkat-ngangkat kening. Orang berbudi kita berbahasa.
Mak Jah mula tak senang duduk. Dia tak suka anaknya dikait dengan pekerjaan. Memang Kasim tidak boleh dibanggakan sangat pun. Kasim hanya kerja sebagai driver sahaja.
Kerana pulut santan binasa..
Kerana mulut badan binasa..
Padan muka hang, oi Mak Jah!
Mak Bedah dan Mak Surya mula ketawa mengilai. Walaupun usia sudah separuh abad, tenaga tetap tidak berkurangan dalam mengutuk orang.
"Tapi aku peliklah. Am selama ni duduk dekat Kedah ja, lagu mana boleh jatuh cinta dengan Ari pula?" soal Mak Cha kepada Puan Maryam. Dia masih tidak berpuas hati bahawa Puan Maryam bermenantukan anak bangsawan, Ariana Mikayla Binti Dato' Azman!
"Am pernah pergi Selangor, itu yang kenal tu. Eh, anak hang tu Cha macam mana? Si Ton tu. Tak kahwin lagi kan? Tak takut ka kalau budak-budak panggil anak dara tua?" soal Puan Maryam. Membidas semula dengan kata-kata sarkastik kuasa 2!
Mak Cha menggigit bibir. Alahai.. Aku yang nak kenakan dia tapi aku yang terkena! Hampeh!
Mak Cha memaniskan wajahnya yang sedia masam.
"Biaq pi lah budak-budak nak panggil dia andartu pun, Yam. Kita tak kacau orang, orang tak kacau kita. Kita ni bukannya boleh pun tutup mulut orang. Jodoh belum tiba lagi. Eh.. Anak hang Bedah? Lagu mana?" balas Mak Cha sekali gus bertanyakan soalan kepada Mak Bedah. Mahu menyelamatkan diri.
Mak Bedah mengeluh. Tapi diukir senyuman.
"Nur tu aku tak tau laa.... Mesti sedih Am dah kahwin. Tak dapat laa kita nak berbesan kan, Yam?"
Puan Maryam sekadar tersenyum nipis sambil mengangguk.
"Alaaa.. Nak buat lagu mana? Jodoh bukan milik depa. Aku harap anak hang jumpa laki yang lagi baik daripada Am." ucap Puan Maryam ikhlas.
Mereka seraya mengangguk. Tiba-tiba seorang wanita tua datang menghampiri mereka.
"Apa sembang kat luaq ni? Mai lah masuk dalam!" jemput Tok Mah. Siap dengan gayanya sekali. Maklumlah, tuan rumah kan.. Walaupun sudah menginjak usia, Tok Mah tetap bertenaga persis orang muda!
"Tak pa lah, Mah. Kami pun nak balik dah kan?" pinta Mak Cha.
"Minta diri lah noo.. Nanti ada masa kita sembang lagi ya?" soal Mak Jah.
Puan Maryam mengangguk.
"Ha lah, ha lah."
Usai bersalaman dan berlaga pipi, mereka terus pulang.
"Huh, balik pun tiga ekor tu!" kutuk Tok Mah lalu menyuapkan kuih-muih ke dalam mulutnya.
Puan Maryam tersenyum.
"Mana cucu menantu mak tu? Mak nak tengok."
Puan Maryam menggaru kepala yang tidak gatal. Sebernanya dia pun tak tahu dimana mereka. Lepas aje rehat terus lesap macam asap.
"Yam tak tau lah mak..."
"Aku nak bagi ceramah sikit dekat anak menantu hang tu!" tegas Tok Mah. Renungan mata yang tajam amatlah tajam mengalahkan pedang.
Puan Maryam menelan air liur.
'Apa yang mak nak buat dekat Am dan Ari?' getus Puan Maryam dalam hati.
Share this novel