"SO, kitorang tak jadi kahwinlah, uncle?" soal Wafiy Jeffri tanpa sebarang reaksi. Mungkin sudah dapat mengagak yang Ariana lebih memilih untuk berkahwin dengan orang lain selama 3 bulan berbanding dengan mengahwini dirinya sendiri.
Malah, Ariana Mikayla telah pun selamat berkahwin.
Wafiy tersenyum sinis. Kau buat aku rasa terhina Ari! Ibarat lelaki yang kau kahwin berjuta kali ganda lebih hebat daripada aku!
Dato' Azman mula dihurungi rasa bersalah. Dia sudah lama berjanji kepada Wafiy yang dia akan kahwinkan anaknya, Ariana dengan Wafiy.
"Uncle minta maaf banyak-banyak, Jeff. Uncle tak sangka Ari betul-betul kahwin dengan orang lain lepas uncle halau dia dari rumah." ucap Dato' Azman kesal. Dia benar-benar tidak percaya. Ariana sanggup berkahwin dengan orang lain dan tidak mendapat restu daripadanya.
Mulanya, dia hanya berniat untuk menakut-nakutkan Ariana dengan menghalau dari rumah dan memberi tempoh untuk mencari suami segera. Tetapi tak dijangka Ariana mengambil keputusan drastik berkahwin dengan seorang lelaki.
Wafiy tersenyum sinis. Hmph! Dasar orang tua tak boleh harap!
"Tak apa, uncle. No need to apologies. Futhermore, she didn't even like me." balas Wafiy seakan pasrah.
Dato' Azman menggeleng. Janji memang wajib ditepati! Itu sebab manusia berjanji!
"Apa kata kalau uncle kahwinkan Jeff dengan Querina?" cadang Dato' Azman. Querina, anak tiri dia pun ada boleh dijadikan galang ganti.
Wafiy menyungging senyuman. Orang tua ni... Berani betul nak kahwinkan aku dengan perempuan pisau cukur tu.
Perempuan pisau cukur yang nakkan aku ibarat trofi. Hanya sedap dan sesuai untuk dijadikan koleksi buat mata memandang. Tetapi, Ariana Mikayla....
Dia special! Hanya dia yang layak jadi isteri seorang Wafiy Jeffri!
"Saya tak nak Querina. Saya nak Ari je. Boleh tak, uncle?"
"Errrr.... Jeff, tapi Ari dah kahwin."
"3 bulan je pun. Saya boleh tunggu."
"Baik Jeff kahwin dengan-"
BAMM!!
Dato' Azman terkejut. Habis air kopi di atas meja tertumpah dek tumbukan Wafiy.
"Eh, orang tua, kau pekak ke?"
Tajam panahan mata Wafiy menikam mata Dato' Azman. Seakan panahan mata itu boleh membunuh sesiapa sahaja yang memandangnya. Ketakutan Dato' Azman dibuatnya.
Ya, ini lah sisi Wafiy Jeffri yang sebernanya!
"Kau langsung tak boleh harap. Biar aku je yang dapatkan Ari." Sinis Wafiy berbicara tanpa sebarang senyuman pada wajah.
"Faham, orang tua?"
Dato' Azman mengangguk berkali-kali.
Ah, mana mungkin dia lupakan siapa Wafiy Jeffri sebernanya. Sikap dan perangai Wafiy sebernanya.... Semuanya dia tahu! Tetapi dia alpa. Kerana lakonan Wafiy Jeffri membuatkan dia alpa siapa lelaki itu sebernanya.
Wafiy tersenyum lagi.
"Good."
Wafiy terus berdiri.
"I don't need your help, old man. I can get Ari myself."
"And our deal..... is not valid anymore."
Dia terus berlalu.
Dato' Azman mengetap gigi.
"Tak guna! Tak guna!"
Dia terus membaling semua objek yang dia nampak ke atas lantai. Dia mengamuk.
Dia menyuruh Ariana berkahwin dengan Wafiy kerana Wafiy berjanji akan serahkan saham sebanyak 14% kepada dirinya memandangkan Wafiy juga ada hak di dalam syarikatnya.
Tetapi semua plannya sudah gagal!
"Aku akan pastikan Gemilang jatuh muflis! Kau tunggu lah, Wafiy Jeffri!"
_____
Wafiy ukir senyuman sinis. Dia terus berjalan dari pintu rumah banglo tersebut.
Kau nak jatuhkan Gemilang, orang tua?
Semakin meleret senyuman sinis Wafiy.
Let see if you capable enough to do that!
Ari.....
Langkah Wafiy tiba-tiba mati. Nama itu bergendang di dalam kepalanya. Secara tiba-tiba sahaja, nama itu bergema.
Wafiy memandang cermin yang kebetulan berada di lorong yang dilaluinya. Cermin itu jelas sekali memaparkan imej dirinya sendiri.
Seorang lelaki yang berpakaian kemeja segak tinggi lampai dengan rambut yang serabai. Satu kata boleh simpulkan semuanya tentang Wafiy Jeffri daripada aspek fizikalnya.
Sempurna.
Ariana Mikayla...
Sehina itukah aku di matamu?
Raut wajahnya begitu sedih. Pandangan matanya cukup sayu. Seri dan keyakinan pada wajahnya tiba-tiba hilang. Tiba-tiba dalam sekelip mata, senyuman panjang yang sinis terlakar pada wajah Wafiy. Ekspresi yang sedih terus lesap dengan sepantas mungkin. Pandangan mata Wafiy sungguh menyeramkan. Matanya dipenuhi dengan dendam dan kebencian.
"Ari, aku akan dapatkan kau! Kau milik aku!"
***
"ARI pandai masak?" soal Puan Maryam sambil membasuh sayur.
Ariana yang turut membasuh sayur terus tersentak. Tidak menjangka dia akan ditanya soalan seperti ini. Soalan daripara ibu mertua membuatkan Ariana teragak-agak untuk menjawab.
Ariana menggeleng. Masak? Perkataan itu langsung tiada dalam kamus hidup Ariana. Sangat kelakar bagi dia jika dia dilabel 'chef'. Masak telur pun kuali boleh terbelah dua. Masak nasi pun boleh lembik terlebih air. Dapur boleh meletup tau jika chefnya Ariana.
Buka gas api pun tak reti. Inikan pula masak. Kata dia, takut tiba-tiba meletup la apalah. Dia pun tidak tahu gas api sepatutnya dipusing dari kiri atau dari kanan. Benda basic pun dia tak tahu. Kelakar bukan?
Sewaktu menjadi 'Cinderella' tak bertauliah di rumah banglo, dua ahli sihir selalu menyuruh dia memasak untuk mereka. Sedangkan ada aje maid. tetapi tetap disuruh Ariana.
Bermacam-macam jenis masakan disuruh dimasak. Apabila hidangan itu tidak memuaskan, komen tak bertauliah dilemparkan. Ewah kau pikir ini restaurant ke nak order order. Kalau nak sedap, suruh Chef Wan lah buat!
Puan Maryam mengukir senyuman tipis.
"Nak cuba masak?" tanya Puan Maryam.
Laju Ariana menggeleng. Huishh jangan cuba-cuba nak suruh dia masak! Nanti habis dapur yang dimasak! Dapur pun boleh hangit kalau Ariana masuk.
Pegang pisau pun tak reti. Potong bawang pun tak reti.
"Ari bukan apa. Ari trauma la bila cuba nak masak." jawab Ariana mendatar. Hotak kau trauma! Trauma apa benda lah? Nak 'kencing' pun pergi tandas la.. Tetapi bagi Ariana, jawapan itu dikira selamat. Ya, dia memang ada trauma memasak! Ye ke?
Puan Maryam mengangguk. Ooh.. Trauma.. Patut tak nak masak.
"Trauma memasak?"
Ariana menggigit bibir bawah. Puan Maryam ini pun satu. Ada instinct yang sangat kuat. Nama pun naluri wanita. Dia kan sudah lama makan garam daripada kau, Ariana. Bak kata pepatah melayu, sekilas air dilautan sudah dia tahu mana yang jantan mana yang betina. Macam itu jugalah dengan Puan Maryam.
"Ha'ah." Ariana mengangguk. Iyakan sajalah. Dia tak rugi apa-apa pun. Di dalam hati dia tidak putus putus berdoa. Moga-mogahan Puan Maryam tidak banyak tanya. Huh, tanya banyak macam kena interview!
"Kalau ibu minta tolong boleh?" soal Puan Maryam.
Ariana mengangguk. Tengok lah macam mana. Jangan suruh masak sudah.
Puan Maryam menghulurkan sesuatu kepada Ariana.
Berkerut dahi Ariana lalu mengambil sesuatu itu.
"Nah. Tumbuk tau." pesan Puan Maryam lalu memberikan cili kepada Ariana.
Ariana menyambut huluran tersebut acuh tak acuh. Cili padi? Tumbuk?
"Ari tahu kan macam mana nak tumbuk?"
"Hah? Tumbuk?"
"Ya. Tumbuk. Tau ke tak?"
"Err.. Mestilah reti!"
Puan Maryam tersenyum lebar.
"Tumbuk dekat depan sana, ya?"
"Okay."
Ariana berlalu ke depan dengan segenggam cili dan sesuatu yang diperbuat daripada batu. Dia duduk bersimpuh. Kepala yang tidak gatal digaru.
'Tumbuk je ke?' desis hati Ariana. Ragu-ragu dia nak tumbuk cili itu.
Ditumbuk cili itu dengan menggunakan tangan kanan. Berkali-kali dia tumbuk.
'Nak tumbuk sampai esok malam ke ni? Tak jadi apa-apa pun.. ' rungut hati Ariana. Berpeluh-peluh dia tumbuk cili padi itu.
Ariana menutup kedua-dua belah kelopak mata. Dihembus nafas. Cuba mencari kekuatan dalam konsentrasi. Kekuatan nak tumbuk cili dengan tangan tanpa sedar ada alat lain dapat membantu.
Helmi yang baru keluar dari bilik, memandang tingkah Ariana dengan pelik.
"Kau buat apa tu?" soal Helmi. Pelik benar dia lihat Ariana macam duduk bertafakur.
Mata kiri Ariana terbuka manakala mata kanan masih tertutup. Dia mengerling sekilas ke arah Helmi dengan mata kirinya. Lalu dipejamkan mata semula.
"Oi, kau buat apa ni?" soal Helmi sedikit bengang. Pantang dia kalau dia tanya, orang tu buat bodoh aje.
Bagaikan ada gam gajah di mulut Ariana. Langsung tidak bersuara walau sepatah. Cuba mencari konsentrasi la kononnya.
Helmi mula naik bengang. Tak pasal pasal tangan dia naik lalu sumbat cili dalam mulut baru tahu!
"Ibu! Ari buat kerja bo-" Belum sempat Helmi mahu melaung, Ariana terlebih dahulu menekup mulut Helmi dengan depan tangan kanannya.
"Kau ni dah apasal?!" marah Ariana. Ariana tahu apa yang Helmi mahu cakap. Berani kata dia buat kerja bodoh?!
Helmi cepat-cepat mengalihkan tangan Zarina dari mulutnya.
"Eii.. Asal tangan kau bau cili?" soal Helmi sedikit loya.
"Isshh.. Aku tengah tumbuk cili ni! Jangan kacau! Shuuh! Shuuh!" Ariana menghalau Helmi dengan menghayunkan tangan kirinya. Lalu dia cuba fokus. Tangan kanan sudah bersedia nak tumbuk cili. Pandangan matanya kepada cili tajam mengalahkan helang.
Helmi tercengang. Tidak semena-mena, bibir tebalnya meletus ketawa.
"Oi, kau dah kenapa?!"
Bengang betul Ariana bila konsentrasinya diganggu. Tak pasal-pasal bukan cili yang ditumbuk, muka Helmi yang akan ditumbuk. Tangan ini ringan aje nak landing dekat muka Helmi. Nasib baik tak ada passport! Nasib baik kau suami aku!
Helmi menekan-nekan perutnya. Aduhhh.. Habis sakit perut sebab ketawa.
Ariana mempamerkan wajah tak puas hati.
"Kau nak tumbuk cili ni dengan tangan kau yang kecik-molek ke?" soal Helmi sambil mengesat air mata akibat ketawa terbahak-bahak.
Berkerut-kerut dahi Ariana seribu.
"Iyalah!"
"Sampai raya tahun depan tak lunyai cili ni. Perhabiskan tenaga adalah.." balas Helmi. Haduhh dasar budak bandar!
"Habis tu?" soal Ariana sambil mata dikerdipkan banyak kali. Nampak sangat desperate nak tahu. Wajah polos Ariana terpamer.
Dahi Ariana dijentik lembut. Terdorong dia ke belakang sedikit.
"Awwww......" Ariana mengusap dahi nya. Habis benjol!
"Binatang ni apa? Itik?" sindir Helmi sambil memegang 'sesuatu'.
"Taklah. Taik tenuk."
Akibatnya, dahi Ariana dijentik sekali lagi.
"Awoo...." Sakit betul dahi Ariana!
"Benda ni nama dia lesung batu. Aku ulang, lesung batu."
Ariana mengangguk mengerti sambil mulutnya membentuk 'O'.
"Cuba kau ulang balik apa aku cakap." arah Helmi
"Cuba kau ulang balik apa aku cakap." ujar Ariana selamba.
Helmi mengetap bibir. Tak pergi sekolah ke budak ni??
"Berani eh kau ajuk-ajuk aku." Jari ditundingke arah Ariana. Sedikit meninggi suara Helmi acah-acah nak takutkan Ariana.
Ariana mempamerkan muka tenang.
"Berani eh kau ajuk-ajuk aku." Jari Ariana juga ditunding ke arah Helmi. Nada suara juga seolah-olah sama dengan Helmi.
Akibat geram, dahi Ariana sekali lagi menjadi mangsa buli jari Helmi.
"Adoii!" Ariana mengusap dahinya yang mulai merah. Huhu... Tahu lah dahi aku licin dan flawless!
"Aku cakap elok-elok kan. Cuba cakap apa benda ni."
"Lesung pipit?" balas Ariana bersahaja.
Helmi semakin geram dengan Ariana. Dahi Ariana dijentik lagi. Ah! Geram!
"Ouch!" Wah, macam macam bunyi yang Ariana keluarkan ketika Helmi menjentik. Bunyi apa lagi ya yang keluar lepas ni?
"Lesung pipit itu benda lain!"
Ariana mencebik. Tangan tidak berhenti mengusap dahi. Aku tahulah lesung batu nama dia!
"Cara nak tumbuk dia macam ni. Kau tengok sini!" Helmi meletakkan cili kedalam lesung batu iaitu bekas penumbuk.
"Langkah seterusnya, ambil penumbuk ni dan tumbuk." arah Helmi.
Bagai lembu dicucuk hidung, Ariana menurut lalu mengambil penumbuk batu dan menumbuk cili itu kuat kuat.
"Eh eh. Yang kau tumbuk macam tumbuk punching beg buat apa?" sinis Helmi. Risau dia melihat 'aksi' Ariana. Mahu lesung batu itu terbelah dua jika keadaan ini berterusan.
Tercengang Ariana untuk seketika. Mulut ternganga sedikit tanda apa nak buat lepas ni?
Dahi Ariana dijentik sedikit oleh Helmi.
"Oww..."
"Macam ni!" Helmi memegang tangan Ariana lalu menumbuk cili itu dengan cara yang betul. Tak kuat.
Muncung aje mulut Ariana tanda mengerti.
"Faham?" soal Helmi sambil merenung tepat anak mata Ariana.
Ariana mengangguk.
"Iya... Faham, cikgu Helmi Ikram... Tapi lain kali jangan jentik dahi aku lagi. Kalau bodoh siapa nak bertanggungjawab ah?" Mata Ariana menjegil kearah Helmi. Tangan tidak berhenti mengusap dahinya yang merah.
Helmi mula rasa serba-salah melihat dahi Ariana yang putih menjadi kemerah merahan. Dia mengusap dahi Ariana lembut. Ariana terkedu dengan tindakan Helmi.
"Ai pengantin baru! Kalau nak tenung, buat lah dalam bilik! Lebih daripada itu pun boleh buat! Jangan ganggu penglihatan kami! Kami nak makan malam!" laung Halina.
Laungan itu membuatkan Ariana dan Helmi tersentak. Masing-masing termalu sendiri. Puan Maryam mengulum senyuman. Dari tadi dia menjadi saksi mereka beromantika walaupun bahasa agak kasar.
"Nampaknya, ibu akan dapat satu lagi lah cucu!" Giliran Firman mengusik.
Merah muka Ariana apabila diusik sebegitu.
Peha Firman ditepuk Halima.
"Jangan nak usik Puan Helmi tu! Lima tengok dah macam udang aje muka dia!" usik Halima.
"Jangan kotorkan pandangan budak-budak innocent macam kami!" Hilman dan Hilna menutup mata dengan kedua-dua belah tangan.
Seisi keluarga ketawa bahagia.
"Adoi.. Makan malam dah siap ka?" soal Tok Mah yang baru bangkit dari tidur.
"Makan malam apa tok sekarang dah Subuh!" usik Halina.
"Hah? Dah Subuh?" Terkocoh- kocoh Tok Mah berlari nak ambil air wudhu.
Telinga Halina dipulas geram oleh Halima. Berani ya nak tipu Tok Mah!
"Tok, makan malam belum siap lagi.." ujar Ariana.
Larian Tok Mah terhenti.
"Bukan sekarang dah Subuh ka?"
"Matahari tengah baru nak terbenam Subuh apa dia?" celah Hilman yang berdiri bersandar di dinding.
"Laaa.... Lina tipu tok lah ni." soal Tok Mah.
"Eh eh. Jangan tuduh-tuduh ikut suka hati hampa ah. Ceq tak tipu."Halina cuba tegakkan benang yang terang lagi bersuluh basah.
"Dah tu?" soal Helmi sambil ketawa geli hati.
"Ceq cuma kelentong Tok sahaja..."
Bahu Halina ditepuk Tok Mah.
"Huh... Pandai lah hang!"
Mereka semua ketawa bahagia lagi. Ariana juga ketawa. Ah, keluarga yang bahagia sungguh.
Share this novel