Bab 2

Romance Series 3378

KELOPAK mata Ariana perlahan-lahan terbuka. Sayup-sayup dia bisa merasai kesilauan yang menyergah ke korneanya. Saat panahan cahaya matahari menerusi tingkap menganggu lenanya, lekas dia menarik selimut lalu menutupi wajahnya. Nak tidur lagi!

"Amboi amboi.. Dah bangun tu bangunlah!" sinis satu suara garau.

Ariana terkedu di sebalik selimut. Siapa lelaki itu? Aku kena rogol ke?

Ariana menilik badannya. Nafas lega dihembus. Syukur... Masih ada lagi pakaian dekat badan aku.

"Ari dah bangun ke?" soal satu suara lunak pula.

Ariana terkelu. Siapa pula tu? Ini game teka siapa saya ke? Sekejap garau dan sekarang lunak. Aku kena culik ke apa ni? Tapi macam mana diorang tau nama aku? Jangan kata diorang nak kerat badan aku 14 kemudian ambil organ dalaman. Huaaaa!! Aku tak sedap!!

Ariana masih tidak berani untuk membuka kain selimut yang disarung dibadannya. Nafas ditarik lalu ditahan. Tidak sanggup untuk dia menghembuskan nafas semula.

"Entahlah dekat kawan hang tu.. Mati agaknya.." sindir satu suara garau lagi lalu berlalu pergi. Kedengaran bunyi tapak kaki melangkah keluar dari bilik.

Kawan? Diorang kawan aku ke? Nak buka selimut tapi aku takut. What to do? Ah! Buka aje lah! Apa nak jadi pun jadi lah!

Tangan digenggam erat. Cuba mengumpulkan kekuatan. Air liur ditelan. Dengan kekuatan dan keberanian yang bersisa, dia menarik selimut itu.

"Ari! Kau dah sedar!" jerit seorang perempuan.

Berkerut dahi Ariana cuba amati wajah itu.Ariana menilik setiap inci wajah itu. Kening yang hampir bersambung. Hidung tak berapa nak kempis. Kulit putih. Mata yang berwarna hitam dan sedikit sepek. Rambut yang diikat secara sanggul.

"Halina?" tanya Ariana, meminta kepastian.

Perempuan yang bernama Halina Ilmi itu terus mencebik.

"Serius la kau amnesia? Lupa kawan sendiri?" perli Halina menyindir sinis. Dia silang tangan sambil memandang Ariana dengan riak wajah tidak percaya. Boleh pula dia lupa kawan baik sendiri?

Tangan Ariana tak semena-mena naik ke lehernya. Dia menggaru lehernya yang entah gatal entah tidak dengan sengihan sumbing yang seakan serba salah ditayang.

Halina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Arif sangat dengan Ariana yang merupakan seorang pelupa. Kawan baik sendiri pun tak ingat, tak mustahil Ariana boleh melupakan dirinya juga. Tak mustahil!

"Nah makan bubur ni. Minum teh ni tau. Masih panas lagi. Segar dari ladang," ujar Halina sambil berseloroh di hujung ayat. Semangkuk bubur ayam dan secawan teh diletakkan di atas meja, bersebelahan dengan katil.

Ariana mengerling bubur dan teh itu sekilas seraya mencebikkan mulutnya.

"Ni je?"

Ariana bertanya dalam nada jelik, sekadar bercanda.

"Ewah ewah, kau ingat ni hotel ke? Nak masakan taraf hotel lima bintang, boleh. Tapi tunggu kau reti masak dulu lah," balas Halina cukup selamba. Hambek kau! Setepek Halina beri! Dasar tak kenang budi, tak sedar diri, orang dah bagi betis nak peha pula! Kira bersyukur tau dia bagi bubur dan teh, kalau tidak, dia bagi biskut kering aje!

Ariana mencebik. Nak malukan dia lah tu, mentang-mentang dia masuk dapur terus meletup.

"Dah, daripada kau merepek dekat sini, baik kau makan."

Ariana mengambil mangkuk lalu mengacau dengan sudu supaya panas berkurangan. Kepulan-kepulan asap bergerak ke udara. Sudu diambil lalu disuap ke dalam mulut.

Hrmm.... Sedap!

"Aku lupa nak tanya. Macam mana kau boleh pengsan atas jalan raya?" soal Halina lalu mengambil kerusi duduk di sebelah katil. Kalau tak kerana dia kebetulan lalu di situ, memang sampai raya haji tahun depanlah dia tidak tahu bahawa Ariana pengsan, mengikut personaliti Ariana yang kerap berahsia.

Ariana terus tersedak. Terbatuk-batuk dia dengan soalan yang tidak pernah terduga.

"Uhukk! Uhukk!!"

Kalut Halina dibuatnya, Dia mengambil air teh lalu disua kepada Ariana.

"Minum pelan-pelan. Tak payah kalut."

Begitu rakus Ariana meneguk minuman tersebut sehingga sudah kosong. Langsung dia tidak meninggalkan walaupun setitis.

"Haa......" Ariana menarik nafas lega.

"So now tell me what the hell is going on."

Ariana tersengih kekok. Entah mengapa Halina kelihatan seram sekarang ini. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Halina tahu, tetapi dia sudah tidak punya pilihan. Dia perlu menceritakan apa yang terjadi. Lagipun, Halina ialah rakan baiknya. Halina jugalah yang telah menyelamatkan dirinya yang pengsan di atas jalan raya. Jadi, tiada asbab untuk ariana tidak menjelaskan perkara sebenar kepada Halina.

"Sebernanya......."

Ariana menceritakan peristiwa semalam. Peristiwa dia disuruh berkahwin dengan Wafiy, ditampar pipi dan dihalau dari rumahnya sendiri.

Apabila Ariana menceritakan semula, dia terasa mahu tergelak. Seorang ayah yang sepatutnya mencurahkan kasih sayang tegar menghalau anak kandungnya dari rumah? Kerana isteri dan anak tiri? Kerana harta? Kerana pangkat? Kerana syarikat?

10 tahun sudah berlalu semenjak tragedi itu, papa masih tidak berubah....

Ariana mengetap gigi. Dia mengepal penumbuknya. Semuanya kerana anak-beranak itu, Noraini dan Querina!

Korang tunggu... Aku akan balas dendam dan ambil balik semua yang korang rampas daripada aku dan arwah mama! Dan ketika masa itu datang, jangan berani melutut di kaki aku dan menyeru namaku!

Ariana sudah membuat keputusan. Apa nak jadi pun jadi lah! Aku kena balas dendam!

"I assume those two bitches will be extremely happy because you left, am I right?" Halina bersuara jengkel. Mengingatkan yang Datin Noraini dan Querina yang menggunakan taktik kotor untuk menghalau Ariana membuatkan Halina terfikir. Mesti diorang gembira kan lepas gunakan helah murahan?

"Obviously," jawab Ariana malas. Gila ke tak gembira setelah menghalau satu-satunya penghalang untuk mereka dapatkan harta?

"Ish, geram betul aku dengan dua ekor musang tu! They are too sly! Bencinya! Sumpah aku nak pergi serang dua ekor tu sekarang!" Halina sudah berura bangun menuju ke pintu, Tetapi dihalang oleh Ariana.

"No need to rush, Lina. I still have plenty of times to set up strategies without their knowings." Ariana menjawab tenang. Diorang ingat diorang yang menang, eh sorry sikit eh! Aku yang akan menang dalam permainan ni!

"Sounds like you have some ideas to share in your mind. What is it? Tell me your plans to defeat them."

"Nope! Not yet!" balas Ariana selamba. Masakan dia bisa ada plan sepantas ini?

"Ceh! Cakap macam ada plan gempak dalam kepala tapi hampeh!" ujar Halina menyampah. Mati-mati ingat budak ni ada idea maha hebat tapi satu apa pun tak fikir lagi!

"Jangan cakap yang kau nak kahwin dengan kaki perempuan tu?" soal Halina sambil tutup mulutnya terkejut. "Merana hidup kau kalau kau kahwin dengan Jeffri tau, Ari!!"

Ariana mengetuk kepala Halina lembut. Geram!

"Aku tak sebodoh itu untuk kahwin dengan dia!" Tajam Ariana merenung wajah Halina. Dia masih punya maruah dan harga diri. Sampai mati pun dia tak akan berkahwin dengan Wafiy Jeffri!

Halina tayang sengih persis kerang busuk yang tidak bersalah sambil jongket bahu.

"Mana tahu kau desperate sangat ke hehe..."

"Halina Ilmi!!!" teriak Ariana kuat. Kan sudah diseru nama panjang 6 harakat. Geram betul aku dengan budak ni! Macam lah tak pernah kenal aku lama!

"Sorry sorry! Tapi aku ada idea!" Cekap Halina memikirkan cara supaya Ariana tidak marah.

"Baik kau pastikan idea kau bagus untuk aku terima." Ariana memberi amaran siap-siap. Halina ni suka sangat main-main! Kalau kena ugut, baru faham macam mana nak buat! Tak ke naik angin?

"Aku 100% yakin yang kau akan terima idea aku." Yakin Halina menutur kata.

Ariana tersentak. Jarang sekali Halina yakin dengan dirinya. Hrmm... Dengar je lah!

"So what is it?"

Halina memandang sekeliling dengan penuh hati-hati. DIa berwaspada seakan ada orang memerhati mereka. Seperti dinding juga mempunyai telinga. Dia membisik sesuatu di telinga Ariana.

"Kau yakin ke yang dia akan accept?" Tanya Ariana ragu-ragu.

"Of course! Trust me, Ari! I know him better than you." kata Halina sambil mendabik dada bangga. Hohoho! Mana tak bangga? Lelaki yang disebut itu sangat terdesak sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja.

Ariana berjeda seketika seakan berfikir. Kemudian dia ukir senyuman pasrah sambil jungkit bahu.

"I trust you and I hope he will accept."

***

"AKU tak salah dengar kan?" Helmi Ikram bertanya dalam riak serius. Mana lah dia tahu gadis di hadapannya ini bercanda di malam hari. Tetapi dia sangat terkejut dengan bicara gadis ini.

Ariana menggeleng. "Tak, kau tak salah dengar."

Helmi memandang adiknya pula dengan riak tidak percaya. Tetapi Halina hanya membalas dengan satu senyuman meleret.

Ariana menarik nafas panjang. Cuba mencari kekuatan.

"Aku nak upah kau jadi suami aku."

Kali ini suaranya lebih ditegaskan supaya menerangkan yang dia tidak bergurau.

Helmi terkedu beberapa saat. Lalu Halina pula menjadi mangsa tenungan tajam bak helang menerkam mangsa dari ruang langit.

"Kawan hang ni gila ka, Lina?" soal Helmi lebih kepada menyampah. Loghat Utara digunakan memandangkan mereka berdua berasal dari negeri Kedah yang bermusafir di kota Kuala Lumpur.

Aku tak ada masa lah nak layan orang gila!

"Dia tak gila, Am. Setakat ni."

Kurang ajar, hati Ariana berdesis geram. Dia cuba cekalkan hati supaya bertindak profesional apabila dengan Helmi terutamanya ketika sedang dalam cubaan 'melamar' Helmi.

Lamar?

Tak pernah sesekali terdetik di fikiran Ariana untuk melamar lelaki. Apa yang dia impikan ialah lamaran seorang lelaki yang dicintai separuh mati di restoran mewah 5 star berserta ring bercorakkan diamond dan bunga-bunga rose merah dan diringi muzik romantik sambil menikmati candle light dinner di bawah naungan langit bersama taburan bintang yang bersinar terang.

Dan kini, impiannya musnah. Impiannya sudah menjadi angan-angan yang tak pernah dia dapat kecapi kembali.

Buat selama-lamanya.

"Tak gila ka namanya kalau lamaq orang yang tak kenal?!" jerkah Helmi meninggi. Melihat sahaja senyuman tersirat Halina, tahu lah Helmi tiada siapa yang waras di dalam rumah sewa ini melainkan dia! Semua orang dah gila!

"Stop all this nonsense right now." kata Ariana bersahaja sambil menghirup air milo yang dibancuh oleh Halina.

Helmi terkebil-kebil. Apa benda dia cakap tu? Dia tengah kutuk aku ke?

"Aku serius, Helmi. Aku tak gila. Aku nak upah kau jadi suami aku untuk 3 bulan. Selepas 3 bulan, kita bercerai. Berpisah ikut haluan masing-masing." terang Ariana lebih terperinci. Begitu tenang dia menghuraikan hajat di hati.

"Kenapa aku? Dah pupus ke makhluk yang bergelar lelaki dekat Malaysia ni? Dekat KL dah pupus ke?" tanya Helmi. Begitu sinis nadanya.

Ariana mengeluh. Dah agak dah yang abang Halina bukanlah selurus yang disangka. Dia bukanlah pembaris yang disangka lurus. Tapi tak mengapa, kerana Ariana tahu cara untuk membengkokkan pembaris!

Tetapi dia benar-benar jengkel dengan Helmi. Berlagak sombong walaupun tidak punya apa-apa. Ibarat seekor kura-kura yang berfikir bahawa dia dapat mentadbir langit.

Halina pula hanya diam memasang telinga. Dia lebih suka untuk melihat mereka berdua berurusan. Dia mahu lihat taktik apa yang akan digunakan oleh Ariana dalam memujuk abangnya.

"Aku dengar kau tanam anggur dekat Kedah. Sebab tu kau datang KL, tumpang rumah Halina dan tengah cari kerja. Resume kau taklah hebat. Hanya ijazah dalalm jurusan pendidikan tapi sampai sekarang tak dapat kerja lagi. Tak malu ke umur 28 tapi masih menganggur?"

"Lina! Hang habaq semua ni dekat dia?!"

Sekali lagi kemarahan Helmi meledak. Mencerlung matanya memanah wajah Halina. Tidak tahukah Halina tentang istilah 'privasi'? Selamba badak air je dedahkan kisah dia! Tak pasal-pasal perempuan di sebelah Halina mempelekehkannya dengan kata-kata yang amat sarkastik!

Halina tayang wajah tidak bersalah.

"Biaq lah. Dia kawan aku."

"Dia kawan hang, tapi bukan kawan aku!"

Menyirap darah Helmi. Aduh, masa sekarang lah teringatkan iklan panadol. Ya! Aku tak ada masa nak sakit kepala!

"Kalau kau terima usulan aku, aku akan bagi kau kerja sebagai guru dekat kampung kau. Dengar cerita, ramai kawan kau dapat kerja dekat sekolah situ tapi kau sorang yang tak dapat-dapat sampai sekarang," ujar Ariana cuba berkompromi, menggunakan helah. Setakat ini, hanya Helmi Ikram yang layak menjadi suami sementara.

Ariana memang ada kawan lelaki. Tapi semua sudah berkahwin. Tak kan lah Ariana nak jadi isteri nombor 2? Keruh keadaan kelak yang sedia keruh! Kalau yang single pun ialah duda yang masih meratapi kematian isteri. Cukup parah kalau dia berkahwin dengan duda tersebut. Takut digelar cuba 'mengganti' tempat arwah. Khuzairi pun single. Sayangnya, dia ialah secretary Dato' Azman!

Maka, hanya Helmi Ikram yang sesuai menjadi suami 3 bulan!

Baru petang tadi, Khuzairi menelefon dia untuk menerangkan tentang prosedur. Rupanya, dia kena berkahwin dengan seorang lelaki lalu menetap di tempat lelaki itu selama 3 bulan, Setelah tamat tempoh tersebut, baru dia boleh pulang ke rumah banglo itu!

Heh, papa ingat aku tak boleh cari suami secepat mungkin ke?

Ariana smirk di dalam hati.

Dato' Azman barangkali memberikan arahan yang tidak masuk akal kepada Ariana supaya gadis itu berserah dan mengalah. Lelaki itu sengaja ingin menakut-nakutkan Ariana dengan arahan yang tidak berasas seperti itu.

Tetapi, apa yang Dato' Azman silap di dalam percaturan ini adalah--

--Ariana berani mati!

Dia sanggup berkahwin dengan sesiapa sahaja, kecuali lelaki duda dan suami orang dalam merebut kembali hak yang sepatutnya dia peroleh. Ariana takkan berdiam diri dengan kembali ke rumah banglo lalu berkahwin dengan Jeffri. Tak akan!

Helmi berfikir dengan sungguh lama. Perkahwinan yang selama 3 bulan, dan aku akan dapat kerja di kampung! Tawaran itu sangat berbaloi.

Tapi,

"Lina, hang tau kan aku dah ada-"

Belum sempat Helmi menyudahkan ayatnya, Ariana terlebih dahulu memotong.

"Aku tahu, aku tahu. Tapi perkahwinan kita untuk 3 bulan je. Kalau dia betul-betul cintakan kau, pasti dia akan tunggu kau walaupun 300 tahun berlalu. Ye tak?" pintas Ariana sambil ukir senyuman sinis. Halina sudah memberitahu bahawa Helmi sudah mempunyai kekasih hati di kampung. Jadi, dia sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menangani masalah ini.

Helmi hanya mendiamkan diri. Lama dia membisu sambil otak ligat berfikir. Tawaran gadis itu sangat baik.

Tetapi...

Macam mana gadis ni boleh sahkan yang Helmi akan dapat kerja sebagai guru dekat kampung? SMK Alor Batu, sekolah kluster berprestasi tinggi. Dia banyak kali pergi interview pun gagal berkali-kali.

Dia memandang wajah gadis yang tidak diketahui namanya itu.

Siapa kau, sebernanya?

"Macam mana kau nak bagi aku kerja dekat kampung? Kau bukannya siapa-siapa pun!"

Terlintas jua akhirnya soalan itu di mulut Helmi. Tetapi tersilap nada pula ketika menyoal! Tertukar menjadi nada angkuh pula automatik tanpa disedari.

Ariana menyungging senyuman sinis.

"Orang biasa macam kau tak layak nak tanya aku soalan tu."

Kalau tadi Helmi berbongkak bertanya, Ariana pula menjawab bongkak kuasa 3! Begitu angkuh nadanya lagak seorang bangsawan dengan hamba.

Helmi tercengang. Matanya membulat melihat kesombongan Ariana. Dasar angkuh!

"Okay, aku terima. Tapi mana kontrak?" tanya Helmi yang sudah menggapai pen di atas meja.

"Huh? Kontrak? Sorry lah. Tapi aku tak pakai sistem kontrak ni. Too oldschool." Jawab Ariana masih dengan nada angkuh. Aip, tu bukan angkuh. Tapi cuma keyakinan!

Kening Helmi bertaut. Eik? Pelik betul perempuan ni! Dengan kontraklah, akan mengesahkan perjanjian antara dua pihak.

"Habis tu kau nak pakai apa?"

"Mulut."

"Hah??"

"Aku seorang yang menepati janji. Woman with words. Jangan risau, aku tak akan mungkir janji. Dan aku percaya kau juga ialah 'man with words'. Aku yakin kau akan tepati janji." terang Ariana bersama senyuman yang terlakar pada wajah.

Dia lebih suka berjanji menggunakan mulut. Walaupun jelas sekali ada peribahasa Inggeris yang mengatakan 'actions speak louder than words', Ariana yakin mereka berdua akan bertindak lebih daripada kata-kata di mulut.

Helmi mengeluh. "Ya ya. Apa-apa je lah."

"So, deal?"

Ariana menyua tangan kanannya kepada Helmi.

"Sorry lah. Aku tak pegang tangan orang yang bukan mahram aku." Sengih Helmi berpura-pura baik. Amik kau! Padan muka!

Halina yang sedang melihat terus meletuskan tawanya. Dia ketawa berdekah-dekah. Am dah counterattack balik! Caya lah Am!

Ariana berdehem seketika cuba mengawal kemarahan dan rasa malu yang menggunung. Gelak tawa Halina diabaikan. Anggap tu macam langau je, Ari. Aku pula yang kena malu! Tak guna!

Helmi yang sudah melihat wajah malu Ariana terus tersenyum.

"Anyway, it's a deal already."  kata Helmi menunjukkan tangannya yang bererti sumpah. Apa? Ingat dia tak reti nak speaking omputih ke?

Ariana mengangguk.

"Yea... Yea.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience