MANIK-manik peluh mula membasahi wajah Ariana. Diambil nafas dalam-dalam. Kakinya tidak boleh duduk bersila diam-diam. Mesti sahaja kakinya itu sekejap disengetkan sekejap digerakkan. Sesekali dijeling ke arah orang sebelahnya yang masih beriak selamba. Cool aje... Tak macam Ariana.
'Macam mana laki ni boleh tenang gila?' omel Ariana di dalam hati sambil mengibas-ngibaskan baju T-shirt warna merah akibat kepanasan. Maklumlah rumah kampung kan tiada kipas sangat. Malah air conditioner pun tak ada. Memang tak ngam lah dengan Ariana, si gadis bandar. Macam mana lah dia nak tinggal selama 3 bulan?
Lagak Ariana yang terlebih gelabah itu macam kantoi tangkap dengan cikgu disiplin aje. Itu lah siapa suruh buat salah.
Tapi, aku buat salah apa?!
'Guru displin' di hadapan Ariana hanya merenung Ariana dan Helmi tajam. Gerun Ariana jadinya.
Ariana menjeling ke arah Helmi yang duduk bersila di sebelahnya. Raut wajahnya sangat tenang. Pandangan dikalih pula ke arah 'guru disiplin'.
"Betui ka hampa ni bercinta?" soal Tok Mah sambil merenung tajam Ariana.
Ariana tersentak dengan serangan soalan mengejut. Perlahan-lahan Ariana mengangguk sambil tersenyum hambar.
"Tak nampak macam bercinta pon." Komen Tok Mah sambil mencebik. Dia sudah lebih banyak makan garam daripada Ariana dan Helmi. Dia tahu lah macam mana kalau orang jatuh cinta.
Ariana menggaru kepala yang tidak gatal.
'Aduhhhh.. Tanya soalan killer pula.. Memang lah tak macam orang bercinta sebab memang tak bercinta pun, tok!!!' jerit batin Ariana. Ingin sahaja dia meluahkan tapi tidak berdaya.
"Tak perlu pun Tok nak tunjukkan betapa romantiknya kami depan orang ramai. Am romantik atas katil je. Ye tak, Ari?" jawab Helmi dengan penuh selamba bak badak Sumatera!
Tercengang Ariana dengan jawapan Helmi. Amboi amboi! Ni dah lebih!
Nak membantah, takut Tok Mah perasan pula. Nak tak nak Ariana terpaksa juga bersetuju. Romantik atas katil? Ewww....
"Ish, loqlaq sungguh lah hang ni Am!" marah Tok Mah.
"Benda betul."
"Haihhh... Ari, hang sabaq noo dapat laki perangai loqlaq macam Am." Tok Mah berpesan kepada Ariana. Dia menjeling Helmi tak berpuas hati.
"Tok, awat Tok kata Am lagu tu?" soal Helmi tak berpuas hati.
Tergelak kecil Ariana dibuatnya. Sweet lah Tok dengan Am!
"Ni hampa dua dah sedia ka nak galas tanggungjawab yang besaq?" tanya Tok Mah kembali kepada mode serius.
"Tok, kami bukan ja sedia galas, tapi kami dah galas. Kami dah nikah dah pun, Tok." Balas Helmi selamba.
Dasar mamat sambal belacan! Dengan Tok Mah pun nak berdebat dengan kata-kata sarkastik yang acah power! Menyampah!
Tapi, tak mengapa. Janji, Ariana tidak payah menjawab soalan-soalan killer Tok Mah, Ariana tak kisah.
"Am, Tok sebernaqnya pelik ngan hang. Bukan ka hang dok bercinta ngan Nur punya lah lama tapi la ni hang nikah ngan orang lain pulak. Hang ni nak apa sebernaqnya?" Tajam mata helang milik Tok Mah menikam mata Helmi, menanti jawapan.
Gulp! Awat Tok tanya soalan tu pulak?
Bergerak-gerak rahang Helmi menahan air liur yang terasa pahit. Tak tahu nak beri jawapan apa kepada warga emas yang begitu bertenaga inii.
Tersenyum sinis Ariana. Hrmm... Pandai-pandai kau lah Am nak jawab soalan!
"Nak buat lagu mana lagi, Tok? Dah bukan jodoh."
Jawapan yang paling selamat dan simple diberikan. Tak kan lah nak cerita perkara sebenar? Terkejut Tok Mah nanti!
"Hang kena hati-hati ngan Nur, Am."
Keningnya bercantum. "Awat pulak, Tok?"
"Bedah kata Nur masih dok teriak. Tok takut nanti dia buat bukan-bukan kat hampa." terang Tok Mah. Ya, Nur Cempaka memang baik dan polos. Tetapi boleh sahaja dia berselindung di sebalik topeng kepuraan atas dasar nama cinta.
Cinta... Boleh buatkan orang jadi bodoh.
Terdiam lama Helmi seketika. Nur masih sedih?
Nur, maafkan abang! Tapi tolong tunggu abang! 3 bulan je Nur!
"Ari..."
Hah?! Nama aku pula yang dipanggil?!
Ariana mengukir senyuman yang tampak agak kekok. "Ya, Tok?"
"Bukan senang nak jaga laki. Tapi hang kena lah jaga makan pakai laki hang. Sediakan baju, masak makanan. Tu semua tugas isteri." Ceramah Tok Mah.
Erkk... Mamat sebelah aku ni bukannya budak lagi!
Tapi, Ari walaupun perkahwinan ini kerana janji, kau tetap perlu laksakan kewajipan sebagai seorang isteri. Bukan setakat nak kaburi mata semua orang, tapi juga kerana amanah yang dipikul di bahu.
Naik menyampah Ariana melihat Helmi yang tersenyum-senyum sumbing di sisi. Haa... Seronoklah tu dapat kenakan aku!
"Suami buat apa, Tok?" soal Ariana dengan riak wajah polos. Sengaja.
"Laki lah yang kena paling banyak buat kerja. Perempuan kena layan suami dan jaga makan pakai laki ja. Laki kena buat kerja rumah." balas Tok Mah bersungguh-sungguh. Macam seronok aje kenakan cucunya.
"Eh, awat pulak laki kena buat kerja rumah?" bantah Helmi tak puas hati.
Tak pasal-pasal kepalanya diketuk kuat oleh Tok Mah.
"Tu lah hang... Dulu bila pi surau tak nak dengaq ceramah. Terus balik. Sekarang apa pun tak tau!" Marah Tok Mah berleter.
Helmi menggaru lehernya yang tiba-tiba gatal. Ada nyamuk yang musafir dekat situ ke tiba-tiba?
"Laki yang kena sapu sampah, mop lantai, lipat baju semua benda. Bukannya perempuan. Yang masak pun asalnya orang laki-laki. Ustaz Gous ada bagi ceramah tentang ni dua minggu lepas." Jelas Tok Mah.
"Eik? Tapi Am tengok isteri yang selalu buat kerja rumah."
"Zaman dah berubah... Kalau hang tengok Ari dok masak, hang tolong lah dia. Insha-Allah dapat anak dengaq cakap nanti."
Ariana dan Helmi sama-sama berbalas pandangan kekok. Nak dapat anak dengar cakap macam mana, Tok kalau pernikahan kami bersebabkan janji?
"Hang paham dak, Am?" tanya Tok Mah mahu menyimpulkan ceramahnya pada hari ini.
"Faham....."
"Hmph! Malas Tok nak layan hampa dua ekoq. Baik Tok masuk tidoq." Tok Mah terus berdiri memasuki bilik tidurnya.
Ariana mati kata setelah Tok Mah selamat masuk ke dalam biliknya. Terkejut dia dengan bahasa yang digunakan oleh Tok Mah. Orang Utara memang bahasa dia agak kasar ke?
Aduhai, Ari.. Nampaknya kau kena sesuaikan diri dekat persekitaran yang baru. Walaupun hanya untuk 3 bulan.
"Am, kita akan tinggal dekat rumah ni kan?" Ariana bertanya meminta kepastian. Rumah kayu ini milik Tok Mah. Puan Maryam juga tinggal di sini. Jadi, nampaknya dia perlu tinggal di sinilah.
"Ya lah. Tak kan tinggal dekat sawah pula?"
Ariana tersenyum plastik. Dia mula ragu-ragu dengan keputusannya memilih Helmi Ikram sebagai suami sementara. Tinggal di bawah satu bumbung yang sama dengan mamat sambal belacan untuk 3 bulan? Mati lah kau, Ari! You're doomed!
"Ayat kau tak boleh nak sinis lagi ke?" Selamba Ariana membidas sambil berpeluk tubuh. Meluat dengan kata-kata sinikal.
"Eh, boleh je! Nak dengar?"
"Dengan senang hati."
"Maaflah, aku tak nak bazirkan masa untuk orang tak guna macam kau." kata Helmi angkuh. Dia bingkas berdiri lalu duduk di atas sofa. Automatik Ariana turut berdiri.
Kurang ajar! Tak guna kau panggil aku?
"Orang yang tak guna ni lah yang akan bagi kau kerja, tau tak?" Silap orang lah kalau nak berdebat! This is Ariana Mikayla, okay!
"Baik kau pegang pada janji kau. Kalau tak..."
"Kalau tak, apa?" Ariana senyum sinis, sengaja mencabar Helmi.
Helmi mengeluh. Serius lah perempuan ni jadi isteri dia sekarang? Perempuan yang dia lafazkan akad nikah semalam ialah Ariana? Minah bandar bajet yang berlagak tahap dewa?
Am, silap besar lah... keluh hati Helmi. Mula menyesali keputusannya menerima tawaran menjadi suami sementera.
***
"WOW........"
Hanya itu yang terlafaz pada bibir Ariana setelah melihat tetamu yang hadir. Lima orang kanak-kanak sedang mengeremuni Halina dan Helmi.
Apa yang membuatkan Ariana terpegun ialah wajah kanak-kanak itu sama!
"Umar, Uzair, Uda, Ufa, Una, jangan dikacau Pak Lang dengan Mak Ngah kamu tu!" Seorang wanita dengan seorang lelaki di sisinya memarahi kanak-kanak kecil itu.
"Alaaa, mama... Uzair dah lama lah tak jumpa Pak Lang dan Mak Ngah." balas Uzair yang sedang duduk di atas badan Helmi. Tampak seronok betul kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun itu.
"Uzair, turun lah pula. Ufa pun nak naik...."
"Eh, Umar pun nak naik atas badan Pak Lang! Kau turun lah Uzair!"
"Pak Lang dukung lah Una pula...."
"Dukung Uda dulu!"
Mahu tergelak Ariana melihat wajah kalut Helmi. Serve you right, man!
"Guys, korang tak salam nenek dengan Tok Mah lagi kan?" Wanita itu masih cuba berkompromi. Bukan senang nak jaga lima orang anak! Lagi-lagi jurang jarak umur antara anak lelaki dan anak perempuan tidaklah terlalu jauh!
"Oh, ya!"
"Jom salam Nek Yam dengan Tok Mah!"
Terus mereka berlima terkedek-kedek berlari mencari Puan Maryam dan Tok Mah.
"Huh, nasib baik...." Helmi menghembus nafas lega sambil berdiri. Lenguh sungguh bahunya. Berat betul Uzair. Makan apa pun tak tau! Seram woi dikelilingi dengan 5 ekor zombie!
"Hang tak nak kenalkan ka isteri hang kat kami?" tanya wanita itu sambil tersenyum nipis kepada Ariana.
"Oh, perkenalkan ni Ariana Mikayla. Kak Lima boleh panggil dia Ari. Dia isteri Am dan juga bestfriend Lina!" ujar Halina seraya memegang bahu Ariana.
Ariana menayang senyuman tipis yang tampak manis walaupun semua itu hanya lah senyuman plastik.
"Cantik betul lah isteri hang. Pandai betul hang pilih." Senyum wanita yang digelar 'Lima' oleh Halina.
"Mesti lah kak. Ari, ini kakak saya Halima. Sebelah dia pula, suami dia, Firman. Zombie yang awak tengok tadi anak-anak diorang lah." celah Helmi menjelaskan butir-butiran mengenai mereka.
"Selamat berkenalan, kak Halima." Ariana tersenyum sambil menunduk tanda hormat. Dia menyalami tangan Halima.
"Ari panggil je kak Lima." Ramah Halima berbicara.
"Am, Ari maaf lah sebab tak datang majlis akad nikah semalam. Tiba-tiba ada kerja pula." pohon Firman meminta maaf.
"Eh, tak apa." Serentak Helmi dan Ariana menjawab.
Masing-masing tak kisah keluarga Halima tidak datang semalam. Bagi Helmi, dia mahu semua keluarganya hadir pada majlis perkahwinannya dengan orang yang dia cinta. Dan Ariana Mikayla pula bukan orangnya sudah tentu. Bagi Ariana pula, perkahwinan ini hanya sementara. Tidak perlu bagi dia untuk keluarga Helmi Ikram hadir. Cukup 3 bulan, dia akan angkat kaki beredar.
"Tak sempat nak ambil gambar! Eii... Sebab awak lah!" Halima memarahi suaminya, manja. Ala, pura-pura merajuk. Nanti confirm Firman pujuk!
"Tak pa, kak Lima, abang Fir. Kami tak kisah." sampuk Halina sambil tayang wajah selamba. Tak malu sungguh budak ni kacau bicara orang lain!
"Hang, Lina. Bila nak kahwin?" tanya Halima sengaja. Sekali sekala mengusik adik yang sudah lama tidak berjumpa apa salahnya?
"Akak memang sengaja! Akak pun tahu kan, Lina mana ada boyfriend!" jawab Halina bebal. Eii.... Geramnya! Mentang-mentang kawan baik dia dah kahwin, kak Lima ejek pula!
"Ha lah. Perempuan kasaq macam hang, laki mana ja yang nak?" Helmi mengeluarkan peluru kata-kata sinikal. Sebab hang paksa aku kahwin dengan minah ni, ha ambil ni!
"Ish, kurang ajaq! Hang pun tak layak nak dapat perempuan sebaik dan secantik Ari, hang tau tak?! Tak payah nak ejek aku sangat!" bidas Halina. Berombak kencang dadanya mengawal amarah. Sabar, Lina. Sabar....
Baik...? Helmi tersenyum sinis.
Perempuan baik yang mana akan upah lelaki tak dikenali menjadi suami? Tawarkan pekerjaan pula tu. Ariana Mikayla, perempuan macam kau lah yang tak layak dapat cinta aku! Never!
"Dah lah, hampa dua. Tak payah dok gaduh-gaduh. Malu Ari tengok tu." Halima menghentikan perbalahan dua beradik itu.
"Am, kau ni dah kahwin pun macam budak-budak." ujar Firman sekadar bercanda dengan adik iparnya.
Helmi mengetap gigi. Terus dia melangkah pergi ke dalam biliknya tanpa sepatah bicara.
Semua tercengang dengan kelakuan Helmi.
"Dia dah kenapa? Terasa ke?" soal Firman pelik.
"Hrmmm..... Period kot. Tiba-tiba je," jawab Halina malas dan selamba. Fikir aku kisah ke?
"Lina, ibu mana? Tok Mah mana?" Halima bertanya. Langsung tidak pedulikan Helmi yang telah berlalu pergi. Ah, budak tu dah besar. Pandai-pandai dia lah. Lagipun semua orang ada privasi sendiri.
"Ibu pi rumah Mak Eton. Tok Mah dalam bilik."
Halima dan Firman berlalu masuk ke dalam bilik Tok Mah. Berniat mahu menyapa dan berbual-bual dengan Tok Mah.
"Ari! Mamat tu dah kenapa?!" Tanya Halina geram. Naik angin betul dia apabila Helmi tiba-tiba je blah. Tak ada angin, tak ada rebut terus blah! Merajuk ke?
Ariana tergelak kecil. "Mamat yang kau cakap tu abang kandung kau tau tak?"
"Hmph! Kisah pula aku?" cebik Halina sambil julingkan matanya ke atas.
"Tapi aku tak bolehlah! Dia tu dah kenapa?!"
Ariana angkat bahunya.
"Manalah aku nak tahu. Dia bukan abang aku." balas Ariana selamba.
Halina menghentak-hentak kaki kemarahan.
Sebetulnya, dia langsung tak ambil port tentang perkara ni. Lantak pergi lah dekat mamat kampung sambal belacan tu nak merajuk ke apa ke. Ariana tak kisah!
Teringat pula perjanjian mereka tempoh hari.
Who's gonna fall in love first,
Ariana ukir senyuman sinis.
.... Definitely it won't be me!
Share this novel