Prolog

Romance Series 3378

"AKU terima nikahnya Ariana Mikayla Binti Azman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."

Titisan mutiara jernih milik Ariana Mikayla menitis saat lafaz kalimah agung itu diungkap dari bibir sang jejaka. Dia menyeka air mata yang mengalir di birai mata dengan ibu jarinya.

Matanya terpejam rapat. Allah.... Hanya air mata sahaja yang Ariana dapat hadiahkan buat perkahwinan yang tidak didambakan ini.

Sedih? Gembira? Dia tidak tahu dia gembira atau sedih. Tiada langsung perkataan di dalam kamus Dewan Bahasa yang dapat menerangkan rasa yang dialaminya sekarang.

Dia tidak mahu berkahwin dalam keadaan begini. Dia punyai impian dan masa depan. Segalanya punah dek perkahwinan yang dijalankan. Semua hanya kerana satu, Dato' Azman!

"Ari, hulurkan tangan. Suami hang nak salam hang tu." Kedengaran suara wanita berumur dalam lingkungan separuh abad dari arah belakang mengarah Ariana.

Ariana mendongak memandang suaminya. Di hadapannya kini seorang lelaki tampan lengkapnberpakaian baju melayu berwarna putih. Amat sedondon dengan Ariana. Mereka berdua kelihatan bagaikan pinang dibelah dua di mata para tetamu yang hadir.

Tetapi sayangnya, tiada langsung senyuman dihiasi pada wajah Ariana dan juga suaminya. Jelas sekali terpamer di wajah Helmi Ikram bahawa dia tidak bahagia. Dia tidak gembira dengan perkahwinan ini.

Ariana hanya akur menyalami tangan sang suami 'tercinta'. Terketar-ketar tangannya saat menyalami lelaki yang bergelar suami kepada dirinya.

"Am, hang dok tunggu apa lagi? Ciumlah dahi bini hang tu."

Ariana mengetap bibir. Mak cik ni lah! Dah kenapa cakap macam tu?

Ariana merenung tepat mata Helmi. Tajam renungan Ariana Mikayla kepada Helmi Ikram persis pedang samurai. Jangan kiss aku!

Tanpa segan silu, Helmi memegang ubun-ubun Ariana. Bibir Helmi mendarat di dahi Ariana. Lama.

Ariana terkelu. Mata Ariana tidak berkedip memandang Helmi yang sudah melepaskan tautan bibir pada dahi. Mereka berbalas renungan. Renungan yang langsung tidak dapat ditafsirkan. William James pun confirm surrender tak boleh nak rungkaikan renungan mereka berdua!

"Am.. Ari.. Hampa dua orang rehat lah dalam bilik. Mesti penat kan.." celah Puan Maryam, ibu Helmi Ikram. Janggal melihat Helmi dan Ariana saling berpandangan. Malu orang tengok tau! Kalau nak pandang, buat lah dalam bilik!

Ariana dan Helmi mengangguk kecil lalu meminta diri untuk berehat didalam bilik. Ariana pula sudah merona merah wajahnya. Malu!

***

ARIANA duduk bersandar pada dinding yang diperbuat daripada kayu. Dia memandang ke luar jendela. Pemandangan padi yang menghijau sangat menyejukkan matanya. Burung bertebangan di langit yang membiru. Kanak-kanak riang berlari ke sana dan ke sini. Angin bayu yang sejuk menampar muka Ariana. Damai sungguh rasa ini. Tenang hati Ariana. Terasa segala beban telah hilang. Beginikah rasanya duduk di kampung?

Inai di tangan dibelek-belek. Inai merah yang unik bercorak bunga menghiasi kedua-dua belah tangan. Pandai Puan Maryam melukis inai. Katanya, dia mahu menantunya sentiasa teringatkannya tatkala memandang inai pada tangan.

Ari, Puan Maryam dah jadi ibu kau.. desis Ariana di dalam hati.

Tanpa disedari, Ariana mengeluh perlahan.

Bilakah semua ini akan berakhir? Bilakah semua penderitaan ini akan tamat?

Pintu bilik kayu dikuak.

Kelihatan Helmi Ikram berpakaian baju melayu putih dan songkok. Harus Ariana akui. Helmi tampak segak memakai baju melayu. Tetapi semua itu tidak lengkap tanpa senyuman sebuah senyuman manis yang ikhlas.

"Maaf sebab terpaksa libatkan kau dalam masalah aku." Sebelum tercetus peperangan, baik dia memohon maaf terlebih dahulu. Angkat white flag! Tetapi Ariana berasa kesal kerana Helmi terpaksa menjadi kambing hitam dalam masalahnya.

Helmi memandang cermin di sebelah pintu kayu. Dia menanggalkan songkok. Dia meraup rambutnya. Menyerlahkan rambut hitam Helmi yang serabut dan sedikit basah dek peluh.

Ariana mengetap bibir. Kurang asam garam betul! Aku dah minta maaf dah kan? Tak reti nak balas balik ke? Eh, suami aku ni bisu ke?

"Tahu pun nak minta maaf." sinis Helmi sambil menanggalkan butang baju melayu.

"Better daripada aku tak mintak maaf langsung kan?" balas Ariana sambil berpeluk tubuh. Angkuh sungguh gadis bangsawan yang berasal dari Kuala Lumpur.

Helmi memandang tepat wajah Ariana Mikayla. Dia amati wajah polos itu.

Ariana berasa kekok dengan pandangan Helmi yang sukar ditafsir. Dah kenapa pandang muka aku? Cantik sangat ke muka aku?

"Asal kau pandang aku? Dah puas hidup?" soal Ariana tidak berpuas hati. Mencerlung mata Ariana sambil memandang Helmi yang tegak berdiri. Cungkil mata masak lemak baru tahu! Tak sayang nyawa dan mata sungguh!

"Harap muka aje cantik tapi mulut.." sinis Helmi sambil menggelengkan kepala. Eleh Am! Kau faham apa dia cakap pun tak. Pandai-pandai je cop mulut minah tu jahat! Tapi dah gaya berlagak minah tu sudah mestilah dia kutuk aku!

Ariana mengetap bibir. Tak sayang nyawa sejak azali! Tak pasal-pasal ada orang makan bantal!

"Memang aku akui yang aku ni cantik. Kau tak bagitahu pun aku dah lama tahu." Ariana menguntum senyuman manis. Siap membuat aksi model lagi.

Helmi menarik kerusi ke hadapan Ariana lalu dia duduk di atas kerusi tersebut. Dia merenung wajah Ariana.

Ariana tersenyum plastik yang tampak kekok. Not again!

"Aku rasa kau ada bakat."

"Bakat apa?"

"Bakat perasan diri tu cantik!" Helmi menjerit betul-betul di hadapan Ariana.

Terkejut Ariana. Dia menahan geram. Tersembur air liur lah gila!

Tiba-tiba terlantas di fikiran Ariana sesuatu perkara. Dia tersenyum sinis.

"Helmi Ikram, why not kita main satu game?" cadang Ariana sambil menongkat dagu dengan senyumannya.

"Huh? Game apa?" soal Helmi yang sedang membetulkan posisinya.

Semakin lebar senyuman sinis Ariana.

"Game siapa yang jatuh cinta dulu dia kalah!"

Helmi tayang riak wajah toya.

"Macam budak-budak," komen Helmi seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ala, kau takut kalah kan? Don't worry. Aku tak akan gelakkan kau kalau kau kalah. Biasalah aku kan cantik, baik, manis dan lain-lain. Mamat tak betul macam kau pun akan kalah!" Tawa Ariana bergema di dalam bilik mereka.

Mata Helmi membulat. Ya Allah! Perasan gila minah ni! Dasar perempuan bandar yang gedik! Tetapi ego Helmi sedikit tercabar dengan kata-kata Ariana.

"Okay fine. Aku sahut cabaran! Tapi jangan kau pula yang menangis malam-malam nakkan cinta aku. Kau tahu kan cinta aku hanya milik-" Kata-kata Helmi mati apabila Ariana memotong.

"Yes aku tahu siapa di hati kau. Tak ingin aku nakkan hati kau. I'm not that insane. Aku just nakkan something fun sepanjang kita bersama."

Ariana menyua tangannya. Senyuman sinis tersungging pada wajahnya.

"So deal?"

Helmi ukir senyuman sinis. Kelihatan begitu yakin yang dia tak akan tumpas!

Aku akan takkan kalah!

"Deal!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience