Rate

BAB 6

Romance Completed 3261

Ghani yang mungkin sedikit terasa terus mengambil beberapa keping surat dan terus beredar pergi.

Farhan menyambung semula kerja-kerja menaipnya. Entah kenapa dia hilang fokus bila mengenangkan semula kata-kata Kak Jebb tadi. Kemudian Farhan melihat telefon pintarnya, membuka aplikasi Twitter.

Satu persatu tweet melintasi garis masa Twitter dia baca sekali imbas.

@Intan Hari pertama di tempat baharu. Semoga dipermudahkan. Level 17 saya datang!

Entah mengapa jantung Farhan berdegup kencang bila membaca tweet tersebut.

@Jebat @Intan Kerja baharu? Macam syarikat besar je bunyinya 17 tingkat!

@Intan @Jebat Hehehe. Mahu tak besar. PNB awak, harap lif dekat sini tak pernah rosak!

Farhan menelan air liur, kepalanya tiba-tiba pusing dan telapak tangannya mula berpeluh.

“Budak perempuan baharu department sebelah?” bisik Farhan sendirian.

[Instagram]

Gambar seorang perempuan bertudung merah sedang membaca buku

“Selamat pagi Jelita ”

Pagi ini mengingatkan aku kepada Mama. Cepat betul masa berlalu. Sudah tiga tahun sejak Mama tinggalkan aku dan keluarga. Seringkali aku menyesal bila mengenangkan ketika Mama masih ada, aku tidak pernah mengucapkan ucapan Selamat Pagi.

Aku sering terburu-buru mengejar waktu agar tidak terlewat ke pejabat. Adakalanya aku terlupa untuk menelefon Mama bertanyakan samaada dia sudah sarapan? Sudah makan ubat? Nanti tengah hari masak apa? Mama, Irin sudah mula berjalan. Nanti bila dia sudah mula petah berkata-kata Haikal akan ajar dia untuk selalu ucapkan Selamat Pagi kepada Mama dan Papanya.

Ucapan itu ringkas tetapi sangat bermakna untuk diungkapkan. Seringkali kita mengabaikan insan-insan yang kita sayang bilamana mereka masih hidup seolah-olah kita menyangka mereka akan terus hidup untuk selama-lamanya, tetapi bilamana mereka sudah tiada baharulah kita sedar betapa rindunya kita kepada mereka.

Kita berharap setiap pagi kita akan dapat mengukirkan senyuman buat mereka. Hargailah insan-insan yang anda sayang. Jangan terlalu berkira untuk memberikan Salam serta mengungkapkan sebaris kata “Selamat Pagi” atau “Selamat pagi ” kepada insan-insan yang ada dalam hidup anda. Buat Mama, semoga Mama tenang di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience