Rate

BAB 5

Romance Completed 3261

Ironinya dia hanya mengenali @Intan melalui Twitter sejak enam bulan yang lepas. Jenuh juga Farhan mengintip @Intan di Instagram setiap hari sehingga mencetuskan suatu ledakan perasaan yang hanya dia seorang mengerti.

Tidak seperti Farhan, @Intan menggunakan gambar diri sendiri sebagai Twitconmalah akaun Instagramnya turut dipautkan sekali bersama akaun Twitternya dan itu menambahkan keyakinan kepada Farhan bahawa @Intan adalah seorang manusia yang benar-benar wujud, bukan parodi atau palsu.

“Farhan, surat untuk syarikat Han Seng dah siap ke? Nanti tolong buat dua copy ya.”

“Ok Kak Jebb.”

Farhan, lulusan diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat dari UiTM Perak telah bekerja di syarikat tersebut selama hampir dua tahun. Farhan memilih untuk bekerja selepas tamat pengajian peringkat diploma, tidak seperti rakan-rakannya yang lain, memilih menyambung pengajian peringkat Ijazah.

Mungkin kerana terlalu merasa rendah diri kerana sekadar bekerja sebagai seorang kerani, Farhan menggunakan tweethandle @Jebat di Twitter dengan twitcongambar sepasang kasut biru.

Ketika zaman belajar, dia aktif di Fac namun kini tumpuannya lebih kepada laman media sosial Twitter.

“Wei Farhan, hari ini ada pekerja baharu masuk department sebelah.” Ghani membelek-belek surat di atas meja Farhan.

“Apa kaitan dengan aku?” tanya Farhan semula.

“Nanti kita usha ar. Nak?”

“Tak payah ar korang berdua nak usha bagai, budak perempuan yang baharu masuk tu jawatan dia Eksekutif bukan kerani. Nak ke dia pandang korang ni kan?” Kak Jebb mencelah.

“Entah si Ghani ni. Kau ngorat je ar Suriati, yang bancuh kopi tu, sama level, hantaran pun nanti tak mahal.” Kata Farhan dalam nada menyindir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience