Rate

BAB 2

Romance Completed 3261

[WhatsApp]

Fareed : Selamat pagi Jelita !

Sayang, tadi saya ada belikan nasi lemak lauk rendang kerang kegemaran awak dekat tempat biasa yang awak selalu beli tu. Mulanya saya nak kejutkan awak bangun awal sikit tapi saya tak sampai hati bila tengok awak tidur sangat (sangat) lena.

Semalam awak balik lewat kan sotak apa ar kalau tidur lama sikit. Lagipun saya tahu awak masuk kerja pukul 11 pagi jadi bettersaya tak ganggu awak. Jumpa malam nanti ya, nanti memandu baik-baik.

Trish masih di atas katil bilamana dia membaca mesej WhatsApp yang dihantar oleh suaminya, Fareed.

Cahaya matahari sudah mulai memasuki bilik tidurnya dan jam sudah menunjukkan pukul 9.20 pagi, bermakna Trish harus segera bangun menuju ke bilik mandi dan bersiap-siap untuk ke stesen televisyen tempatnya bekerja.

Hari ini giliran dia untuk membaca berita jam 1 petang jadi mahu tidak mahu dia harus sampai ke studio dua jam sebelum siaran berita bermula. Trish menarik nafas panjang.

Ya, semalam dia bertugas sehingga jam 1 pagi kerana tugasnya membaca berita lewat malam. Kepenatan semalam masih belum hilang namun hari yang baharu harus dimulakan.

Namun Trish mengakui kehadiran mesej ucapan selamat pagi daripada suami tercinta ibarat tonik pemberi tenaga untuk dia memulakan hari ini.

Apatah lagi di atas meja makan sudah tersedia sebungkus nasi lemak berlauk rendang kerang yang menjadi kegemarannya sedia menanti untuk dijamah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience