Rate

BAB 1

Romance Completed 3261

"Selamat pagi Jelita "

Selamat pagi Handsome!

Husband, hari ini macam biasa I dah sediakan you sarapan pagi, pancake epal dengan teh jasmine kegemaran you. Maaf, I tak sempat nak tunggu sehingga you bangun sebab pagi ini ada meeting dengan bos besar (nanti lambat kalau nak sarapan sama-sama, sebab you kalau bersiap Taylor Swift pun kalah!). Jangan lupa breakfast ya! I love you...-Stella -

Patrick membaca nota ringkas yang ditampal oleh Stella di cermin meja mekap di dalam kamar tidurnya sambil tersenyum.

“Selamat pagi Jelita.” Kata Patrick sendirian lalu menyimpan nota tersebut di dalam sebuah bekas yang disimpan di dalam laci meja mekap.

Itulah rutin harian yang dia lakukan sejak beberapa bulan kebelakangan ini bilamana Stella mula meninggalkan nota ringkas sebelum ke tempat kerja setiap Isnin hingga Sabtu.

Patrick tidak pernah bertanya mengapa Stella menjadi lebih romantik melalui nota ucapan selamat pagi tersebut tetapi Patrick sudah boleh menduga mengapa dan kenapa. Namun yang pasti Patrick berasa bahagia setiap kali dia membaca nota itu.

Ding Dong

Bunyi notifikasi dari telefon pintar Patrick. Dia membaca mesej tersebut yang dihantar oleh Stella.

“Husband, hari ini pak cik teksi yang biasa itu tak dapat datang ambil you, tapi nanti ada teksi lain akan ambil you. Balik nanti I ambil you dekat hospital ya.”

Patrick menarik nafas panjang. Dia kembali berbaring di atas katil memandang ke arah kipas siling yang sedang berputar.

“Dialisis. Oh Tuhan kau tahu aku semakin bosan melakukannya.” Patrick berkata sendirian di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience