Rate

BAB 3

Romance Completed 3261

[Fac]

Trish : Bila kita balik rumah dia dah tidur, dan bila dia pergi kerja kita masih tidur. Rasa macam nak cari kerja yang masuk pukul 8 pagi balik 6 petang agar ada masa lebih untuk dia.

“Selamat pagi Jelita ! Maaf saya lambat sikit. Sikit je kan?” Mofa cuba memujuk Ziana yang mula menarik muka tanda penat menunggu.

“Ayat manis tak boleh tenangkan hati saya ok. Awak, saya tunggu dah setengah jam tahu tak. Lain kali kalau lambat awak call ar dulu.”

“Sorry. Telefon dah habis bateri. Tren LRT belum datang lagi?”

“Bukan belum datang tapi dah dua tiga buah yang lalu depan saya ni. Ishh, ikutkan hati saya tinggalkan awak.”

“Ok, ok. Esok saya datang awal sikit. Relax lah, kelas mula pukul 9 pagi, sekarang baru pukul 7.30 pagi ada sejam setengah lagi, InsyaAllah sempat.”

“Kalau saya lambat siap awak.”

“Itulah, saya nak ajak naik motor awak tak mahu. Nak juga naik LRT.”

“Hello. Naik motor berdua pergi kolej? Tak ar kot. Lagipun tak manis orang pandang.”

“Ke awak segan wahai cik Ziana ?”

“Segan? Saya bukan materialistik ok tapi saya sedar diri. Tak apa ar, bukan selalu pun awak teman saya naik LRT, tiga kali seminggu je kan.”

Mofa tersenyum mendengar kata-kata Ziana itu. Dia dan Ziana pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Sejak kewujudan perkhidmatan LRT di kawasan Puchong, Ziana tidak lagi menggunakan perkhidmatan bas awam sebaliknya beralih ke perkhidmatan LRT yang lebih cepat dan selesa.

Apatah lagi jarak antara rumahnya dan stesen LRT Puchong Perdana tidak sampai dua ratus meter, jadi itu sudah membuatkan dia berasa lebih mudah.

Mofa pula demi cintanya pada si buah hati sanggup menunggang motorsikal dari Puchong Utama ke stesen LRT Puchong Perdana agar dapat menemani Ziana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience