Rate

BAB 4

Romance Completed 3261

Mujur dalam seminggu, tiga hari kelas Mofa bermula pada waktu pagi dan kebetulan sama dengan jadual kelas Ziana, jadi itu bukanlah masalah untuknya.

“Tren dah sampai. Kalau kita sampai sebelum jam 9 pagi, saya belanja awak makan roti canai nak?” Mofa mengusik Ziana.

“Roti canai? Ok, tahulah kita ni gemuk so sukalah dia nak bagi kita lagi gemuk.” Ziana mencebik.

“Walaupun awak gemuk saya tetap nampak awak cantik hari-hari.”

“Klise bunyinya.”

[Twitter]

@Jebat Selamat pagi Jelita ! Semoga hari kau seindah sinaran matahari pagi ini. Tapi janganlah terlalu terik sebab hari-hari ketiak basah sebab panas!

@Intan @Jebat Selamat pagi ! Amboi pagi-pagi ini dah mengeluh.

@Jebat @Intan Mengeluh? Apakah maksudnya wahai cik Intan Payung Senyum Meleret.

@Intan @Jebat panjangnya gelaran nama kita! Tu mengeluh tentang panas.

@Jebat @Intan Oh. Biasalah cuaca memang panas kan.

@Intan @Jebat Kena banyak minum air. Ok ar nak siap-siap nak masuk kerja. Awak tak kerja?

@Jebat @Intan Eh saya dekat tempat kerja ni.

Farhan menghirup kopi 3 in 1 yang sudah beransur suam. Dia melihat jam dinding di pejabatnya, pukul 8 pagi. Tugasannya sebagai kerani pentadbiran di syarikat pelaburan terbesar di negara, PNB bermula untuk hari ini.

Setiap pagi tweet ucapan selamat paginya akan mendapat Likedan retweet dari @Intan, gadis manis yang diminati dalam diam oleh Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience