BAB 5

Family Completed 7762

Lagipun sejak dari kecil Zuhair membesar bersama-sama sungai tersebut. Selalunya ayah yang temankan Zuhair . Tetapi sejak ayah tiada, sudah lama Zuhair tidak ke sungai. Kasihan Zuhair!

“Rita temankan Zuhair ke sungai” perintah ibu. Rita menggelengkan kepala tidak mahu.

“Zuhair nak pergi sendiri” balas Zuhair

“Pergi la dengan Kak Rita, jangan main jauh-jauh main dekat-dekat sini saja.” Balas ibu.

“Iyela. Zuhair main tempat selalu jer, Zuhair dapat ikan jelawat nanti Zuhair balik la” balas Zuhair.

Wajahnya sedikit riang. Dia mengatur langkah panjang. Dicapainya penyauk yang bersandar di tepi pokok nangka dan bingkas berlari anak-anak. Rita mengejar dari belakang.

Aku sekadar tersenyum melihat kedua-dua adiku berlari tergedek-gedek.

***************

Ibu mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Lalu melepaskan lelah di bawah pokok rambutan. Aku hanya memerhati dari jauh. Hati ku sayu!

Apakah agaknya yang sedang bermain di minda ibu ku ini? Ibu membuka tudung botol dan membasahkan tekaknya dengan air masak yang di bawa dari rumah.

Agaknya sampai bilakah ibu terpaksa menggung derita nya sendiri, aku tidak sanggup melihat ibu terus begini. Kalau boleh aku nak berkerja dan berhenti belajar.

Aku pernah suarakan hasratku pada ibu. Tetapi ibu akan cepat melenting jika aku katakan niatku untuk berhenti belajar.

“Ibu tak pernah ajar anak-anak ibu mengalah! Kenapa cepat sangat nak berputus asa!”

Aku masih ingat lagi suara ibu yang ku jadikan azimat didalam hatiku sampai bila-bila.

“Jangan mengalah sama sekali!” getus ku sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience