BAB 6

Family Completed 7762

“Ibu! Zuhair jatuh sungai!” jeritan Rita membuatkan aku tersentap.

Kulihat Rita dalam basah kuyup termengah-mengah menyedut nafas yang makin hilang dek kerana penat berlari.

Ibu bingkas bangun menuju kesungai. Hatiku resah!

Fikiranku teringatkan peristiwa sewaktu ayah jatuh akibat diserang sakit jantung dulu. Adakah Zuhair juga akan mengikut jejak langkah ayah! Ah Zuhair!

Aku mengatur langkah panjang berlari pantas mencari Zuhair! Ku lihat ibu terduduk di tepi sungai. Rita memeluk ibu. Mana Zuhair?!

“Zuhair!” jeritku kuat. Tiada sahutan. Lidah ku kelu!

‘Zuhair! Ya Allah, kau selamatkan lah adikku. Ku mohon padamu Ya Allah.’

Ku lihat air mata ibu makin laju mengalir. Rita menangis kuat.

Mataku melilau mencari Zuhair di permukaan sungai. Melirik setiap penjuru sungai yang tidak lah sebesar mana.
“Zuhair! ” aku menjerit lagi!

‘Tak mungkin! Janganlah Kau ambil adikku Ya Allah!’

Kurasakan badanku lemah. Hilang sudah semangat yang ku kumpul selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience