BAB 2

Family Completed 7762

Kata ibu, dia mahu mengajak Rita dan Zuhair ke kebun pagi ini. Aku sekadar tersenyum. Baguslah. Sekurang-kurangnya Zuhair dan Rita ada juga kerja yang nak dilakukan dan tidaklah keluar rumah bermain tak tentu arah.

Aku kejutkan Zuhair dan Rita dari tidur. Kedua-dua adikku mengeliat ke kiri dan ke kanan. Zuhair meneyeh-nenyeh matanya yang kecil.

“Ala… Zuhair sakit perutlah...tak boleh nak pergi sekolah.” Zuhair bersuara, selimutnya ditarik semula.

“Hey. Apa ni? Hari ni cuti la Zuhair, mana ada sekolah,” Rita membalas, aku sekadar tersenyum melihat gelagat adik-adik ku.

“Cuti eh?! Bestnya, boleh tidur lama-lama lagi nie” Zuhair bersuara tersenyum gembira, bantal busuknya di peluk erat.

“Tak boleh. Pagi ini semua kena bangun tolong ibu dan kakak kat kebun.” Giliran aku pula bersuara sambal bercekak pinggang.

Aku menarik selimut Zuhair. Zuhair mengerekot seperti udang di dalam selimut.

“Ala…perut Zuhair sakit balik la akak, tak boleh jalan.” Zuhair memberi helah.

Aku mencebikan muka tidak percaya. Zuhair menarik tangan ku dan diletakkan ke perutnya.

“Tengok, kakak rasa tak ada benda dalam perut Zuhair? Sakit ni. Tak boleh bangun. Kalau Zuhair bangun juga nanti perut Zuhair jadi buncit macam Kak Rita.” Zuhair mengecilkan matanya tanda dia serius.

Rita membaling bantal ke arah Zuhair. Zuhair sempat mengelak. Aku tersenyum melihat keletah Zuhair dan Rita.

“Eleh... perut dia banyak cacing, dia kata orang pula!” marah Rita.

“Eh,sudah-sudah. Rita pergi mandi dulu, nanti tolong ibu siapkan sarapan.” Aku memberi arahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience