BAB 7

Family Completed 7762

“Kakak! ” ku dengar jeritan Zuhair dari balik belakang pokok buluh, ibu tersenyum gembira. Rita menjerit-jerit sambil menunjuk ke arah Zuhair yang kelihatan keletihan berpaut pada batang pokok kelapa yang reput.

Aku kumpul tenaga mudaku dan berenang menuju ke arah Zuhair . Selepas sampai di atas darat ibu memeluk Zuhair erat-erat. Aku menarik nafas lega!

‘Aku bersyukur padamu Ya Allah!’

“Jangan buat ibu macam ni lagi Zuhair!” Ibu mengucap panjang. Pelukkannya masih erat.

“Zuhair dapat ikan jelawat dua ekor ibu!” Zuhair masih mampu berkata-kata. Sambil menunjukkan ikan dalam beg plastik yang dipegangnya. Ibu mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“Malam nie kita makan ikan jelawat masak lemak keladi tau!” Zuhair menambah lagi.

Ibu mengusap-ngusap kepala Zuhair. Zuhair terseyum gembira. Lupa sudah dia pada dirinya yang hampir lemas di dalam sungai sebentar tadi.
Aku menarik nafas lega.

“Tadi kan Kak Rita dah pesan jangan main dekat sangat dengan sungai!” Rita membalas tidak puas hati. Dia juga turut risaukan adik tunggalnya itu.

“Kalau tak duduk dekat dengan sungai macam nak pancing ikan?” Zuhair membalas sambil mengerutkan wajahnya.

“Kakak dengan ibu janganlah risau. Zuhair kan kuat. Ayah cakap Zuhair kuat macam Superman!” Zuhair membalas.

Aku mengusap kepala Zuhair. Ibu mengatur langkah mengajak pulang. Aku dan Rita menurut dari belakang.

Zuhair masih tersenyum riang. Mungkin membayangkan ikan puyu dengan masak lemak keladinya. Aku memanjatkan syukur pada Yang Maha Esa.

‘Alhamdulillah Ya Allah.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience