BAB 3

Family Completed 7762

Rita mencebikkan mukanya tidak berpuas hati, dia bingkas bangun. Zuhair menjelirkan lidah tanda kemenangan. Aku sekadar menggelengkan kepala.

“Zuhair bangun,nanti kakak bagi gula-gula yer,” aku memujuk adik kecilku ini. Zuhair tersenyum tanda setuju.

Aku melipat selimut dan menyusun bantal dihujung tilam.
‘Ada-ada saja Zuhair ni!’ Getus hati kecilku.
Selepas Zuhair dan Rita sarapan ku lihat ibu membasuh pinggan. Aku buka tudung salji di atas meja. Masih ada sepingan nasi goreng yang tinggal untuk aku.

Aku tahu ibu masih belum makan. Mungkin ibu sengaja meninggalkan nasi itu kepada aku.

“Makanlah dulu Rozita, lepas nie kita pergi kebun pula” ibu bersuara, aku melabuhkan punggung ke atas kerusi.

“Rozita tak laparlah ibu. Ibu je la makan.” Aku berdolak dalih. Aku masih muda, setakat tidak makan pagi, tenaga ku masih ada.

“Makanlah. Nanti sakit perut pula.” balas ibu. Ibu masih tekun membasuh pinggan.

“Kakak diet!” jerit Zuhair dari belakang. Aku mengalihkan pandangan ke arah Zuhair yang muncul tiba-tiba. Tangan ku laju mencubit pipi lembutnya. Zuhair menjerit kecil.

“siapa cakap kakak diet ni Zuhair?” ibu membalas, aku sekadar tersenyum.

” Zuhair tahulah, Zuhair ada magik macam ahli nujum!” Zuhair masih tak mahu mengalah. Ibu mengusap perlahan-lahan kepala Zuhair. Aku tersenyum bahagia. Kalaulah ayah masih ada mesti bertambah meriah.

“Ibu makanlah dulu, Rozita dah kenyang, Rozita nak ajak Rita bersiap ke kebun” aku bingkas bangun meninggalkan ibu dan Zuhair.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience