BAB 1

Family Completed 7762

Pagi itu langit cerah. Hari ini hari minggu. Selepas Zuhair dan Rita selesai solat Subuh kedua-dua adikku kembali tidur. Aku membantu ibu menggoreng nasi untuk sarapan.

Oh ya, aku adalah anak sulung dalam keluarga ini. Dua tahun yang lalu, ayah pergi menghadap Ilahi buat selamanya. Semuanya kerana sakit jantung yang ayah hadapi.

Kehidupan kami miskin. Namun dengan kebun kecil yang dipunyai, tidaklah kami sekeluarga merempat meminta ihsan dan sedekah. Arwah ayah adalah seorang yang kuat berusaha.

Biar dirinya tidak berganti baju dan tidak makan asalkan dapat membesarkan anak-anak dengan baik. Menyekolahkan dan memberi keperluan apa adanya.

Namun, sejak ayah tiada, kehidupan kami anak-beranak makin buruk. Ibu seorang tidak mampu mengerjakan kebun itu. Hasil tanaman juga tidaklah banyak. Cukup sekadar menampung kami makan empat beranak di rumah yang usang itu hasil peninggalan nenek.
Kami adik beradik tidak pernah mengeluh.

Cuma kadang-kala bila mengenangkan kembali punca ayah diserang sakit jantung pada pagi itu membuatkan kami sedih.

Kerana kemiskinan hidup, orang kampung sewenang-wenangnya melemparkan hinaan dan fitnah. Akibat tidak tahan mendengar orang kampung memfitnah ibu, ayah jatuh.

Walaupun begitu, ayah tahu bahawa ibu bukanlah wanita seperti itu. Hampir setiap masa ibu sentiasa di sisi ayah. Jadi bilakah masa ibu mahu melakukan perkara terkutuk mengorat lelaki orang lain yang lebih kaya.

Itulah ketentuan yang Maha Esa. Ayah pergi jua. Ibu terlihat amat kuat menghadapinya dan sejak itu juga ibu menjadi segala-galanya buat kami adik-beradik. Biar penat mengerjakan kebun di siang hari, pasti di sebelah malam ibu akan meluang masa bersam akami dan bergurau senda.

Aku kagum dengan semangat ibu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience