CINTA ANTARA EMOSI DAN AKLI

Poetry Series 4141

Emosi kata
cinta itu buta

Akli kata
buta tu sebab cinta

Emosi kata
Retaknya cinta umpama layang-layang terputus tali.

Akli kata
Retaknya cinta kerana dia bukan milik kau dari illahi.

Emosi kata
Jika aku bermain dengan cinta maka wujud suka dan duka yang lebih cakna.

Akli kata
Cinta, main lah dengan aku maka kau akan rasa hidup tu lebih bermakna.

Emosi bisik pada Cinta
"Akli hanya propagandakan hati kau, dekat la dengan aku dan kau akan rasa wujudnya petala langit ke tujuh."

Akli bisik pada Cinta
"Jangan ikut Emosi
Dia hanya akan buat hati kau tersisih
Hingga lupa yang mencipta langit
Adalah al -Khalik!"

Emosi dan Akli terus bercelaru
hingga Cinta datang meluru
“Aku perlu satukan emosi dan akli
Baru cerita tentang aku akan terus diingati”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience