BODYGUARD DOCTOR

Poetry Series 4141

Tulisan tahun 2015 *tapi siap 2019* (Tepuk dahi!)
Genre: Romance / Medical / Detective

*KHAIRULISA*

Aku bukan watak heroin yang polos
suci dan baik...

Aku pernah luka kan banyak perasaan hingga
akhirnya perasaan aku sendiri terluka.

Aku pernah mengkhianati hingga
aku sendiri dikhianati.

Aku pernah rampas hak secara terbuka
Hingga akhirnya membuat aku terluka

Aku pernah cipta kegelapan
Hingga akhirnya aku yang terkapai

Dia hadir tika hati suram
membuat perasaan kembali bersulam

Saat jiwa gigih mengapai cinta kali kedua
Hati membantah untuk terus bersua

Namun kerana janji untuk terus menjaga
Ku gengam erat hingga menjadi nyata.

*KHAIRUL ISWADI"

"Aku janji akan jaga kau selamanya!"

Aku buka watak hero yang punya segalanya..

Jurang antara kita terlalu jauh..

Mungkin kau di utara dan aku di selatan
Mungkin kau adalah merak dan aku pipit yang tak dikesan

Kau ibarat ratu pada kelompok hamba seperti aku.

Makin aku cuba dekat
Makin terasa hati kian ketat

Namun saat kau terluka
Bibir ini tak mahu lagi bermuka

Madah janji aku hampar kan
Berlandas restu yang aku terima

"Aku tak sempurna Lisa.. aku takde apa yang nak dibanggakan.. tapi aku ada hati yang ikhlas untuk menjaga kau.. boleh ke aku jadi bodyguard kau selamanya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience