SCANDAL OF ROSE CHARM

Poetry Series 4141

~ Tulisan tahun 2016/2017.
~ Genre : Romance/Mystery

*ASYIKIN*

Tika hati lemah
Tika jiwa sengsara
Tika perasaan lebih pada duka
Kau datang dalam kelam
cuba tukar menjadi neon

Kau buat aku keliru
Kau beri aku hidup
Kau suluh tika jatuh.

Makin dekat kau datang, makin jauh aku cuba lari.
Bukan lari untuk diri,
tapi lari untuk menyendiri.
Menyendiri mencari maksud luka,
Menyendiri mencari erti bahagia.

Tika Tangan kau hulur dulu mula hilang.
Aku pasrah namun tak mengalah.

Kali ni pinangan aku hulur
Berlandas kisah Siti Khatijah.

Kerana hati aku nekad
Kerana jiwa aku bulat
Dan kerana perasaan aku menjadi satu

*AMIRUL*

Empat tahun pendam rasa
Empat tahun pendam cinta
Empat tahun hati cuba dikawal
Empat tahun duka cuba ditawan

Saat tingkah terus kedepan
Temu mata yang diidam

Saat itu juga langkah rebah
rebah dengan status yang sukar diubah

Namun jiwa terus kuat
Dia adalah jodoh yang dilihat

Diri terus menanti saat usaha sudah hilang
Bagai camar terbang untuk pulang

Ketika diri tawa kan kisah Siti Khatijah
Tanpa sedar hilang percaya dengan Rasullah

Cepat-cepat hati istighfar
Agar cahaya tak mudah hilang.

Sungguh diri tak sangka
Dia hadir menjalur kata

Tiada lagi kata tunggu
Terus pinangan jadi setuju
Kerana hati tak tahan menanggung rindu

Rose merah menjadi saksi.
Rose merah menjadi penyeri.
Rose merah terus mekar
Dalam hati yang kian ikrar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience