CINA BUTA

Poetry Series 4141

Tulisan tahun 2018
Genre: Romance/Medical

*AKIRA AYU*

Talak tiga?!
Aku janda
sedang diri masih dahaga
dengan belaian daripadanya

Kenangan tak ubah
bagai pacu terus bergerak
sekali lagi diri ditawan
hingga hati jadi tertawan

Pada kau Madu itu manis
Pada aku Madu itu hamis

Penyebab diri aku terluka
Juga sebabkan diri aku jatuh cinta.

Dikala hati sarat dengan seksa
Jiwa mintak dicerai kali kedua

Namun lafaz tak semudah kata
Kau gengam hingga menjadi nyata!

Cina buta kisah dicipta
Cinta buta datang menerpa

*HAIKAL NAIM*

Tika hati lambat bicara
Hanya mata mengeluar duka

Duka merangkak jadi hiba
Untuk pergi 7 tahun lamanya

Peluang kali kedua
Nekad tak mahu lepaskanya

Disana menanti
Disini menunggu
Madu kuberi
tangisan kian terpalu

Hati makin sukar pilih
Antara Cinta dan Kasih

Cinta pada Akira
Kasih pada Arfan

Urusan Allah masih panjang
menguji hambanya tak kira siang malam

Bersaksi airmata kau pergi
Bawa benih yang kau nanti

Tapi aku takkan lemah
Walau kau paksa menyerah

Kata cerai milik aku
Dalam payah kau akur

7 tahun aku menunggu
Sungguh tak mahu terus jadi penunggu.

"Kira! abang takkan lepaskan Kira walau apa pun yang terjadi!"

Cina buta jadi saksi
Cinta kita terus bersemi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience