KERANA KAU

Poetry Series 4141

~ Tulisan tahun 2015
~ Genre : Romance / Family

*LILIANA*

Genap 30 kau dan aku still single
Kita kahwin!

Polaroid bermain indah
saat diri kian rebah

Namun aku tak tersungkur
Kerana kau selalu akur

Akur dengan segala tindak aku
Akur dengan segala tutur aku
Aku dengan segala perasaan aku.

Sedang tindakan itu bukan inginku
Sedang segala tutur itu bukan dari bibirku
Sedang segala perasaan hanya untuk kau dan aku.

Pendam dan terus pendam sampai hadir perasaan dendam.

Dendam? Itu yang kau fikir Hasbi.

Tapi sebenarnya aku cemburu!

Cemburu pada figura disisi kau
Cemburu tika figura itu sentuh kau
Cemburu pada figura itu saat dia peluk kau

Ketika aku ingin lari
Kau rampas langkah mengukir janji.

Janji 30 tahun lalu.
Janji untuk kita bersatu

*HASBI*

Kita dah genap 30, still single. Jom kahwin!

Sejak aku kenal cinta
Kau yang pertama datang di mata

Sejak aku kenal rindu.
Kau sering hadir mengamit kalbu

Diri cuba tolak
Saat hati suruh menarik

Makin aku tarik
Makin banyak duka menerik

Tubir mata mu kusapu
Walau diri nampak kaku
Sedang hati tertunduk malu
Ingin terus sentuh dirimu itu

Lili kau secantik bunga
Hatimu ingin kutawan
Tapi bibir lambat bersuara
Kata cinta terus diarak awan.

Aku nekad!
janji kusemat!
Cinta ku pegang erat
Walau diri kian semak

Kerana kau aku masih disini
Kerana kau aku terus tepati janji
Kerana kau milik illahi
Dan terukir untuk aku sejak azali

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience