TOMBOY ITU AKU PUNYA

Poetry Series 4139

~Tulisan tahun 2010/2011
~ Genre : Friend / Romance / Humor

*BLACK a.k.a YARA*

Jiwa perlu akal
Hati perlu akal
Perasaan pun perlu akal

Jadi mana akal mahu ikut?

Aku tak secantik nama
Aku tak seindah bunga
Aku hanya insan yang sering mula bicara

Bicara tentang keinginan wanita
juga berani bergurau tentang lain jantina

Itu aku..

Tika akal mematikan jiwa
merombakan hati
meluluhkan perasaan
Maka tubuh cuba mencari makna diri sebenar.

Jumpa.. tapi terlambat
Hadir.. tapi akhirnya kecewa

Untuk apa terus menunggu?
Sedang diri hanya sebagai penunggu.

Aku cuba lari.
Aku cuba hilangkan diri
Namun kerana cinta, dia tetap mencari.

*FAKRUL*

Dia kawan aku
Dia juga lawan aku

Kerana dia aku merana
Kerana dia aku kenal bahagia

Jasad cuba lari tika hati telah mengkianati
Jiwa makin rapuh tika dia aku singkir

Menjauh itu rindu
Menghilang itu cari

Hati tak kuat
Saat cinta mula erat

Kerana tomboy itu, aku bangkit ubah pendirian

Black yang aku gelar
Tapi Yara yang kian mengular

Black itu aku punya kawan
Tapi Yara buat aku bagai diawan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience