Chapter 4

Romance Completed 9763

BAB 4

“Aku tak sangka betullah! Akrab sangat ke kita ni sampai semua orang ingat kita bercinta?” Kata Izz Danial sebaik sahaja mereka keluar daripada rumah. Izz duduk di sebuah buaian bersebelahan Dania.
“Entah…” balas Dania acuh tak acuh. Dia ralit memerhatikan bunga-bungaan yang ditanam oleh mamanya di luar rumah.

“Kalau macam ni, susahlah aku nak tackle gadis-gadis kat luar sana. Tak fasal-fasal mereka ingat kau dengan aku bercinta.”

“Kau ingat ya? Love game kedua kita? Setia pada yang satu tau!” Dania sudah memberi ingatan dan amaran kepada sahabatnya itu.
“Ingat. Aku tak lupalah lagilah, beb! Kau pun ingat sama tu!”

“Hmm.. Aku ingat aku nak cari orang dekat UK sana jadi boyfriend aku.” Dania tersenyum kecil. Tak sabar rasanya dia mahu berlepas ke UK minggu depan, untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
“Aku pun macam kau jugak. Masa aku study dekat London nanti, aku nak usha awek-awek cun dekat sana! Bolehlah mama aku dapat menantu orang putih!” Izz Danial ketawa lagi.

“Hish! Ye lah tu!”

“Kau dah siap ke packing semua barang?” Soal Dania.

“Dah. Aku bukannya macam kau. Buat apa semuanya lambat.” Sempat pula dia mengutuk Dania.

“Kau ni kan? Tak buat aku marah memang tak sah!” Dania memuncungkan bibirnya. Tanda merajuk. Walhal dia lawak je.

“Haha. Janganlah marah Dania. Lepas ni aku tak boleh dah nak usik-usik kau.”

Dania terdiam mendengarkan ayat akhir daripada Izz Danial. Lepas ni dah tak boleh nak usik-usik dah? Tidak! Sunyilah hidupnya nanti.
Izz Danial juga berasa dirinya akan kehilangan seorang sahabat. Tempoh tiga tahun di London, bukanlah suatu tempoh yang singkat. Macam mana dia nak hidup tanpa gadis itu disisi?

“Dania..” Izz Danial bersuara perlahan.
“Apa dia?”
“Agak-agak kau rindu aku tak nanti?”

Dania tidak tahu nak beri jawapan apa. Mestilah aku rindu kau ngok! Sehari tak dengar suara kau pun dah buat aku resah. Kaulah satu-satunya sahabat aku, Izz!

“Entahlah. Kau?”
“Entah? Hmm aku pun entahlah!”
‘Gila tak rindu kau nanti? Mestilah aku rindu Cik Dania oii! Kau lah yang buat hidup aku ceria tau!’ Kata-kata itu cuma terlintas di dalam hatinya sahaja.

“Kita buat satu game nak tak?”
“Love game lagi?”
“Ya. Kita tengok siapa yang akan rindu siapa nanti.”

“Maksud kau?”
“Macam ni, kita tak payah berutus emel, bertelefon ke apa ke waktu kita study di luar negara nanti. Contohnya, kalau kau rindu aku, terus kau telefon aku, maknanya kau kalah! Haa amacam? Okey tak game aku ni?”
“Okey! Aku setuju! Sure aku tak rindu kaulah!” Balas Izz Danial selamba. Walhal, dalam hati dia berdoa supaya dia tdak merindui gadis itu.

‘Rileks Izz, rileks! Nanti kau jumpa girlfriend dekat sana, kau lupalah Dania ni nanti.’ Bisik hati kecil Izz Danial. Izz Danial tersenyum kecil.
“Eleh! Cakap besar! Aku sure kau call aku nanti. Minta pendapat akulah, cadangan akulah.. Macam aku tak tau.” Dania sudah sedia maklum dengan sikap Izz Danial yang sukar menetukan keputusan diri sendiri. Setiap perkara yang mahu dia lakukan, pasti dia akan merujuk kepada Dania terlebih dahulu.

“Ahh! Tak de, tak de! Aku janji aku tak call punyalah! Nanti kau yang akan call aku sebab nak tahu khabar aku. Betul tak? Lepastu, kau dikira kalah! Haha!”

Dania sudah menahan marah. “Huh! We’ll see.”
“Ok! Kita tengoklah nanti siapa yang rindukan siapa!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience