Chapter 1

Romance Completed 9763

BAB 1

“Kita putus! Dasar playboy!” Gadis berpakaian dress merah jambu menepuk meja dengan kuat.

“Now we’re break!” Kata gadis berambut perang pula. Dia berasa marah kerana terasa dirinya diduakan oleh orang yang dicintainya.

“Well.. I don’t care. Just go..” Kata-kata itu membuatkan kedua-dua gadis tadi merengus kasar lalu meningalkan taman bunga tersebut.
Izz Danial tersengih. Sedikit pun dia tidak berasa bersalah mahupun sedih kerana diputuskan hubungan dengan kedua gadis tadi. Dia tidak risau kerana apabila petik sahaja jari, sepuluh gadis akan datang kepadanya menghulurkan salam perkenalan.

Dania yang sedang berehat di kolam yang tidak jauh dari Izz Danial terkejut dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Beberapa saat kemudian, dia melepaskan tawa. “Ambik, kau! Haha kan dah kantoi? Kiranya, kau kalah lah ya?”

Izz Danial terus tersengih. Kemudian, dia ketawa kecil. “Kantoi? Aku rasa bagus jugak kalau kantoi!”
Dania pelik. “Kenapa pula?”

“Aku rimas lah nak layan Fisya dengan Diana tu! Terhegeh-hegeh! Dari layan mereka, baik aku layan kau!” Izz Danial tersengih.
Dania mencebikkan bibir. “Eleh.. Aku tahulah kau dah kalah. Terima sajalah hakikat.”

“Kalah apa pula?” Izz Danial pura-pura berasa hairan.
“Kalah love game! Haha!” Dania mula menyambung ketawanya kembali.
Muka Izz Danial sudah merah menahan marah. “Eh? Kalah? Hmm.. Aku rasa tak kot.”

“Kenapa pula? Dah la weh! Kalau kalah cakap ajelah kalah!” Dania tidak puas hati. Sahabatnya yang seorang ini memang susah nak mengaku kalah! Benci betul!

“Sebab aku ada ramai lagi. Hehe.. Kau ada?”
“Haa? Ish, ish! Playboy juga sahabat aku ni eh? Aku rasa macam nak tulis novel ‘Playboy itu Sahabat Aku’ pulak.”

Izz Danial ketawa mendengarkan ayat dari sahabatnya itu. “Alah! Kiranya aku menang lagilah okey? Aku ada banyak lagi girlfriend kat luar sana tu. Kau? Seorang pun tak ada. 24 jam berkepit dengan aku je!”
24 jam berkepit dengan dia? Huish! Mana ada.

“Aku rasa, love game yang kita buat ni aku menang. Betul tak?” Izz Danial menyoal Dania.

Dania berfikir sendiri. Okey, fine! Kau menang love game tu! Sebab kau dapat pancing ramai perempuan kan? Sedangkan aku tidak! Ye lah, mana la ada lelaki nak dekat dengan aku sangat kalau nampak asyik berkawan dengan Izz Danial sahaja. Lagipun, aku bukannya cantik sangat.

“Tak baik tahu! Ada ramai girlfriend tapi kau tak serius pun!” Dania masih lagi dikuasai rasa tidak puas hati.

“Rilekslah! Dalam game tu, tak cakap pun kena serius masa bercinta ni, kan? Lagipun, aku bukannya suka sangat dekat perempuan semua tu. Mereka yang kacau aku! So, aku layankan je lah.” Balasnya selamba.

“Hmm.. Mungkin ramai lelaki yang tak nak dekat dengan aku sebab mereka ingat aku ni salah seorang girlfriend kau? Mereka ingat aku dah berpunya! Sebab tu mereka tak nak ganggu! Huargh!” Dania sudah menghentak kakinya seperti budak kecil.

“Hehe. Tak payah risau lah. Ramai tahu kau dengan aku cuma kawan je.”
Dania hanya mengeluh kecil. Mereka memang sahabat baik dari sekolah rendah. Rumah pun bersebelahan. Di mana ada Izz Danial, di situ ada Izzah Dania sehinggakan ramai rakan sekolej mereka menyangka bahawa mereka pasangan bercinta.

“Apa kata kita buat love game semula?” Cadang Dania.
“Love game yang macam mana pulak?”

“Macam ni. Kau dengan aku kena cari seseorang untuk dijadikan teman istimewa. Siapa yang setia, dia menang. Tapi kan aku rasa kau akan kalah sebab kau susah nak setia.”

“Senang je tu! Setia ye? Okey! Aku setuju.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience