Chapter 12

Romance Completed 9763

BAB 12

“What? Korang jangan main-main! Kami dah tak nak percaya dah.” Puan Anita pura-pura merajuk. Begitu juga dengan Puan Nadira.

“Betul tu. Haritu kata friend forever aje, kan?” Encik Ahmad mencelah.
“For your information, Dania dengan Izz memang tak ada apa-apa hubungan apalagi perasaan. Tak terdetik di hati kami ni nak bercinta. We’re just friend forever! ” Puan Anita meniru ayat yang dikeluarkan oleh Dania tiga tahun lalu. Amboi, ingat lagi ya aunty?

“Itu dulu, ma. Sekarang lain. Izz sedar yang Izz cintakan Dania lebih daripada seorang sahabat.” Izz Danial berterus-terang.
“Betul tu papa. Dania pun baru je sedar yang Dania cintakan Izz. Masa dekat UK dulu, Dania rindu teramat dekat Izz. Dania sedar yang Dania tak boleh hidup tanpa Izz disisi.”

“Masa Izz tengok Dania dengan Adif ni macam pasangan bercinta, Izz rasa cemburu. Barulah Izz faham, yang Izz dah jatuh cinta dekat anak aunty!” kata Izz kepada Puan Nadira dan Encik Ahmad.

Dengan tidak semena-mena, Puan Nadira memeluk Puan Anita. “Nita! Aku tak sangka, aku dengan kau akhirnya berbesan juga!”
“Betul tu Dira!! Fuh, happy gila aku bila dengar anak kita ni dah jatuh cinta!”

Encik Ahmad dan Encik Hadi hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan telatah isteri mereka. Jauh di sudut hatinya, dia berasa gembira sekali mendengar khabar ini.

“Alhamdulillah! Bila nak buat majlisnya?” Soal Encik Hadi.
“Amboi, tak sempat-sempat ya papa?”

“Hah! Lagi cepat, lagi bagus! Kamu berdua ni pun dah lama kenal, kan?”
“Hmm.. Okey. Malam ni kita bincang. Kita kumpul di rumah Dania.” Cadang Encik Hadi.
“Beres!”

--

Malam itu, ketika selesai perbincangan di rumah Dania..
“Dania, I love you!” Bisik Izz Danial.
“I love you too!” Balas Dania.

“I love you three!” Izz Danial tidak mahu kalah.
“I love you four five, six, seven, eight..”

“Argh! I love you one hundred, billion, million..” Sudah! Masing-masing tak mahu kalah! Nampaknya gaduh sayang antara Dania dan Izz Danial tumbuh kembali…

“Okey, stop! Kita sama-sama menang!” Dania sudah penat mahu bertikam lidah dengan Izz.

“Hehe.. Saya gurau je lah!” Dia mencuit hidung Dania.
“Ehem ehem!” Dania dan Izz tersedar bahawa ibu bapa mereka memerhatikan gelagat mereka tadi. Dania menjadi malu sendiri.
“Hehe..” Izz tersenyum menutup malu.

“Izz, Dania, lepas ni jangan gaduh-gaduh sayang macam dulu lagi ya?” Dania tersenyum sendiri mengenangkan persahabatannya dengan Izz Danial. Kelakar sungguh. Mesti 24 jam ada yang tak kena.
Izz teringat pula pada love game yang mereka mainkan. Mana boleh mereka lupakan semua kenangan itu!

“Sayang, nanti bila kita dapat anak cucu cicit nanti kita cerita dekat mereka, eh?” Bisik Izz Danial.

“Cerita fasal apa?”

“Love game..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience