Chapter 2

Romance Completed 9763

BAB 2

“Happy birthday to you! Happy bithday to you! Happy birthday to Dania! Happy birthday to you!” Dania meniup lilin di atas kek hari jadinya. Semua yang berada di situ terus menepuk tangan.

Dania memotong kek dengan cermat. Setelah dipotong, dia menyuakan kek tersebut kepada papa dan mamanya. “Thanks, sayang. Happy birthday.” Puan Nadira mengucup dahi satu-satunya anak tunggalnya itu.
“Ini untuk kau!” Dania menghulurkan sepotong kek kepada Izz Danial.

“Suapkan, please..” Pinta Izz Danial dengan suara manja yang sengaja dibuat-buat.

Dania mengecilkan matanya. “Hish! Mengada!”

Dia mengambil secubit kek lalu disuapkan kepada Izz Danial. Tiba-tiba, muncul idea jahatnya. Dia menguis aising lalu menyapukan aising tersebut pada hidung dan pipi Izz Danial.

“Dania!!!” Izz Danial menjerit lantang. Geram dengan perlakuan Dania.
Keluarga Izz Danial yang turut hadir pada malam itu ketawa besar melihatkan kelakuan anak-anak mereka. Umur sahaja dah 23 tahun! Tapi perangai macam budak-budak. Ish.. ish..

“Nah, ambik kau!” Giliran Izz Danial pula menceletkan aising di muka Dania. Dania cuba mengelak namun gagal. Akhirnya, muka mereka sama-sama terkena aising.

“Hai.. Dania.. Dania.. Macam budak-budak je budak dua orang ni.” Kata Puan Nadira kepada sahabatnya yang merupakan mama Izz Danial, Puan Anita.

“Itulah! Sepadan pula rasanya!”

“Anita…” Puan Nadira mendekatkan dirinya dengan Puan Anita lalu membisik perlahan. “Kau tak rasa ke yang mereka ni saling suka sama suka?”

“Saling suka sama suka? Ya tak ya jugak kan? Aku pun rasa macam tu.”
“Haish! Tengah bergosip apa pulak ni?” Muncul Encik Ahmad dan Encik Hadi dari belakang.

“Fasal anak-anak kita tu..” Puan Anita memuncungkan bibirnya ke arah Dania dan Izz Danial yang rancak berbual. Mereka tidak sedar diperhatikan ibu bapa mereka.

“Kenapa pula?” Soal Encik Hadi kepada isterinya.

“Sweet aje Nita tengok.” Puan Anita tersenyum.

“Hmm.. Ada-ada sajalah awak ni.” Kata Encik Hadi sambil menyendukkan mi goreng ke dalam pinggan.

“Apa kata kalau kita satukan aje anak kita tu? Betul tak Nita?” Cadang Puan Nadira.

“Hah? Satukan? Wah! Idea menarik tu!” Puan Anita sudah beriak teruja. Dia memandang suaminya yang hanya dalam keadaan tenang.

“Kan? Macam mana bang?” Puan Nadira bertanya kepada suaminya, Encik Ahmad.

“Abang tak tahu la nak kata apa. Tanya sajalah dekat tuan punya badan.” Ringkas sahaja jawapan Encik Ahmad.

“Betul tu.” Sokong Encik Hadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience