Chapter 11

Romance Completed 9763

BAB 11

“Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Soal Izz namun matanya tidak beralih terhadap ‘objek’ yang dipandangnya.

“Nampak…” Begitu juga dengan Dania. Fokus sekali dia memandang ‘objek’ di hadapan mereka itu.

Mereka berdua terdiam.
“Izz? Dania?” Fasha dan Adif yang sedang makan bersama itu terkejut akan kehadiran Izz dan Dania.

“Korang buat apa kat sini?” Soal Fasha. Dia merenggangkan dirinya daripada Adif.Wajahnya pula menjadi cemas.

“Kami yang sepatutnya tanya, buat apa awak berdua di sini?” Nada Izz Danial berubah tegas.

“Er..” Adif dan Fasha gugup.
Dania memberikan jelingan tajam kepada Adif.
Izz Danial merenung Fasha dengan pandangan yang cukup tajam.
Fasha dan Adif menggigit bibir. ‘Mereka nampak ke Adif tengah suap aku tadi?’

“Er, Izz. Aku nak cakap sikit dengan Adif ni ya.” Kata Dania.
Izz mengangguk. “Aku pun nak cakap sikit dengan Fasha ni.”
Dania dan Adif berpindah ke meja sebelah, memberi ruang kepada Izz Danial dan Fasha berbincang.

*Dania dan Adif*
“Adif! Apa yang awak buat dengan Fasha tadi? Saya agak dah, awak berdua couple kan?” Dania mula bercekak pinggang.

“Shh! Janganlah cakap kuat-kuat! Dengar pula sahabat baik awak tu nanti! Ya, saya dengan Fasha dulu pernah jadi couple. Dan sekarang, kami nak sambung balik hubungan kami yang terputus tengah jalan.”
“Kenapa pulak putus tengah jalan?” Dania seakan berminat dengan cerita Adif.

“Dulu kami sama-sama belajar di UK. Lepas tu, Fasha kena pindah ke London atas desakan papanya. Kami terpaksa berpisah sekejap. Frust gila saya waktu tu!Tup-tup, saya jumpa awak. Masa tu awak suruh saya menyamar jadi boyfriend awak. Saya setuju je la sebab saya nak lupakan Fasha.”

Dania mengangguk faham. Rupanya mereka ni saling mengenali! Ceh! Kesiannya aku dah gunakan Adif supaya jadi boyfriend aku! Fasha, jangan salah faham ye! Aku dengan Adif tak ada apa-apa hubungan sekalipun.

Izz, kau ni malang jugak ye! Rupanya kau bercinta dengan kekasih orang! Haha!

“Dania, saya masih cintakan Fasha. Saya tak sanggup lagi nak menyamar jadi boyfriend awak semata-mata awak nak menang love game awak dengan Izz.” Adif merayu bersama raut wajah yang cukup sayu.

“Saya faham perasaan awak Maafkan saya, eh?”
“Tak mengapa. Nanti awak terus terang ajelah dengan Izz ya?”
“Okey.” Dania terpaksa menerima hakikat yang dia kalah dalam love game yang diciptainya sendiri.

*Izz Danial dan Fasha*
“Apa? Jadi awak dengan Adif dulu couple dan berpisah sekerat jalan?”
“Shh! Janganlah cakap kuat sangat! Dania dengar nanti, awak yang akan kalah pula dalam love game tu!” Bisik Fasha perlahan.

“Kenapa awak tak beritahu saya dulu yang awak ni kekasih orang?”
“Malaslah nak fikirkan fasal Adif ni. Saya ingat dia dah lupakan saya. So, saya terima ajelah tawaran awak tu.”

“Okey. Huh! Korang ni saling kenal lah! Kasihan Dania. Bercinta dengan kekasih orang rupanya!” Izz Danial sudah menahan tawa.

“Izz, saya harap awak faham. Walaupun hampir tiga tahun kami terpisah, saya masih belum dapat lupakan Adif..” Lirih sekali nada suara Fasha.
Hampir tiga tahun berpisah? Kemudian bertemu semula? Macam kisah aku dengan Dania je.

“Saya faham. Tak apalah, saya akui saya kalah dalam love game ni.” Suara Izz Danial mendatar.

“I’m sorry again.”

“Tak perlu sorry-sorry. Saya yang perlu sorry dekat awak sebab suruh awak menyamar jadi girlfriend saya. Sebab kepentingan saya, awak kena menyamar. Sorry ya,Ffasha?”

Fasha mengangguk. “Jom terangkan pada Dania.”

“Nak terangkan apa lagi? Semua dah jelas.” Kata Dania yang sedari tadi memerhati Izz dan Fasha dari belakang.

“Izz, aku tak sangka lah! Sebab nak menang love game tu, kita sanggup curi kekasih orang untuk menyamar jadi kekasih kita kan?” Dania tergelak sendiri.

Mereka berempat ketawa. “Aku ingatkan aku seorang je. Kau pun sama!” Balas Izz Danial.

“You all ni memang sehati sejiwa lah!” kata Adif dan Fasha serentak.
Dania dan Izz Danial berpandangan. “Huh! Mana ada. korang la yang sehati sejiwanya. Kami ni, bergaduh je 24 jam!”

“Ala.. Bergaduh sayang..” Fasha senyum melihatkan telatah Izz Irfan dan Dania.

Izz Danial tersenyum sendiri. Dania pula sudah menutup muka sendiri kerana malu.

“Adif, Fasha, terima kasih ya! Sebab korang, kami ditemukan semula!” Kata Adif ceria. Jelas terserlah kebahagiaan di wajahnya.
“No problem!” Balas Izz Danial dan Dania serentak. Serentak lagi! Cewah!

Izz Danial dan Dania menjadi diam semula sebaik sahaja Adif dan Fasha keluar daripada restoran tersebut.
Dania resah. ‘Nak cakap ke tak, nak cakap ke tak..’
“Dania, kita sama-sama menang, sama-sama kalah!”

Dania mengerutkan dahi. “Kenapa pula?”

“Ye lah. First, kita sama-sama menang sebab berjaya miliki seorang buah hati. Dan sama-sama kalah pula sebab buah hati tu menyamar aje!”
Dania tersenyum. “Kenapa kau suruh Fasha menyamar jadi girlfriend kau? Sebab kau nak menang love game tu je?”

“Entah. Aku rasa tak kot. Aku suruh dia menyamar sebab aku nak bagi kau cemburu. Itu je.”

Dania terlopong. Dia memandang Izz Danial tidak berkelip. “Sebab apa kau nak bagi aku cemburu?”

“Sebab aku nak tahu, kau sukakan aku atau tak!”
Sekali lagi Dania terlopong. Betul ke apa yang aku dengar ni?
“Jujur dengan aku, kau rindu aku tak masa kau dekat UK dulu?”
Dania menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Er.. rindu lah kot.”
“Dania, aku serius ni!”

“Ya! Ya! Aku rindu kau! Rindu sangat!’ Dania menekup mulutnya! Sah, dia dah terlanjur bicara!
Izz Danial sudah melepaskan tawanya yang kuat. “Kita seri lagi! Aku pun rindu kau setengah mati tahu tak?”

Dania tergamam. Tak tahu nak kata apa. Dia pun rindu aku ke? Alahai.. aku tak bertepuk sebelah tanganlah rupanya!

“Ok! Fine! Kita sama-sama kalah dalam love game tu!”
“Kalah pun tak kisahlah! Janji kita sama-sama rindu!” Balas Izz Danial teruja.

“Izz, selain Fasha, kau ada girlfriend lagi tak?” Dania menyoal Izz perlahan.

“Tak. Kan ke kita dah janji supaya setia pada yang satu?”
“Oh, kiranya kau setia dengan Fasha lah?” Dania mula berasa cemburu.
“Taklah. Aku setia dengan kau! Walaupun kau bukan girlfriend aku, kau tetap istimewa. Jadi, aku rasa aku lebih setia dekat kau!”
Dania terharu akan kata-kata Izz Danial. Tetap setia dekt aku? Meskipun aku bukan girlfriend dia?

“Aku rasa, kau pun setia dekat aku, kan?” Soal Izz Danial dengan lirik mata yang nakal.
“Mana ada.”

“Tipu!!!”
Dania terpaksa mengalah. “Ye lah! Aku setia dekat kau! Sebab aku cintakan kau!” Dania tidak menyedari yang dia telah terlanjur bicara. Sudah! Pasti Izz Danial akan ketawakan dia nanti.

Ya, memang betul. Kuat sungguh Izz Danial ketawa. “Kita seri lagi! Aku pun cintakan kau!”

Dania tergamam. Yes, aku rupanya tidak bertepuk sebelah tangan! “Serius?”
“Serius, jom!”
“Pergi mana?”

“Pergi jumpa parents kita la.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience