Chapter 9

Romance Completed 9763

BAB 9

Puan Anita dan Encik Hadi memandang Fasha dengan renungan yang aneh. Mana tak pelik, gadis yang dipilih anak mereka itu memakai ‘pakaian kanak-kanak’! Ketat dan singkat! Terdedah pahanya yang putih dan gebu. Rambut yang diwarnakan dengan warna perang pula dibiarkan lepas mengurai.

“Siapa nama kamu tadi?”
“Nama saya Fasha Catherine, aunty.”
“Tinggal di mana?”

“Saya asal daripada Kuala Lumpur. Menetap di UK tujuh tahun, kemudian ke London. Masa di Londonlah saya jumpa Izz.” Gadis itu mempamerkan senyuman nipis. Ikhlas ke tak tak tahulah.

“Oh! Patutlah nama dengan penampilan pun macam orang putih je..” Perli Puan Anita. Dania menutup mulut menahan tawa. Izz yang menyedari Dania mengertawakan dia dalam diam, mencubit pinggang gadis itu secara senyum.

“Auch!” Dania mengaduh perlahan. Dia mengetap bibir. Kau ni memang ngek bin ngok sungguhlah Izz!

“Dah lama ke kenal dengan anak aunty ni?” Tidak habis-habis lagi Puan Anita ni menyoal Fasha.
“Lama juga. Tiga tahun.”

“Fasha cintakan anak aunty ke?”

Tersedak Fasha yang sedang meminum jus oren. Izz pula kelihatan resah gelisah. Kenapa pula ni?

“Mama, kan kami ni loving couple? Mestilah saling mencintai, kan sayang?” Izz memaut pinggang Fasha. Namun, matanya kekal memandang Dania. Nak beri isyarat bahawa merekalah pasangan paling romantik lah tu! Takpe, takpe! Kau tunggu Adif Danial datang nanti, aku tunjuk dekat kau pulak!

“Hmm.. Ye lah tu.” Balas Puan Anita yang duduk bersebelahan dengan Dania.

“Dania, kamu suka tak Fasha tu? Aunty tengok biasa je dia. Macam manalah Izz boleh jatuh hati entah!” Bisik Puan Anita kepada Dania. Dania tersenyum kecil. Yes! Aku boleh geng dengan Aunty Anita!

“Tak pe lah Aunty, Fasha balik dulu. Esok ke bila ke Fasha ada masa Fasha datang lagi ye?” Kata Fasha lembut seraya menyalami tangan Puan Anita. Hmm.. Bersopan jugak kau ye Fasha! Patutlah Izz pilih kau! Hehe..

Langkah Fasha terhenti di depan muka pintu . Dania turut memandang ke arah pintu untuk melihat kenapa langkah Fasha terhenti. Sudahlah terhenti, kaku pula tu!

“Eh? Adif? Jemputlah masuk!” Sapa Izz yang masih duduk di sofa. Dania turut terkejut melihat kedatangan Adif. Kenapa Adif ke sini bukan ke rumahnya? Mungkin rumah aku tak ada orang kot! Sebab tu Adif dating sini.

Adif dan Fasha saling berpandangan.

“Hello? Adif! Come here!” Laungan Dania mematikan pandangan mereka.

“Eh, Fasha! Janganlah balik dulu!” Tepis Izz Danial. Dania sudah agak! Dia nak ajak bertanding lah tu!

Dania melihat Izz membisikkan sesuatu kepada Fasha. Fasha mengangguk lalu duduk semula di sofa.

“Korang berbuallah dulu ya? Aunty dengan Uncle nak keluar kejap!” Kata Encik Ahmad lalu berlalu ke dapur bersama isterinya.
Izz Danial mengangkat keningnya ke arah Dania. Dania faham. Pasti love game akan bermula! Satu, dua..

“You ni Adif Haikal ke? From UK?” Pintas Fasha seraya mematikan jelingan antara Izz Danial dan Dania.
“Ya, er.. Ya saya. Ni Fasha Catherine ke?”

Izz Danial dan Dania hanya memerhatikan kekasih mereka berbual bersama. Ni kira Fasha dengan Adif dah saling kenal ke?
“Jap! Wait! Korang ni, saling mengenali ke?” Soal Dania dan Izz Danial serentak.

Wajah Adif haikal dan Fasha pula bertukar pucat. “Eh, taklah…” Balas mereka, serentak!

“Izz, I balik dulu lah!” Fasha menggalas beg tangannya lalu keluar daripada rumah Izz Danial. Fasha tidak menghiraukan Izz yang cuba menghalangnya.

“Adif, kau kenal Fasha ke?” Soal Izz Danial lagi.
Adif berasa serba salah. Melihatkan jelingan Dania, dia segera berkata “Tak!”

“Saya balik dulu lah ye!” Dia segera berlari keluar.
“Weh! Kenapa dengan boyfriend aku dengan girlfriend kau ni?” Dania menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Entah. Disampuk hantu agaknya.” Balas Izz Danial selamba.
“Auch!” Izz Danial mengusap lengannya. Suka benar Dania ni cubit lengan aku! Ingat lengan aku ni span ke apa?

“Rasakan! Lain kali sebut lagi fasal hantu!” Dania bangun.
“Eh, Dania tunggulah! Kau nak ke mana?”Izz Danial mengejar Dania.
“Nak pergi cari hantu.”
“Hah?”
“Tadi kau yang cakap girlfriend kau dengan boyfriend aku kena sampuk hantu kan?”

Izz Danial menepuk dahi. “Kau ni kan. Aku kata bengap nanti kau marah pulak!”
Dania mencebik. “Aku gurau ajelah!”
Dania terus keluar dari rumah Izz Danial. “Dania, kau nak ke mana pulak?”

“Aku nak pergi rumah sebelah.” Rumah sebelah? Rumah Dania lah tu. Cakap ajelah nak balik! Dania.. Dania..

“Tunggu!” Izz Danial segera menyarung selipar lalu mengejar Dania.
“Ish, kau ni kenapa?” Dania rimas apabila Izz Danial mengekorinya.
“Bosanlah! Jom keluar nak? Lagipun, sejak kita balik Malaysia, kau tak keluar dengan aku lagi, kan?” Bersungguh-sungguh Izz Danial mengajak Dania keluar bersamanya.

“Okey. Nak pergi mana?”
“Special place. Jom ikut aku!” Izz Danial menarik lengan Dania menuju ke keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience