Bab 8
Ariana tiba di hospital. Ketibaannya di sambut dengan jelingan Dad.
"Apa yang Ariana buat ini salah! Sepatutnya kamu tak patut melakukan Farish sebegitu! Farish tu suami kamu tahu tak!" Bentak Dad. Dad memicit kepala yang berdenyut laju.
"Ariana tak sengaja ja pun tolak dia semalam.Lagipun slow aja Ariana tolak.Tup tup..dia pengsan. Mana Ariana tahu. Dia tu lembik sangat. " bidas Ariana tidak mahu kalah.
Hamboi Riana? Sempat lagi kau kutuk Farish lembik? Uhup!
"Slow apa! Sampai pengsan macam tu! Kalau cedera mana-mana. Kamu nak bertanggungjawab? Ikut cakap Dad! lepas Farish dah sedar Riana layan dia elok-elok.Mengerti!" Jawab Dato Hasyim menegas.Isterinya Saera menggeleng.Pap! Seperti hempasan batu hinggap di kepala. Layan elok? Blah lah wei! Eeii what the fish .
"Sudah..jangan ikutkan emosi awak tu. Awak ingat sikit. Awak tu ada penyakit. Jadi cuba nak marah tu awak sabar. " Pujuk isterinya. Dato Hasyim terduduk di atas kerusi yang telah di khaskan.Ariana menyandar di dinding.
Seorang doktor lelaki muda keluar dari bilik rawatan.Nenek Mahsiah bangun. Begitu juga yang lain. Terpinga-pinga mahu mendengar khabar dari doktor tersebut. Auw! Ahaksss Kacak! Opss. Sabar Riana.Suami kau yang terlentang kat hospital ni kau nak campak mana? Tangki simen?
"Boleh saya tanya.Kat sini ada tak yang bernama Nur Ariana Nabilla? Pesakit saya meraung nama dia. Tak salah saya mungkin isteri Tuan Farish.Boleh angkat tangan tak?" Doktor itu menyoal. Ya ampun kacaknya! Ahakss ! Boleh ad-just ngorat tak?
"Ariana! Angkat tangan! " ujar Dato Hasyim menyedar anaknya. Ariana pantas mengangkat. Doktor itu tersenyum lalu menyuruhnya masuk. Dia angkur saja.Berjalan mengikuti langkah Doktor kacak itu . Hiks!
Ariana mengambil tempat di sebelah Farish.Kerusi di tarik lalu melabuh punggungnya.Farish masih diam membeku. Wajah dia ya ampun... kalah the hulk.Naik seriau aku. Getus hati Ariana.
"Apahal?" Soal Ariana santai badak.Farish memandang tajam mukanya.Apa aku salah tanya ke? '
"Dah apahal pulak.Salahkah aku bertanya? Betula apahal kau?" Ariana menyambung jawap.
'Setakat apahal je? Sumpah aku rasa nak hempuk je minah ni. Lurus! Bukannya nak tanya suami dia sihat ke tak? Sakit tak lagi? Ni main apahal je.Jatuh maruah aku wei! Dengan aku-berkau lagi .Tengok lah kemain senyum lebar je doktor laki kerek ni . Ada hati nak ngurat bini aku lah tu . Kirim salam Kassim selamat lah!" gumam suara hati Farish.Kegeraman.
"Ala. Kau cakap lah. Kau nak aku tanya apa? Cakap lah! Eii...stress betul lah aku dengan kau ni!" Pekik Ariana.Farish berpaling muka.
Merajuk lah kita!
"Suami Puan merajuk tu. Tak nak tolong pujuk ke?" Celah doktor kacak . Ariana tersipu-sipu malu. Farish cepat berpaling.
"Diam lah kau doktor! Tak tahu apa-apa tolong senyap!" Bentak Farish tiba-tiba saja.Doktor itu terkejut lalu menunduk muka. Ariana juga terkejut dengan kata-kata Farish.Ariana bingkas bangun.Dia ni meroyan ke apa? Marah orang sesedap aiskrim ja.Ingat hati orang macam kayu balak ke?
"Kau! kalau nak marah aku jangan libatkan orang yang rawat kau! Heh doktor banyak kerja lain lagi lah nak rawat kau yang tak berterima kasih langsung!" Libas Ariana.Seketika itu hati Farish menyentak.Ek?
Farish mencuba untuk bangun. Dia mengerling wajah Ariana membahan. Sesekali memandang muka Doktor itu yang menunduk sepanjang masa.
"Kau kena ingat jasa dia! Tak ada dia semalam. Kau dah mati kutu!" libas Ariana kembali.Kali ini semakin berasid. Farish diam seribu bahasa.
"Maaf Puan. Jangan sebab saya puan bergaduh. " doktor itu memohon ampun dan bergegas keluar. Ariana melihat muka keruh Farish.
"Aku tahu aku tak perfect untuk kau.Aku tak lelaki macam lain layan kau baik-baik. Sory Ariana.Maafkan aku. " jawab Farish sayu.Ariana menelan air liur bertalu-talu.Terdiam terus kata.
"Akkuu bbukan apa.Akkuu ccuma terrkejut je dengar kau herdik dia macam tu.Ssebab dia yyang rawat kkau. " jawap Ariana tergagap-gagap.Kelu lidah beb.
"Hum." Gumam Farish. Ariana menjeling.
"Kau tak payah mengada-ngada sangat eh nak suruh aku pujuk kau! " ujar Ariana.Farish semakin ligat merajuk.
"Tak apa. Tak lama lagi aku pergi ." Balas Farish. Di pusing kepala menghadap ke arah tingkap. Sekali lagi Ariana kematian kata.
Udara! Please come! Aku dah sesak ni!
"Err.. ssory Farish. Ala. Jang.. "
"Shut up! Please keluar! " Farish menyampuk. Ariana mengeluh panjang.
'Susah gila nak pujuk hati Farish.Kalau Arra kacang je.Aku beri duit terus blah lepas tu dah tak merajuk. Ni orang tua ni! Nak pujuk lagu mana ek!? ' fikirnya.
"Farish.Dah lah merajuk.
Sory eh eh?" Pujuk Ariana menggoncang-goncang bahu Farish.Tapi hampa Farish langsung tidak menoleh.
' Ar lupakan Riana! Kau cakap kau tak suka pujuk orang selain dari ahli keluarga kau! Jadi tak payah pujuk! Biar dia sendiri terpujuk! ' sapa suara sumbang menyinggah di telinga kiri.Suara siapa pulak ni! Zzz.
'Tak boleh Riana! Dia suami kau! Jadi kau kena pujuk dia! " satu lagi suara menyapa di telinga kanan.
Kau suara! Tak menyebut tak sah! Geram aku! ' getus hati kecilnya.Dia pergi meninggalkan Farish.
Keluarganya yang lain bertanya kepadanya. Tapi di jawab angguk geleng. Hum. Ok-ok lah.
***
Berita pagi ini langsung tidak menggembirakan hati Ariana apabila mendapat tahu Farish akan pulang .Bunyi kereta daddy membuatkan Ariana menyelak langsir ruang tamu itu.Muncul kedua tubuh lelaki dari kereta. Terserlah muka Farish dan Dad. Arra,Mama dan Airil menjemput mereka masuk ke dalam.
'Huh! Gaya macam baru jejak kaki kat sini.Menyampah pulak aku!' Desis hatinya kegeraman.
Mereka memasuki ruang tamu. Farish langsung tidak melihat mukanya.
Ariana masih cover santai.Buat tidak wujud ketibaan Farish.Tidak tahu menahu .Ups!
"Mama dengan dad nak naik atas dulu. Arra Airil.Katanya nak pergi beli barang. Kenapa tak pergi lagi? " Dad menegur. Arra dan Airil berpandangan lalu mengundur diri.
Ruang tamu menjadi sunyi menyepi. Krik-krik mula beroperasi. Farish mahu berganjak pergi. Ariana sempat menjawab sinis.
"Kau benci sangat aku kan. Kenapa kau tak ceraikan aku je? Tak kesah lah wei baru 3 hari setengah kita kahwin.Assalamualaikum. " Bidas Ariana terus pergi niat hati mahu ke arah dapur.Tersentak lagi hati Farish. Kelu lidah ingin berbicara.
***
Ariana melangkah masuk ke dapur.Dari jauh dia kedengaran suara tarzan melalak. Dia terpaksa menghenti niatnya untuk minum . Langkahnya maju di atur ke pintu utama.Sesekali juga mengerling ke ruang tamu.Tubuh Farish tiada di situ. Pintu segera di kuak.
"Woi! Mana Farish!" Perempuan itu menengking.
'Dia ingat ni hutan ke melalak gila kat sini!' Marah suara hati Ariana.
"Kau siapa! Datang sini terus cari Farish! Tak ada adab ke nak beri salam. Mak bapak kau tu dah masuk air ke sampai salam pun dia tak ajar kau!!" Ambik kau! Sekali libas Riana menguasai. Terus mati kata minah kerek.
"Err kau tak ada hak nak hina mak bapak aku!" Balas Renna geram.Ariana gelak sinis.
"Well~ dari jenis pakaian kau pun aku dah tahu!perangai kau jatuh ke laut! " sembur Ariana. Renna meroyan lagi.
"Baik kau cakap mana Farish! Aku nak jumpa dia! Kau tak ada hak nak halang aku! You know what! Aku ni girlfriend dia tahu tak! Tun Renna Rafarel " Pekik Renna. Ariana mencuba mendekati gadis itu.
"Setakat perkataan Girlfriend celah gigi ja Cik Renna.Sekali lori tanah datang langgar! putus terus perkataan Girlfriend. Tang mana tinggi sangat taraf girlfriend tu? Aku ni bini dia tak ada lah gelepar sangat macam kau tu mak cik lampir! " bidas Ariana sekali lagi.Dada Renna sesak.
"Apa yang bising sangat ni ha!" Tu diaa. Periuk belanga sudah maii!
Kematian kata terus mereka berdua. Berdua lah sangat!
"Ni lah ada mak lampir datang rumah melalak. Ingat ni hutan nak melalak bagai.Jenis orang tak malu! Begitu lah.Jiran pun di hiraukan." Pedas! Yes kata-kata Ariana menusuk ke kalbu. Farish mendengar teliti cerita Ariana.Renna memeluk lengan Farish erat.Farish segera menolak kasar. Renna tersentak.
"Hesh! Farish! What the hell! You tolak i? Jatuh saham i tahu tak!!" herdik Renna.Farish meluat.
"Jatuh saham ke jatuh katil ke jatuh bangunan ke jatuh lubang simen ke.Do i care? " sinis jawapan Ariana.Farish mengaru. Terdiam seketika.
"Heh! Kau diam lah lurus bendul!" Bentak Renna. Ok trust .Kali ni Ariana tersentuh.Kedua-dua tangan Ariana di silangkan ke dada.Santai beb santai!
"Panggilan tu tak layak pada aku.Kau kena tahu aku ni bekas ratu make up di daerah Kuala Lumpur! The boss make up.So jangan sesekali you want to call me dengan perkataan lurus bendul kalau kau tak nak tempah maut. " lontar Ariana.Renna ke belakang sedikit.
"Stop! Ariana Nabilla! " sahut Farish.Ek nama Ariana je? Nenek tua ni tak nak sebut ke?
Renna tersenyum bangga.
"Renn you to !" Mati. Senyuman Renna kematian.
"Sudah cukup Renn! Kau nak apa lagi? Tak puas lagi ke kau kacau hidup aku ? Kau cakap kau nak apa! Nak seribu? Nak sejuta? Malam ini juga aku hantar duit tu!" Tengking Farish.Ariana terkejut. Dia menunduk.Seram weii muka Farish.Renna menangis teresak-esak. Sampai hati!
"I tak nak! I just nak you balas cinta i.Susah sangat ke? " soal Renna dalam tangisan.
Ariana memegang dada.
'Sakit wei sakit! Kenapa kau sakit hati Ariana? Sepatutnya kau gembira sebab nanti. Farish akan ceraikan aku? Ek? Huwaa. Hati! Adakah aku cemburu? Cemburu tanda cinta wei.. Maknanya aku cinta Farish? Oh gosh! No! Aku dah berjanji jangan cintakan Farish Azdam!' Hatinya bersuara pilu.
"Pergilah Renna.Aku tak perlukan cinta kau.Masih berlambak lelaki di dunia ini yang lebih bagus dari aku." Farish menjawap . Renna menggeleng hambar.
"No! You my mine! " Renna terus berlalu pergi selepas melepaskan ayat terakhirnya.
Sssrettttttt....
'Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku~!!" Jerit hati Ariana. Farish kembali ke kamar.Ariana berjalan lemah ke arah dapur.Serak gila suara aku. Tak tahu kenapa? Nak demam ke wei?takkan pasal dengar mak lampir simbah asid aku tiba-tiba demam?
.
.
Mengarut lah kau Ariana!
Share this novel