Bab 1

Romantic Comedy Series 10679

KATAKAN IA CINTA
Oleh: SCHAFINA

BAB 1

Shawl corak ros menjadi pilihan hati gadis comel itu. Kakinya bergerak laju ke arah pintu bilik pejabat yang terpapar nama 'Farish Azdam'

Bam!" Pintu terhempas kuat dari luar.
"Kau asal ! Datang pejabat aku hempas-hempas pintu! Tercabut pintu karang. Siapa nak ganti?! " bentak Farish lantas bangun dari kerusi empuknya.

"Diamlah kau! " bidas Ariana.Dia segera duduk di atas sofa bersebelahan pintu . PANAS! hatinya panas tatkala ini.

"Apa cerita kau datang jumpa aku? " Farish kembali duduk di atas kerusinya. Air Jus Oren yang di perbuat oleh PAnya 'Sara' langsung tidak di sentuh.

"Kau rasa? " soal Ariana kembali.

Lelaki itu tersenyum lagak sinis.

"Mana tahu . Kau sengaja nak tengok muka aku yang kacak ni. " Farish menjawap selamba saja dan dengan sombong dia menyilangkan kaki ke atas meja.Biadap!

"Bodoh! Tak ingin aku. Ok balik pada topik asal apa yang aku nak cakap dekat kau!" Jawab Ariana dengan mimik muka serius. Gadis itu bingkas jalan ke arah Farish. Wajah Farish yang selamba dia tenung tajam.

"Ehem! Semalam aku balik dari kerja! Mama aku cakap kat aku yang kau setuju nak kahwin dengan aku Kenapa? Sebab apa kau setuju ?! " bentak Ariana. Muka Farish hanya di tunjukkan lagak biasa.

"So.. sebab tu lah kau datang sini? " Soal Farish hanya bersahaja. Dada Ariana turun dan naik sebaik saja melihat Farish bersahaja sebegini. Ariana pantas menjeling.

"Kalau kau nak tahu sebab apa aku setuju? kau tanya nenek aku." Sambung Farish. Ariana menghentak kakinya tanda protes. Beg Gucci yang dia letak di atas sofa di capai kasar dan terus beredar dari tempat itu. Geram dengan tindakan Farish Azdam yang bersahaja tu!

***

"Ariana ! " seru Daddy.

"Apa lagi Dad! " Jawab Ariana malas-malasan.

"Riana pergi mana tadi? Orang duk meeting Ariana keluar merayap entah ke mana! Tell me! Pergi mana!?" Pekik Dato Hasyim. Gadis itu menunjuk wajah toyanya.

"Adalah! Urusan Ariana.Dad apa sibuk?! " Lawannya. Dato Hasyim mengurut dada. Sabar je la dengan anak perempuannya ini. Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah perangai kerasnya itu . Lepasan keluhan berat dari Dato Hasyim.

"Kalau boleh jangan lawan cakap Dad boleh tak? " Ujar Dad . Ariana diam tidak berlagu.

"Dah lah. Ariana nak balik rumah. Nak tidur! Malas nak bertekak dengan Dad! Buang masa ja!" Ariana mengundur diri berlalu pergi meninggalkan Dad.

***

Sesampai di rumah. Mamanya Datin Saera menegur.

"Awal balik anak ma? Ponteng kerja ke? " sindir. Lebih dari sindir.

"Em. " Riana sekadar menguman. Shawl di atas kepala di buka . Panas. Sini panas, kat pejabat panas .

"Riana dah jumpa dengan Farish Azdam? " soal Datin Saera lembut sahaja. Hati Ariana dapat meneka. Ini pasti soal kahwin. Dengar nama tu lagi panas hatinya.

"Riana nak naik atas dulu. Panas kat sini.Ada aircond macam tak ada.Ok la ma. Riana naik atas dulu.Nak mandi. Nak tidur. " pamit Riana. Dia segera berlari mendaki tangga.Datin Saera menggeleng kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience