Bab 6

Humor Series 10596

Bab 6

"Kau masih mencintai Ariana? " Renna bertanya . Seakan-akan tahu apa yang akan keluar dari mulut pemuda itu.

"Apa semua ni? " Wafiq menyoal tidak puas hati.Masih bengang dengan perwatakan Renna sekarang. Tiba-tiba saja hendak berjumpa dengannya dan membuka soalan tentang buah hatinya dulu walaupun pernah di tolak. Gadis itu menyedut rakus minuman beralkohol kemudian tersenyum sinis.

"Kau tak payah nak buat muka pelik kau .Tak guna kau nak tipu aku sebab aku dah tahu. " Renna memeluk tubuhnya.

"Kalau aku cinta dia. Kenapa? Ada kena mengena dengan kau ke?" Soal Wafiq malas.Renna tergelak kecil.Ini jawapan yang di tunggu. Memang betul Wafiq mencintai Ariana.

"Bagi aku. Hal ni ada kena-mengena. So kau kan tahu Ariana dah nak kahwin dengan Farish .Opps sory! Musuh. Jadi kau tak ada terfikir ke nak rosakkan rumah tangga mereka berdua?" Renna bertanya secara halus.Wafiq diam membisu.
Apakah benar? Atau tidak? Wafiq berfikir sejenak sebelum membalas.

"Maksud kau? " Soal Wafiq kembali.

"Maksud aku.Aku nak rosakkan rumah tangga mereka. Aku nak buat Farish benci Riana dan ceraikan dia.Yang pasti Farish cinta aku. Dan kau pula! Lepas Farish ceraikan Riana.Kau ambil peluang untuk merebut hati Riana kembali.Bijak tak? " Renna membuka rancangan jahatnya.Wafiq semakin pening.Ada benar juga rancangan Renna.

"Nanti aku fikirkan " Wafiq memberi jawapan dan bingkas berlalu pergi meninggalkan Kelab tersebut .

****

6 HARI berlalu...

Ariana menarik lengan Airil.Abangnya segera beralih muka.

"Kau gila ke apa! Main tarik-tarik lengan aku! Terkejut tahu tak! " Getus Airil.Adik bongsunya Arra tergelak kecil.

"Ish.Cam mana eh? Ok-ok aku nak kau tolong aku boleh?" Rayu Ariana.Airil mengangkat kening sebelahnya.

"Tolong apa?" Soal Airil.

"Nak pilih yang mana satu ni? Aku tak reti lah nak pilih baju pengantin. Kau tengok lah yang mana ok ke tak ni." Ariana menggoncang kedua-dua baju pengantin . Abangnya Airil berfikir panjang sebelum membalas.

"Ambil je lah dua-dua sekali pun. Dua-dua pun ok. Ok lah dengan badan kau yang slim ni. " Jawab Airil malas-malasan .Ariana mencebik geram.Apa suruh ambil dua-dua sekali.Tak boleh tolong langsung.Ini masalah kalau mama tak join sekali.Katanya letih lah. Tu lah ini lah.Haila reda je lah.

"Akak! Adik rasa akak patut ambil yang gaya macam blouse ni ! Comel sangat!" Ujar Arra yang sudah berusia 16 tahun.Ariana tersenyum puas.Akhirnya pilihan adiknya sesuai.
"Thanks dik. Akak belanja adik KFC." Pelawa Ariana ikhlas.

"Ala.Abang Airil pun nak! Mana aci! Aku dah tolong kau tadi kan. " Rajuk Airil seperti budak kecil.Arra menjelir lidah.

"Ekleh.Kau bukan tolong. Di suruh ambil kedua-dua sekali.Ingat baju pengantin boleh pakai hari raya ke ha!" Perli Riana.Sekali lagi Airil merajuk. Serentak Riana dan Arra tertawa . Lagi lah muka Airil cemberut. Farish menyapa.

"Tak apa.Farish yang belanja.Nak harapkan Adik kau tu kedekut tahik hidung masin." Selamba Farish berkata.Giliran Airil ketawa.

"Gelak la puas-puas. Lepas ni hidup kau senang lah sebab ada kawan sekepala . Menyampah aku." Bidas Ariana sekali dengan jelingan mata untuk Farish.

"Haha. Kau marah ya dik?" Airil menyakat.

"Diam lah ! Aku nak ke cashier . Malas nak layan orang gila ." Jawab Ariana bergegas ke arah cashier di ikuti Farish.Ya lah kan. Takkan perempuan nak bayar? Mestilah lelaki. Baru gentlemen. Gentleman hotak kau! Haha.

***

Pelamin yang simple di perbuat oleh Mama gojes dan pekerja-pekerjanya.
Cantik biarpun hanya simple.Nenek Mahsiah berlaga pipi dengan Datin Saera seperti berbulan-bulan tidak ketemu padahal baru semalam mereka berjumpa. Biasalah adab saling menghormati. Ariana berjalan di luar .Tidak ambil tahu tentang perkahwinannya walhal besok dia akan di ijab kabul. Farish mencari kelibat Ariana tetapi masih tidak kelihatan. Dia menjenguk di luar kawasan perumahan banglo itu. Tepat! Ariana sedang bermain buaian berdekatan dengan kolam.Dia menghampiri Ariana.

"Seronok main ? " terjah Farish. Ariana tersentak lalu mengalih muka memandang lelaki itu.

"Kau? Ish! Terkejut aku.Ingat siapa lah tadi." Kata Ariana geram.
Apa punya olang! Main terjah saja.Kalau aku mati macam mana? Dia nak bayar jantung aku.Wuu... kus semangat.

"Sory lah.Sengaja. Err tak sengaja! " Farish cepat-cepat membetul.Ariana mendengus.

"Kau buat apa kat sini? Kau skodeng aku eh?" Petah Ariana menuduh. Farish selamba mengangkat bahu.

"Aku tengah pancing anak dara orang. Eh ya lah! Tak lama lagi jadi milik aku.Tak ada dah anak dara. Anak tua. Haha" seloroh Farish.

"Amboi cewitnya bakal abang ipar kita. Kan Abang " Sapa Arra menyiku perut Abang Airil.Ariana memusingkan mata.

"Ala Biasa-biasa ja . Mana ada sweet bagai. Mengarut je Arra ni." Farish tersenyum. Airil membalas.

"Lagu mana sweetnya . Macam katak purung je aku tengok. " Airil tertawa. Arra pula kuat menyiku perut abang sulungnya itu . Airil mengadu sakit.

"Apa pulak cakap tak sweet. Sweet apa. Abang tu yang buta." Ujar Arra menjeling Airil.Farish menggeleng melihat telatah mereka berdua.Syukurnya dapat adik-beradik macam ni.Mungkin dirinya tidak bertuah untuk merasai.

"Mengarut korang berdua. " Bidas Ariana.Airil ligat ketawa.

"Akak Riana abang Farish! Malam ni kan malam majlis berinai. So apa lagi. Jom lah kita masuk.Arra dah tak sabar ni. Nak pakai inai." Ujar Arra teruja. Airil menjeling adiknya.Serupa minah gatai miang.

"Yang nak kahwin Kak Riana. Bukan kau dik. " perli Airil. Arra memeluk tubuh geram.Nak aja tolak abangnya jatuh kolam.Biar rasa!

"Ya Allah...Riana! Farish! Kat sini awak ya. Mama puas cari. Dah! anak-anak mama sila masuk ke dalam rumah !" arah Datin Saera.Ariana dan Farish telah pun masuk ke dalam terutamanya Arra dan Airil masih tercengang berdiri.Datin Saera memandang kedua anaknya pelik.

"Awak ni dah kenapa? Tak reti nak masuk dalam rumah ke? " soal Datin Saera .

"Bukan itu . Tadi mama ada cakap Ariana dengan Farish aja yang masuk dalam. Bukan kami berdua." Balas Airil.Arra mengangguk-angguk menyokong.Datin Saera menepuk dahi sebelum ketawanya meletus.

"Tadi mama cakap apa? Anak-anak mama sila masuk ke dalam rumah.Jadinya kamu berdua ni bukan anak mama? Ke anak Ahmad Maslan?" Seloroh mamanya.Airil dan Arra menayang gigi lalu berlari memasuki ke dalam rumah. Hai anak-anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience