Bab 9

Humor Series 10596

Bab 9

Ariana laju mengunyah kek berperisa coklat itu .Jari kirinya lincah menukar chanel ke chanel lain.

"Ar bosan! Time aku cuti ni lah tak nak ada cerita. " bebel Ariana terkumat-kamit seorang diri.Air teh tarik yang di perbuat oleh Mak Sum bibiknya di teguk rakus.Arr bestnya...

"Bak sikit air nuh. Sedap je aku tengok kau minum." Suara sumbang menyapa.Ariana menoleh ke arah suara itu. Tak lain tak bukan kalau bukan periuk belanga.

"Suruh je lah mak Sum buat. Kau ada mulut pergilah suruh. Jangan nak gatal ambil yang aku punya setan!" wanita itu menjawab kasar.

"Kasar beb ! Suami sendiri tu. " Farish mencelah kembali. Lelaki itu mengambil tempat disisi Ariana.Ariana segera mengesot sedikit ke tepi.

"Lantak ah! Peduli apa aku." Kata Ariana geram. Ada je niat nak kacau hidup tenang aku.

"Wei bak sikit air nuh. Aku nak sikit je." Rayu Farish menggoncang bahu kiri Riana.Gadis itu tersentak lalu menepis kasar tangan Farish.

"Kau gila ke apa! Kau pergi je lah cakap kat mak Sum! Takkan Mak Sum sendiri kau takut.Mak Sum tu bukan hantu pun kau nak takut bagai! tepilah. Aku nak tengok tv ni! " halau Ariana menolak badan Farish ketepi.

Mak Sum yang mendengar namanya di seru terus meluru laju ke arah pasangan suami isteri itu.

"Ya Allah nak. Kalau Tuan Farish nak suruh Mak Sum buat tak apalah.Mak Sum boleh buat." Terpinga-pinga Mak Sum menjawab. Naik semput juga dada ni.Ariana menghiraukan adegan tersebut. Matanya leka di kaca televisyen. Farish mengaru kepala sebelum tersengih malu.Mak Sum kehairanan.

"err..maaf lah Mak Sum. Farish buat kecoh . Eh tak pe la Mak Sum tak payah buat lah. " jawabnya ragu-ragu.Ariana memutarkan biji mata ke atas.Menyampah dengan Farish!

"Betul ni. Oklah.. Mak Sum nak ke dapur. Sambung kerja. " pamit Mak Sum beredar ke ruang dapur.

"Kau ni memang dah mental eh. Kalau kau nak minum kau suruh je mak Sum buat.Ni gatal miang nak yang aku punya !" Ujar gadis itu sempat menjeling . Farish tergelak besar.

"uish. Marah dia tahap maksimum. Rileks lah. Aku tak kebulur pun nak minum . Saja nak naikkan marah kau. Sebab bila kau marah muka kau akan comel. " jawab Farish memerah pipi Ariana.Ariana menayangkan sebiji penumbuk sulung.

"Haha. Comel kepala hotak kau. Geli hati aku dengar! " Sambung Farish kembali. Ariana pantas menendang Farish. Teragak-agak jejaka itu mengelak diri. Tapi yang sebaliknya Ariana yang jatuh. Entah mana silapnya sampai jatuh tersembam tercium lantai tercinta.

"Adoi!" Aduh kecil gadis itu. Farish terkekek-kekek menahan ketawa dari terus meletus.Api dah kemuncak wei.. kan meletup kat sini habis aku sebadan kena tendang dengan gorila. Hoho Ariana mengamuk tak payah cakap. Kucing pun lari.

"Apa! Tak nak tolong aku ke ha! Duk terkekek-kekek macam terkena sawan." Omel Ariana geram.Gadis itu sempat menumbuk perut Farish.Memang kasar betul suami isteri ni.Gila!

"Eh jap! Hidung kau darah lah wei!" Jawab Farish dengan aksi terkejut. Ariana turut terbulat mata.Ariana berlari ke hujung ruang tamu menempatkan cermin tergantung di dinding sekaligus sink pun ada.Hidungnya jelas kelihatan berdarah.Mungkin kuat hentakkan sebentar tadi. Farish mencepatkan langkah menuju ke arah Ariana.

"Basuhlah! Kau tercengak buat apa lagi!" Bebel Farish . Bebel-bebel dia pun jelas menunjukkan dia risau akan Ariana.Ariana segera membasuh hidungnya. Sepanjang membasuh hidungnya yang berdarah. Tidak henti-henti Ariana mengadu kesakitan.Farish semakin risau.

"Sakit lah! Tak payah lah sentuh! " marah Ariana apabila Farish menyentuh hidungnya.Lagilah jejaka itu tidak keruan.

"Kita pergi hospital! Mana tahu hidung kau patah ke? " soal Farish kepadanya.Belum sempat Ariana menjawab. Abangnya Airil memotong. Airil berjalan ke arah pasangan sejoli itu.

"Apahal ni. Kecoh-kecoh!" Sejurus pertanyaan itu telah membuat Farish senyap membisu.Adeh!

"Hai! Abang long. Abang Farish. Kak Riana." Sapa Arra teruja.Airil tersenyum terus memeluk pinggang adiknya itu.Arra terjerit kecil.Buang tabiat ke apa abangnya seorang ni.

"Eh jap! Asal hidung kau darah dol?" Lagi sekali Airil menyoal. Dan lagi sekali pertanyaan itu hanya di jawab oleh Tuan dan Puan krik-krik.

"Krik-krik. Eh tak tahu pulak rumah ni kau bela cengkerik." Perli Airil menjeling adiknya dan adik ipar.

"I know! Akak jatuh kan?" Soal Arra terkejut. Sangkaan Arra memang tepat kerana Ariana mengangguk. Farish menampar dahinya.Aduh! Gila aku jadinya!

"Kenapa jadi macam ni! Kau pun satu Rish.Diam bisu. Eh ke dah bisu. Aku tanya tu jawablah! Main senyap sunyi sepi! " bentak Airil geram punya pasal. Farish sengih-sengih busuk.

"Ok lah. Jom out. " Airil tiba-tiba merancang. Farish terkejut.

"Keluar jadah apanya.Kau tak nampak ke bini aku tu sakit. " Farish mencelah sedari tadi diam batu.

"Eh.. kau pun. Dengar dulu cakap aku. Out tu maksudnya kita pergi hospital. Main potong cakap aku.Kan aku siku kepala kau kan." Jawab Airil menjeling Farish.

"Ok jom! " sahut Farish. Airil mengangguk-angguk kepala.Dia menanya Arra sama ada mahu ikut atau tidak.Arra mengangguk tanda mahu.

"Jap! Arra tolong ambil akak punya tudung. " Arra terhenti langkah.Nasib shawl dia sudah ada di bawah.Arra pergi mendaki tangga menuju ke bilik pasangan suami isteri itu.Sebelum dia masuk ke dalam kamar itu.Datin Saera menegur.Terkejut juga dia tiba-tiba saja anaknya tergesa-gesa. Inipun dia mahu turun akibat bunyi kecoh membingitkan telinga Datin Saera.

"Err.Nak pergi ambil tudung Kak Riana." Arra serba-salah menjawab.

"Takkan kak kamu tu patah tangan nak ambil tudung pun tak boleh." Ujar Datin Saera.

'Bukan patah tangan.Tapi anak mama patah Hidung' omel hati kecil Arra.Arra menarik nafas kemudian hembus untuk memberitahu hal sebenar.

"Kak Riana patah hidung! dia jatuh! " Jawapannya mengejutkan mamanya.

"Ha? How? " soal Datin Saera risau.Arra tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan mamanya.Terus sahaja pergi berlalu.

***

"Ha?" Jawapan doktor Yuni mengejutkan Farish.

"Pem-pembedahan?" Soal Farish gagap.

"Ya Tuan Farish.Pembedahan.Puan Ariana mengalami rentakkan pada hidung.Jadi untuk itu kami harus menjalani pembedahan untuk hidung Puan Ariana kembali normal.Jawapan Tuan sangat saya perlukan.Jadi adakah Tuan Farish setuju?" Soal doktor Yuni kembali. Farish buntu.Kembali runsing.Farish meminta diri sebentar.

Pertanyaan berpusu-pusu.Farish masih tidak menjawab pertanyaan itu.Di biarkan sepi.Ini semua salah aku!

"Jawab Farish! Dad nak tahu! " bapa mertuanya menyuruh Farish untuk bersuara.Begitu juga Datin Saera.

"Ariana mengalami rentakkan kuat pada hidung.Jadi.. batang hidungnya sedikit lari.Kes ini perlu menjalani pembedahan. " Jawab Farish serba-salah.Datin Saera menghamburkan tangisan. Airil menyepak kaki kerusi. Arra menenangkan Datin Saera .Nenek Mahsiah tiba-tiba muncul.Puan Mahsiah memandang serius terhadap Farish.Farish menunduk kepala.

"Apa dah jadi? " nenek Mahsiah menyoal.Farish menyuruh neneknya duduk. Puan Mahsiah akur.Duduk saja di atas kerusi.Farish menceritakan hal sebenar.Puan Mahsiah bingkas bangun menengking Farish.Ini kali pertamanya neneknya menengking sebegitu.

"Farish tahu tak! Farish sebagai suami Ariana jaga dia elok-elok.Bukan main kasar macam ni!Dia tu isteri kamu tahu tak!Farish jangan berkelakuan seperti budak tak ada otak!Farish kena tahu erti bertanggungjawab.
Bertanggungjawab menjaga kepentingan isteri kamu." Jawab Puan Mahsiah.Neneknya segera melangkah pergi.Sedih dan kecewa dengan sikap cucunya itu.Tanpa sedar air mata Puan Mahsiah jatuh berjejeran.

Farish memerhati kelibat neneknya yang semakin hilang dari pandangan. Farish memegang kepala.Ar! Serabut gila aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience