Bab 2

Humor Series 10596

BAB 2

Ketukan pintu menyedari Ariana dari lenanya.

"Leceh lah! Aku nak tidur pun tak senang!" ngomel Ariana.Pintu bilik di buka segera . Matanya masih terpejam rapat walaupun dalam keadaan berdiri. Dahi licin gadis itu di tunjal sesedap maggi kari.

"Aduh! " adu Ariana sakit . Matanya cepat tercelik seluas bola ping pong . Tersembul muka Farish yang tersenyum di hadapan . Riana cepat menutup pintu .

"Sesedap aiskrim magnum kau tunjal dahi aku! Ingat dahi ni tempat tunjal kau ke ha! Dahi ni tempat sujud.Tak ada istilah dengan tunjal.Mata tu sedap-sedap nasi lemak je tengok aurat aku." bentak Ariana geram di belakang pintu. Gadis itu segera menyarungkan seluar slack hitam. Tudung di sarung atas kepala. Dia membuka pintu seluas tadi.

"Padan muka kau! gelenyar! "

"Mana aku tahu kau seksa macam tu!" Lelaki itu pantas sahaja menyindir. Merah padam muka Ariana menahan marah .

"Ar gila kau!! Potato punya mamat!" pekik Ariana.

"Eh sory ok. Aku dikategorikan calon paling terhandsome!" Nafi Farish
masuk lif tekan button sendiri.Ariana menayangkan muka menyampah .

"Hotak kau! Muka macam senduk kat dapur rumah aku ada hati cakap handsome! Memang tak lah. " perli Riana.

"Whatever ! Aku datang sini nak bawak kau jumpa nenek aku. " Farish menjawab. Ariana memusingkan mata ke atas.

"Kau tunggu aku sejam!"

"Banyak lah kau punya sejam! Tak kira aku nak kau siap dalam masa 25 minit! " jawab Farish tegas. Ariana segera menjeling geram.

"Mana sempat 25 minit! Aku ni lambat tahu tak! " bantah gadis itu tidak puas hati.

"Tak dengar cakap aku. Aku potong 10 minit. Jadi masa kau hanya 15minit." kata Farish keras. Ariana akur melangkah masuk ke bilik untuk menukarkan pakaiannya.

****

"Assalamualaikum.." tegur seorang perempuan lingkungan usia tua . Nenek Farish. Puan Nur Mahsiah Azwani.

"Waalaikumussalam" serentak menjawab.

"Farish tepati janji Nek." Jawab Farish memecah kesunyian .Dia menghampiri nenek yang baru sahaja mendarat ke atas sofa. Tangan Farish merangkul leher nenek.Nenek tersenyum memandang cucunya.

"Terima kasih sayang " Ujar nenek Mahsiah. Ariana menjadi penonton setia.

"Nek ada benda nak kirimkan hasrat nenek.Rasa dah lama Nek pendam. Mungkin ini masa yang sesuai. " Nenek membuka hasrat ceritanya.

"Apa Nek? " soal Farish ragu-ragu.

"Nek dah nekad mahu kahwinkan kamu berdua.Minggu depan Majlis pertunangan kamu.Ingat ! Nenek nak kamu berdua hadir. Dan tak payah risau tentang baju dan barang yang lain.Itu semua nenek dah settle kan.Tunggu kamu je berdua ." jawapan nenek membulatkan mata Ariana dan Farish.

"No nek! Maafkan Riana.Riana dah nekad tak nak kahwin dengan Rish.Sebab ini masa depan Riana.Tolonglah nenek. Jangan paksa kami.Come on Nek ! Ini zaman dah meningkat.Bukan zaman dulu. Yang kahwin paksa. Nek sendiri kan yang tahu Rish dengan Riana tak ngam atau lebih tepat tak serasi macam bagai pinang di belah dua.Please nek. Jangan paksa kami." Bantah Riana lebar.

Farish diam tidak berlagu.Entah apa yang harus ingin katakan.Bagaikan tersekat suara dari kerongkongnya.
Haila nasib dah macam ni.Satu aja yang mahu cakap sila redha.

"Tapi.. Rish setuju? Kan cucu nek.Rish setujukan. " Nenek dan Ariana menoleh ke kanan.Mihat muka Farish berlagak santai dan selamba.Bagi Ariana dia benci perangai Farish Azdam yang sombong menonggek.
Dasar gila! Tak reti bahasa melayu.Aku kata jangan setuju pergi juga setuju.OMA ! -Otak masuk Air.

"Rish cuma cakap setuju aja.It is not mean Rish setuju sepenuhnya.Rish mintak maaf nek kalau Rish tak dapat capai hasrat Nek." Jawab Farish serba salah.Haila tak sanggup nak kecilkan hati orang tua itu.

"Rish dah tak sayang nek? Ya Nek tahu Nek paksa kamu berdua kahwin.Tapi percaya la . Nenek buat macam ni ada hikmahnya disebaliknya.Jadi mohon setuju permintaan nek. " Ujar nenek memastikan mereka berdua setuju.

Ariana memandang sekilas wajah Farish yang rumit itu.Agaknya betula kata Farish.Neneknya yang suruh Farish setuju.Haila.......

"Macam ni lah nek.Kami berdua fikirkan dulu masak-masak.Sama ada setuju atau tidak.Nek kan tahu kahwin ni bukan boleh buat main-main.Bila kami dah betul fikir, kami berdua akan beritahu nenek keputusannya.Ya Nek?" Cadang Farish lembut.Semestinya mahu menyejukkan hati Orang tua itu.

"Tak apa lah.Nek faham.Kamu berdua fikirkan lah dulu.Harap sangat kamu setuju.Nek teringin nak satukan Riana dengan Rish.Dua-dua Nek sayang macam anak Nek sendiri. " jawab Nenek tersenyum nipis.

"Ya lah.Rish pun sayang nenek.Kalau tak ada nenek apalah nasib Rish ni. Dah lah mak ayah dah meninggal.
Anak tunggal pulak tu. Sadisnya hidup Rish. Hem..." . Nenek mendongak kepala melihat kelibat Wajah bersih cucu kesayangannya.

"Yang berlalu biarkan ia terus berlalu Rish.Dah tak ada gunanya Rish masih ingat kan kisah lama Rish tu." Jawab nenek memendam rasa kasihan terhadap Farish.Ariana bangun menyalami tangan Nenek Mahsiah dan berlalu keluar dari rumah banglo dua tingkat itu.Farish hanya memerhati.

"Nek. Farish hantar Ariana balik rumah dia dulu." Ujar Farish dan terus berlalu pergi keluar. Tujuannya mahu menghantar gadis itu pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience