Bab 7

Humor Series 10596

Bab 7

"Mohd Farish Azdam bin Mohd Zamril."

"Ya saya!" Sahut Farish.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Ariana Nabilla bt Dato Hasyim dengan mas kahwinnya 3 ribu ringgit tunaiii..."

"Aku terima nikahnya Nur Ariana Nabilla bt Dato Hasyim dengan mas kahwinnya 3 ribu ringgit, tunai!"

Sah!"

Sah!"

Alhamdulillah..dengan sekali lafaz sahaja Ariana sudah di gelar sebagai seorang isteri kepada Farish Azdam.
Datin Saera dan Nenek Mahsiah mengesat air mata tanda kegembiraan.

Tok Kadi membacakan doa, tanda selamat sudah majlis yang penuh erti buat pengantin baru untuk Farish dan Ariana .

Usai mengaminkan bacaan doa, Farish mendekati Ariana untuk menyarungkan sebentuk cincin di jari manis isterinya.Ariana pantas mencium kasar tangan Farish.Gadis itu mengangkat muka dan menjeling sebaik sahaja Farish memberi sebuah kucupan hangat. Buat pertama kalinya dahinya di kucup dengan seorang lelaki yang selama ini bukan mahramnya.

***

Berakhirlah sudah perkahwinan yang langsung sebentar tadi. Semua tetamu yang menghadiri sudah pulang.
Ariana berjalan ke kamarnya bagi merehatkan badan yang sudah lenguh sepanjang majlis itu.Untung juga harini dia Abc.Dia merebahkan badan ke atas katil saiz Queen.Semua jenis-jenis yang terlekat di atas kepalanya di buka. Rambut di ikat kemas.

"Oit! " sergah Farish.Ariana terus terbangun dari tidurnya.

"Eh! Siapa suruh kau masuk?" Lantang suara Ariana menyoal.Farish masih santai menyandar di pintu kamar isterinya.Ops ! Ops no! Kamar kami berdua.Muahhehehehe.

"Terencat akal! " Ujar Ariana geram.Farish menjeling tajam.

'Ni dah kes melampau panggil aku terencat akal.' Gumam Farish di hati.

"Minah Tupperware! " ejek Farish menghampiri katil. Mata Ariana mencerlung .

"Lembu! " Kutuk Ariana.

"Tupperware!" Balas Farish. Serentak mereka berdua bangun.

"Mangkuk!"

"Cekodok !"

"Potato! "

"Ayam kedek-kedek!"

"Senduk!! "

Maka bermulalah sesi kutuk mengutuk.

***

Dato Hasyim meneguk sedikit air kopi yang di perbuat oleh si isteri.Datin Saera menghampiri suaminya.

"Abang. Awak sure ke Ariana dengan Farish tu boleh berbaik? ish tadi pun seram sejuk je saya terdengar mereka bergaduh. Sampai bila ni Abang." desak Datin Saera. Suaminya mengeluh.

"Sabar je lah.Nanti adalah ikatan cinta mereka berdua.Sekejap je tu mereka bergaduh.Biasalah..bukan nama Ariana dan Farish kalau tidak bergaduh." Ujar Dato Hasyim lembut menenangkan hati isterinya.

"ish! itu awak bang! Bukan diorang! Saya tak faham betul dengan budak zaman sekarang! " bebel Datin Saera geram.Suaminya tergelak kecil.

"Anak awak juga Saera! " balas Dato Hisyam. Isterinya mencebik bibir.Anak dengan bapak dua kali lima belas tujuh ribu! Getus hati Datin Saera.

***

Malam yang cukup menyeksakan hati.Kedengaran tapak kaki melangkah ke arah biliknya.Itu tak lain pada lain kalau bukan Periuk belanga tu.Ariana segera berlari menaiki katil.

Ttak !' Pintu bilik di buka Farish selamba.

Kan aku dah cakap itu memang periuk belanga. Gumam hati Ariana. Pintu di tutup rapat kemudian kunci.

Tu diaaa.. Senduk sudah mai ! Senduk sudah maii! Jauhkan kan aku dari balamu... huwaa.

"Oh my darlingg! Sayang tunggu abang ke? Ini baru isteri mithali . Tak sangka pula. " kata Farish nakal mendekati Ariana . Ariana memusing bebola mata ke atas. Ayat mintak flying kick macam tu lah.

"Eyuksss . Tak ada masa aku!" Jawab Ariana . Farish gelak sakan.Uh..kalau dah pekena dengan Farish.Lagu ni lah jadi. Adeh!

"Apa salahnya mengaku depan suami sendiri.Oh Ya Allah! Aku kau dah kahwin kan? Yuks! Em em jum sayang. " jawab Farish mengenyit mata. Farish semakin menghampiri. Ariana gelabah. Yikss..jangan buat aku betui-betui bagi hang flying kick noh.

"Kau nak buat apa dekat aku?" Soalan Ariana di biarkan beku. Ariana mengesot-gesot ke belakang. Masih ada ruang sedikit. Ah sikit tak sikit janji aku lari.

"Kau gila ke? Kau dah kena..... " belum sempat menghabiskan ayat yang tergantung Ariana selamat mendarat.

Bum!

"Ahahahahahahhahahahahah! " gelak Farish senak perut sebaik melihat tubuh Ariana tergolek-golek jatuh. Ariana bangun. Kusut masai rambut.

"Kau! Ouch sakit!" Ariana mengadu.Farish berhenti ketawa.Dia melangkah ke Ariana. Di belek-belek lengan isterinya.Yalah Ariana pegang kat situ di fikir situ lah kot dia sakit.

"Sakit lagi?" Soal Farish perihatin. Ariana mengangkat muka sedari tadi asyik menunduk.Pertanyaan Farish di balas sekuntum senyuman sinis.Farish terkejut pelik?

What the hell?

Puk!

Selamat mendarat suamiku annoying!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience