Pejam celik pejam celik dah 4 tahun kau habis stpm kan icah... jiran sebelah tu hah.. anak dia dah beranak dah pon... sebaya kau tuh!! kau bila lagi!! umur pon dah 23 tahun!! kang tak pasal2 andartu lah kau!! perli puan nadrah ibu kepada Isya sambil mencuci pinggan.
"Mak, ica bukan nak cakap apalah kan.. tapi... sepanjang ica hidup.. tak pernah pulak dengar umur 23 tahun dah andartu... pastu. .orang sebelah tu.. habis spm dia trus kawen tau... bolehlah mak sembang dia dah beranak bagai.. kalau mak kata dia dah bercucu pon icah tak terkejut mak.. Lagi satu, ica ni bukan apa..ica ni baru 23 .. tak sampai berapa bulan kot keje, takkanlah dah nak kawin... icah ni dahlah tak de calon sampai sekarang.. huduh, buduh, muka tak bermaya pulak tuh... siapalah nak... cari duit jelah mampu.. nanti cukup duit... ica beli laki ye mak... mak kan nak menantu... mak cakap macam senang je nak dapat laki... orang lawo bolehlah... ica ni huduh ..huhuhuhu" balas ica menggunakan ayat sadisnya.
"Hah, memang kau huduh pun... baru sedar ke... dah lah huduh pergi mandi sekarang!! dah pukul berapa kau tak mandi lagi.. aku cakap sikit.. panjang lebar kau sound aku ye!! orang lain memanglah senang dapat laki... lawo2 sebab dorang rajin mandi... kau nih .. mandi pon malas nihkan pulak nak laki melekat kat kau... ape punya ponpan lah kau nih.. mandi2! jerit puan nadrah sambil mencuci pinggan lalu diambilnya air sedikit direnjisnya pada anak perempuan bongsu kesayangannya itu.
"argh!!! ok2 mak.. ok2.. "balas Isya sambil menutup telinganya acah kepanasan.
" Along, angah kamu tengok adik kamu nih!! apa nak jadi budak sorang nihla.. mak pon tak tau nak cakap apa lagi dah! adu puan nadrah kepada kedua2 anak lelakinya.
Semenjak ayahnya tinggalkan keluarga mereka, kedua2 abangnya lah mengambil alih tempat ayah mereka.. menjadi ketua keluarga menyara hidupan mereka.. walaupun tidak mewah tetapi Isya merasakan hidupnya lebih lengkap berbanding dulu, tidak lagi serba serbi kekurangan.
" woih!! ko mandi sekarang!! dah mandi tolong mak buat keje!! kau tu perempuan!! jadilah anak dara sejati sikit!! jerit kedua2 abangnya, acap dan azam.
"Ye, mandilah ni!! huhuhu"
Share this novel