Bab 7

Romance Completed 8838

Sebaik sahaja sampai ke rumah, Adam tersenyum lalu ketawa sendiri. "Hahaahahahah, haaaaaa... jual mahal sangat kan.... kau tak suka aku tak ape.. asalkan mak kau dengan abang kau suka aku" katanya sambil membelek nombor yang dia peroleh di telefon bimbitnya.

Mana tidaknya, dia bagaikan pengemis meminta nombor telefon Isha tetapi Isha langsung tidak melayannya, akhirnya dia beralah. Tidak lagi meminta. Tanpa dia sedari, Puan Nadrah datang menghampiri dirinya lalu duduk di sebelah.
"Mari sini telefon kamu",kata Puan Nadrah. Tanpa banyak tanya Adam memberikan sahaja telefon bimbitnya.
"Nah, yang atas ni nama dan nombor telefon makcik, yang bawah ni " tanpa menghabiskan kata Puan Nadrah memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah Isya. Isya yang terlalu fokus menghadap telefonnya tidak perasan akan perbuatan ibunya.

Adam tersenyum lalu mengucapkan terima kasih berulang kali.

####################################

"Kenapa kamu tak cakap kamu ada kawan lelaki cah, hensem, putih, bergaya pulak tuh. Mak tengok budak tu punyalah try hard nak dekat dengan kamu, yang kamu jual mahal sangat tu kenapa?" Kata Puan Nadrah.
" Jual mahal apanya mak, icha pon baru je kenal dia, baru tadi nya haaa pon.. tetiba along datang tanya siapa dia... dia yg cakap dia kawan icha, tapi icha tak mengaku kawanlah" balas Isya.
"Mengada, dah orang nak kenal tu layan jelah.. mak nak tengok kamu kahwin.. mak takut nanti mak tak sempat tengok kamu nikah cah, mana tau nanti kamu tak sempat nikah, mak dah pergi dulu" kata Puan Nadrah dengan nada sendunya. "Mak tengok dia macam baik cah... layan jelah.. mak mohon sangat... "kata Puan Nadrah lagi.
"Mak ni, mak muda lagilah... janganlah cakap macam tu.. .. lagi satu.. nak layan macam mana mak.. orang mana boleh contact dia.. entah jumpa lagi ke tak entah" Jawab Isya cuba melepaskan diri.
"Tulah.. kamu..lembab sangat, macam siput sedut tau line otak kamu ni.. nak kenal ngan laki pon susah.. dah.. no worries .. mak da bagi nombor kamu dekat dia.. kalau betul dia serius nak kenal kamu.. mesti dia wassap.. or call ke.. kalau takde.. melepaslah kamu.. " kata Puan Nadrah memecahkan tembelangnya sendiri.

Isha yang sedang elok minum air tersembur semula airnya keluar. "Hah!! mak bagi nombor telefon icah?? serius arh mak?? biar betik.. betul2lah... huarghhhh!!! mak~ T_T " balas isya seperti hendak menangis.

" Eh, betiklah.. tak caya pulak dia.. " Kata Puan Nadrah lantas ke biliknya.
" Emak~ ... seriuslah... T_T" katanya tidak habis lagi.
"Mak2 ape lagi... tidurlah gila.. esok kau mengajarkan.. " jerit Azam dari biliknya.

"Biarlah, kaulah gila" balas Isha terus lari ke biliknya lalu lompat ke atas katil.

####################################


Sedang Isha tidur lena, tiba-tiba sahaja telefonnya bergetar menandakan mesej masuk. Mula-mula dibiarkan sahaja lama-lama dia mula naik rimas kerana telefonnya bergetar banyak kali. Isha bangun dan lihat di skrin fon nya.. "hmmmm, pukul berapa ni" katanya sambil menggosok mata. (3:30a.m) "Kepala hotak dia sape budak gila yang mesej aku pagi2 buta nih" katanya lalu menekan notification di telefonnya.

~Hai, Assalamualaikum~ 016-5422759

(cubalah nombor ni.. mana tau jodoh korang, author bantai aje XD)

~Awak... tidur dah ke...??~ 016-5422759

~Awak.. morning... bangnlh... lynlah saya.. T_T..~ 016-5422759

Isya melihat nombor itu, "nombor siapa nih" katanya pelik melihat nombor yang tidak dikenali itu. Tiba-tiba dia teringat kata ibunya "Mak dah bagi nombor kamu dekat dia". Terus dia balas

~Wassalam~ Isya

~ Kepala hotak kau morning!! orng. nak tdolah gila!!~ Isha

~ Berani kau curi amek no fon kat mak aku "-_- ~ Isha


~Well, awak tau ke saya sape~ 016-5422759

~ Tau~ Isha

~ Ok, cuba teka siapa saya XD ~ 016-5422759

~ Syaitan yg suka mengganggu kaum manusia waktu pagi, dahlah.. chau... tak berminat nak tau -_-" ~

Terus sahaja dia mematikan telefonnya lalu cuba melelapkan mata semula sambil tersenyum. Ada sesuatu rasa yang cuba dia rahsiakan daripada orang lain. Rasa yang sepatutnya diluahkan tetapi digantikan dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.

###############################


"Dia panggil aku syaitan?? dahlah terus offline tinggalkan aku sorang2 .. huhuhuhu.. sabor jelah.. siapalah jadi laki dia nanti.. brutal betul si Isha ni.. " kata Adam berseorangan sambil baring di atas katil dalam biliknya.

" Eh, akulah bakal laki dia.., terlupa pulak" katanya tersenyum angau seorang diri.

"Haih, parahlah aku macam ni.. gila bayangkan kau!! Isha!! why!!! " jeritnya.


"Adam!! ya Allah tak tidur lagi budak ni! tidur2 !! esok kerja!! meroyan apa pagi2 ni dok jerit2! ibu ngantuk tau!! " jerit Puan Hajah Saimah wanita kesayangan Adam dari biliknya bersebelahan bilik anak terunanya itu.

" Maaf bu.. maaf2.. ye!! Adam otw nak tido ni!! goodnite!! jeritnya lagi.
Tiada sahutan. Dia beranggapan ibunya sudah tidur semula.

"Haish, moga mimpikan aku Isha" katanya didalam hati.

###############################

Empat bulan telahpun berlalu, semakin hari Isha semakin kerap berbalas mesej dengan Adam. Hatinya semakin berbunga, cerita lama telahpun dilupakan. Hari-harinya semakin bahagia menerima mesej-mesej dari Adam.

Adam : Assalamualaikum

Adam : Isha, kita keluar nak?? jalan2?? anggap lah kita ni keluar date?? pls?? :')

Isha : Waalaikumsalam, Haramlah keluar dua2an.. tak elok orang pandg
Adam : kalau macam itu kita halalkanlah.. senang ;->

Tiba-tiba Isha offline

Adam tertanya-tanya sama ada dia tersalah bicara atau ade salah di mana-mana. Dia benar2 mengharapkan jawapan daripada Isha.

Isya memegang jantungnya,
dupdapdupdapdupdapdupdap.. jantungnya berdegup kencang seperti orang yang baru menghabiskan larian pecutan 500m kali 4.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience