"Anjing punya budak!! terkejut aku!! huhuhuhu!! malunya... mana nak sorok muka ni ... habis jatuh maruah aku... " luah Isya dalam hati
Pelajar lelaki tadi masuk ke dalam dewan sambil tersenyum menahan tawa, Ingatnya ujian sudah bermula menyebabkan dia tergesa-gesa berlari anak mengejar ke dewan, tanpa dia sedari kesalahannya itu tadi menyebabkan seorang gadis yang amat comel pada pandangannya terkejut malah dijadikan bahan ketawa. Di dalam hatinya ada rasa kasihan tetapi dalam masa yang sama dia terasa lucu akan kejadian itu.
Isya memandang calon muet dari luar itu seperti mahu menerkam. Besar kecik besar kecik sahaja budak lelaki itu di pandangan matanya.
hampir tiga jam berlalu , masa yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Habis satu hari rasanya masa Isya dihabiskan menjawab semua soalan muet. Dari kertas reading, writing hinggalah listening bermula dari pukul 8 pagi dan habis pada pukul 1 tengah hari.
"Aduh, isya... tadi time kau jawab bahagian reading tu ko rasa susah tak? aku jawab sampai sakit tau mata aku ni dok baca karangan tuh.. nak bulat lagi... pikir jawapan mana satu yang betul lagi.. hampir minus mata aku.. huhuhuhu" adu ira.
"Well, kalau namanya isya... mata tu gak perlu minus2 dong... bisa diatasin kok... mau tau gak gimana caranya?? "tanya isya sengaja menggunakan bahasa Indonesia.
"Hah, macam mana?? "tanya ira bodoh2 alang.
" Yah... asal lo tau yah.... sebenarnya gue ini memang udah pasrah sejak gue lahir doang kok... Jadi... masuk aja exam ya ofcourse gue guna cara baca bismillahhirahmanirrahim aja... dimana habis bacaannya gue bulatin aja loh... hahahaahahahaha" gelak isya sendiri.
"Bodohlah isya!!! aku tanya btul2kan... hahahahahahhah... " gelak ira tidak dapat menahan tawanya.
Tanpa Isya sedari ade sepasang mata memerhatinya sejak dari tadi.
" Lawak pulak ponpan nih, memang dilahirkan jadi pelawak kot, hahahaha " kata Adam di dalam hati. Geli hatinya, melihat telatah gadis itu.. apabila dia perhatikan gadis itu betul2 dia baru perasan sesuatu.
" Eh?? ni bukan ke budak yang terkejut ke time aku jerit tuh... ??
Share this novel