Bab 5

Romance Completed 8838

Adam sedang baring dia atas katil sementara Taufiq sudah pulang ke rumahnya. Kehidupan Adam tidaklah mewah mana tetapi berkat kerjanya di pejabat, dia berjaya dinaikkan pangkat sebagai manager XIXILI SDN.BHD di Kuala Lumpur. Ramai yang tidak percaya dia sebagai lelaki pada usia 28 tahun sanggup bekerja di syarikat yang menjual pakaian dalam wanita. Baginya dia tidak segan asalkan kerja yang diperoleh itu adalah dari rezeki yang halal dan memberikan faedah kepada dirinya juga keluarganya. Adam masih bujang walaupun umur dan..
ekonominya sudah cukup sesuai mempunyai keluarga. Ayahnya adalah doktor sementara ibunya pula adalah adalah suri rumah sepenuh masa.


Walaupun Adam mempunyai keluarga yang agak kaya, tetapi dia tidak pernah mengharapkan harta dari bapanya. Menjadi abang yang sulung daripada 5 adik beradik menjadikannya seorang abang yang matang dan berdikari. Sementara berbaring di atas katil mindanya sentiasa memikirkan wanita yang sound dia pagi tadi. Gadis itu berjaya mencuri hatinya, sifatnya yang garang dan kelakar , membuatkan Adam tertarik ingin mengenali wanita itu dengan lebih rapat.


" Hmmmmm, bilalah nak jumpa dia lagi."sungut Adam sendirian.

Semakin lama matanya semakin berat, akhirnya dia tertidur memikirkan wanita itu.

###############################


"Mak, mak tau tak mak siapa yang ica jumpa tadi" kata ica sengaja menyoal ibunya.

"Siapa?? Datuk?? Datin?? alah cah... sejak kita pindah KL ni mak dah tak heran dah kamu jumpa siapa" jawab Puan Nadrah.

"Alah, mak ni.. tak sporting lah.... tadikan.. Ica jumpa orang yang paling icah menyampah mak.. mak ingat tak dulu yang icah pernah cerita kat mak.. budak yang buatkan icah terkejut sampai berdiri tuh... alah.. musuh icah lah mak.. takkan dah lupa.. hmmm.. harap2 tak jumpa lagi lah pasni... menyampah tengok muka dia menyakitkan hati je" kata ica bercerita tanpa ditanya.

"Ouh, budak yang kamu pernah cerita tu ke.... haaaaa.... "

"Haaaaaa, yelah... ingat dah?? " tanya ica lagi.

"Tak, tak ingat... dah2 pergi tidur.. masuk bilik ..pukul berapa dah ni... "jawab Puan Nadrah terus mengarahkan anaknya masuk ke bilik.

"Haaaaaaaa... mak.... kalau macam ni baik icah tak yah citer.. spoil mood lah mak ni.... orang dah excited dah nak ngumpat dia.... huhuhuhu.. baik sembang ngan ngan diri sendiri.... " rungut icah keseorangan sementara ibunya telah masuk ke bilik.

" Citerlah sensorang.... malam2 macam ni.. kalau kamu giat duduk sorang2 katanya ade lagi yg nak teman kamu bercerita.. haaa.. cerita lah dengan hantu tuh" sempat Puan Nadrah mengusik anaknya selepas terdengar anaknya bersungut di ruang tamu.

Isya, pandang ke kiri dan ke kanan lalu terus berlari menuju ke biliknya. Seram dia diusik begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience