Bab 9

Romance Completed 8838

"Aku terima akan nikahnya Nur Karlisha Binti Mohd Said dengan mas kahwinnya RM 300 ringgit tunai... "

Dengan sekali lafaz sahaja Nur Karlisha kini sah milik Muhammad Adam.

selesai sahaja bacaan doa, perlahan-lahan Adam pergi ke arah Isha yang duduk bersimpuh. Adam menghulurkan tangannya lalu Isha menyambut dengan penuh kasih sayang dan mencium tangan Adam yang kini merupakan suaminya yang sah. Adam mencium ubun-ubun Karlisha dengan penuh rasa cinta. Sesungguhnya, dia bersyukur bahawa penantiannya selama ini tidak sia-sia.

##############################

* Pada Malam Pertama Mereka*

Isha perlahan-lahan membuka pintu. Dia melangkah keluar dari bilik air dengan penuh berhati-hati kerana takut bakal mengganggu Adam yang sedang tidur. Dia pandang katil king size di hadapannya.
"Habis satu ruang katil dia baring... Badan dia ni tak boleh lebar lagi ke macam mana.. Aduh... nak selit mana nih... "

" Selit kat hati sayalah" Jawab Adam terus bangun lalu duduk memandang Isha.

"Wuuuuuuu, dia pakai baju tidur yang kita bagilah" usik Adam.

" Harghhhhh!!! tak payahlah pandang gila!! " balas Isha menutup badannya yang hampir terdedah semuanya.

Sebagai seorang manager di Xixili Adam dapat mengambil apa-apa sahaja jenis pakaian dalam yang dia suka tanpa dikenakan bayaran. Sebaliknya dengan menggunakan kad pekerja dia dapat menjimatkan duitnya dan dapat mengambil set pakaian dalam dan baju tidur yang mahal untuk isterinya Isha berjenama Xiloutte. Pakaian dalam yang dipakai Isha teramatlah jarang sehingga menampakkan bahagian dalam.


"Gila-gila apa gila.. dah jadi laki ponlah... panggillah abang ke.. sayang ke... hahaahahahah" Kata Adam galak mengusik.


" Kenapa pulak nak panggil abang.. umur kita bukan sebaya ke?? " tanya Isha

" Ok umur awak berapa? " tanya Adam semula

"23 tahun, awak nampak macam baby face.. so.. panggil saya kakak.. hahahahahah" Kata Isha gelak sendiri

" Kakak awak sebaya!! hahahaahah, tulah... berangan lebih.. tulah.. nampak sangat awak tak hormat saya sebelum nih.. saya 28 tahu tak... " Terangnya.

" Dah, dengar apa abang awak nak cakap nih... meh duk sebelah abang" arah Adam.

" Tak naklah.. entah apa awak nak buat" Kata Isha takut-takut.


" Alah, kalau saya buat apa pun.. macamlah kita boleh dapat baby malam ni"
Gurau Adam.


" Haarghhhh!! lagilah tak nak dekat.." kata Isha dengan muka merah menyala.

"Ok, Isha datang sini atau abang sana?? " Soal Adam memerangkap Isha.

" Ok, abang pergi keluar, Isha pergi kat katil trus".

" Susah sangat" Adam terus bangun dari katilnya dengan hanya memakai boxer dan baju tanpa lengan menuju ke isterinya.


" Aaa.. a. abang nak buat app!!!! arghhh!!! belum sempat dia habiskan soalannya Adam sudah mengangkat dia menuju ke katil. Sesampai saja di katil Adam terus mencampakkan Isha di atas katil.

" Aduh!! awak ni!! Iron woman ke?? urat dawai tulang besi?? patah tulang saya tau" kata Adam.


" Alah... sorylah.. sape suruh angkat saya, kan dah sakit sendiri"

" Ada satu syarat kalau nak dimaafkan" kata Adam sambil dalam otaknya sudah punyai plan.

" Apa syaratnya? " tanya Isha


Adam senyum sambil membuka bajunya lalu menutup lampu. Dalam kegelapan, Adam menyambung ayatnya.

"Selesaikan malam pertama kita"

####################################

Dua bulan selepas itu.

Adam tidak dapat menahan lagi rasa loyanya. Tanpa menunggu masa dia terus berlari ke arah singki bilik air dan lalu memuntahkan isi perutnya. Isya yang melihat keadaan suaminya berasa kasihan.
"Abang ada salah makan ke?? kita pergi klinik nak?? " tanya Isha

" Abang tak rasa yang abang ada salah makan pon.. nantilah kita pergi klinik. Isya temankan abang nanti ye. Abang tak larat betul ni" balas Adam.

####################################

"Saya tak rasa yang Encik Adam ni keracunan makanan. Demam pon tidak, tapi cuma satu je yang saya nak tanya, bukan pada cik Adam ye... saya nak tanya pada Puan.. ada tak rasa apa2?? pening ke mual ke?? " tanya doktor di Klinik itu.

" Saya tak ada rasa apa2 pon.. mual tidak pening pon tidak" balas Isha

" Ok, last question.. akhir2 ni.. Puan ada datang bulan tak?? " tanya doktor itu lagi inginkan kepastian.

" Saya memang belum period lagi bulan ni?? kenapa ye?? tanya Isha . " Eh, sekejap?? maksud doktor... saya hamil ke?? tanya Isha dengan muka yang mula ceria.


" Saya tak pasti lagi tapi kalau nak tahu, kita kena check up dululah ye... Ok.. ikut saya.. " Arah doktor itu lalu membawa Isya ke bilik pemeriksaan.

Adam yang mendengar sahaja dari tadi diam tanpa bertanya apa-apa. Dalam hatinya dia amat mengharapkan bahawa isterinya benar-benar hamil.

15 minit selepas itu, Isha dan doktor tersebut datang semula ke dalam bilik yang Adam tunggu. Isha duduk di sebelah Adam lalu tersenyum bahagia.

" Encik Adam, tahniah saya ucapkan!! isteri encik telah disahkan hamil " Kata doktor itu tumpang gembira.

"Ya Allah!! Sayang!! " air mata Adam terus mengalir. Dia memeluk Isya yang duduk di sebelahnya lalu mencium ubun-ubun Isha. "Terima kasih Ya Allah, Terima kasih Isha " katanya syukur dengan pemberian tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience