Isya sedang duduk di dewan peperiksaan. Beberapa minit sahaja lagi kertas ujian MUET sesi 3 akan diedarkan kepada setiap calon. Sedang calon lain gusar memikirkan apa yang bakal keluar dalam kertas soalan tersebut tetapi lain pula bagi Isya. Baginya, redha itu penting walaupun dia tidak. mengulangkaji langsung pada malam sebelum ujian.
"Baiklah, pengawas akan edarkan kertas soalan muet bagi sesi 3. Calon dikehendaki menyemak kertas soalan yang diberi seterusnya calon hendaklah mengisi borang. Pastikan nama anda tertulis pada
setiap muka surat pada kertas jawapan dan kertas soalan muet writing" arah pengawas yang bertugas di dewan itu.
Walaupun Isya langsung tidak mengulangkaji tetapi Isya agak teruja sebaik sahaja dia terima kertas soalan itu, sambil dia mengisi namanya dia tersenyum dan menggoyangkan kakinya tanda senang hati. Baginya ujian muet ini amat mudah kerana dia telahpun nenghafal format dan cara menjawab.
"Maaf, saya terlambat!! jerit seorang calon lelaki dari luar dewan. Isya sudah menyumpah seranah di dalam hati, mana tidaknya.. akibat jeritan budak itu dia terkejut sehingga terlompat lalu berdiri. Mata-mata calon lain, tidak mengendakan pelajar lelaki itu, sebaliknya.. Isya menjadi perhatian dan bahan ketawa satu dewan.
Share this novel