Chapter 5

Horror & Thriller Completed 15459

BAB 5

Semasa berjalan Lily terserempak sebuah kedai menilik nasib. Lily berkira-kira untuk masuk ke kedai tersebut namun dihalang oleh si tunang. Walau bagaimanapun, Lily tetap berkeras untuk masuk ke kedai itu.

"U, I nak masuk kedai tilik nasib tu sekejap boleh?"

"Nak buat apa? Tak payah lah. U ni percaya betul dengan benda-benda mengarut."

"I bukan nak buat apa-apa pun la u. Kita masuk sekejap ok? "

Tunang Lily terpaksa mengikut kehendaknya dan masuk ke kedai tilik itu bersama.

Kelihatan seorang lelaki iaitu pemilik kedai tilik menjemput mereka berdua masuk. Lily mengatakan hasratnya untuk menilik nasib dirinya. Ketika pemlik itu menilik nasib Lily, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh pada diri Lily. Kelihatan bingkai gambar di dinding retak, lampu bergerak. Tiba-tiba pemilik itu mendapat satu bayangan dan melepaskan genggaman tangan Lily.

"Oh! Maafkan saya. Saya tak mampu nak teruskan penilikan ini. Saya rasa eloklah awak balik."

"Tapi kenapa?? Apa yang awak nampak? Awak nak saya tambahkan bayaran ke? Berapa? Saya sanggup bayar berapa saja yang awak nak. Tapi saya minta awak habiskan penilikan awak."

"Ini bukan soal wang. Tapi saya betul-betul tak mampu nak teruskan penilikan saya ni."

"Baiklah. (dengan nada akur) Saya tak patut bagitahu awak tentang perkara ni. Tetapi disebabkan awak memaksa saya, saya akan bagitahu juga. Cuma saya nak awak bertenang selepas mendengar apa yang ingin saya cakapkan. "

"Apa yang awak nak beritahu saya? "

"Sebenarnya, awak telah disumpah."

"Biar saya tilik tangan awak. (Memegang dan menilik tangan Lily) Butang! Butang baju awak mana? Memang sah awak dah kena sumpah!"

"Apa yang patut saya lakukan sekarang cik? Tolonglah saya cik.. Saya taknak sesuatu yang buruk jadi kat saya.." Lily Sudah mula mengalirkan air mata.

"Eloklah awak balik dulu.. Tenangkan diri awak.. Saya akan cuba fikirkan jalan macam mana nak selesaikan masalah awak ni.."

"Baiklah cik.. Saya berharap sangat cik dapat tolong saya.. Saya sanggup bayar cik berapa pun yang cik mahu..."

"Dah tu Lily.. Jom kita balik.. Jangan nak percaya sangat benda-benda mengarut yang dah terang-terang syirik..." Tunang Lily bercakap dalam nada sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience