Chapter 10

Horror & Thriller Completed 15459

BAB 10

Keesokan harinya, tukang tilik tersebut menelefon Lily dan menyatakan bahawa cara terakhir untuk menghentikan perkara aneh yang melanda dirinya ialah dengan menanam butang miliknya yang telah disumpah oleh wanita tua itu di kubur wanita itu sendiri pada lewat malam. Selepas mendapat panggilan tersebut, Lily mundar-mandir di rumahnya dan masih mempertimbangkan saranan tukang tilik tersebut.

Akhirnya, Lily nekad untuk menanam butang tersebut. Lily pergi ke biliknya dan mengambil sampul yang berisi butang yang telah disumpah itu dan bergegas pergi ke kawasan perkuburan wanita tua tersebut.

Setelah seharian memikirkan perkara tersebut, akhirnya Lily nekad untuk melakukan apa yang disarankan oleh penilik nasib tersebut. Tambahan pula, tunangnya berkerja diluar daerah hari ini. Pasti rancangannya tidak akan diganggu.

"Ah! Aku nekad nak buat! Aku nak hentikan semua ni. Aku taknak hidup aku berakhir sebab butang bodoh tu!'

Setibanya di kubur wanita tua itu, tanpa melengahkan masa, Lily terus mengorek kubur wanita itu walaupun hujan turun dengan lebatnya. Untuk menanam butang yang telah disumpah itu, bukanlah mudah kerana tiba-tiba wanita itu bangkit dan bergelut dengan Lily. Akhirnya Lily telah berjaya menewaskan wanita tua itu dan dengan kadar yang segera dia meletakkan butang yang telah disumpah itu ke dalam kubur wanita tua itu dan menimbus kembali kubur tersebut.

Lily berjalan dengan penuh rasa yakin di dada dan akhirnya Lily terjumpa kubut milik wanita tua tersebut. Tanpa melengahkan masa, Lily terus mengorek kubur wanita tua tersebut.

"Heh! Berakhirlah semua mimpi ngeri aku selama ni perempuan bodoh!," kata Lily sambil marah.

Selepas berjaya mengorek kubur wanita tua tersebut, tanpa terbayang hal ini akan berlaku, tiba-tiba roh wanita tua itu bangkit dan mereka bergelut. Akhirnya, Lily berjaya menumpaskan wanita tua itu dan dengan kadar segera, Lily mencampakkan sampul surat yang berisi butang itu kedalam kubur wanita itu semula. Tanpa melengahkan masa, Lily mengambus semula tanah tersebut dan berharap semuanya akan selesai.

"Tak guna punya orang tua! Ilmu sihir kau takkan mampu ganggu hidup aku lagi lepas ni! Kau boleh pergi mati dengan butang bodoh kau tu!" Lily puas sambil terduduk di atas tanah.

.......................

Keesokan harinya, Lily telah bangun tidur dengan perasaan yang ceria dan lega kerana dia telah berjaya menghentikan kejadian aneh yang menghantui dalam hidupnya.

"Akhirnya semua dah berakhir. Taka da lagi termimpikan kau perempuan sial."

Lily dan tunangnya sedang menunggu giliran mereka untuk memasuki sebuah restoran, tunang Lily telah menunjukkan satu sampul surat yang berisi butang kepada Lily dan menyatakan bahawa dia telah tersalah mengambil sampul surat ketika insiden mereka bertengkar di halaman rumah Lily tempoh hari.

"Eh, I lupa nak cakap dengan you. Masa kita bergaduh depan rumah you pasal penilik nasib yang gila tu, kan beg you terjatuh and envelope dalam poket I pun jatuh. Kita dah tertukar envelope la. This is your button yang konon-kononnya dah disumpah tu. (Tergelak) Can I have my envelope back? Dalam tu ada syiling yang you bagi dulu. Takkan you nak ambil balik?"kata tunang Lily.

"What? Button? Mustahil! Mustahil aku masukkan syiling dalam kubur si tua tu! Mustahil!", jerit Lily.

"Hey Lily, whats wrong? Kalau you tak bawak syiling tu sekarang tak pe la. I can have it later."

"Mustahil you boleh ada butang tu! Semalam I da tanam butang tu dalam kubur perempuan tua gila tu! I dah buang semua bala tu! Mustahil! Mustahil! I taknak mati lagi! Taknak! "

Lily seakan-akan tidak percaya bahawa bahawa dia telah terambil sampul surat yang salah dan apa yang ditanamnnya di kubur wanita itu ialah duit syiling dan bukannya butang seperti apa yang diarahkan oleh tukang tilik tersebut. Lily yang masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, terus berlari menuju kearah jalan raya dan akhirnya Lily dilanggar oleh sebuah lori trailer.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience