Chapter 1

Horror & Thriller Completed 15459

BAB 1

Keadaan yang sesak di jalan raya membuatkan Lily Amizaira, seorang peguam berusia 20-an yang sudah bertunang dengan seorang jejaka mengelamun jauh dan mengeluh di dalam kereta bersendirian.

Setibanya Lily di meja bekerja beliau, terdapat seorang anak guamnya yang sedang menunggu kehadiran Lily. Kelihatan dari riak muka wajah anak guamnya itu sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Lily.

"Selamat pagi Encik Hariz. Wah! Senyum lebar pagi ni nampaknya. Sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan tahniah lah pada Encik Hariz sebab kita dah menang kes yang lepas. Keadilan berpihak kepada kita akhirnya."ucap Lily kepada Hariz.

"Tahniah juga kepada awak Lily. Tanpa awak, saya tak rasa saya boleh menang kes ni. Alhamdulillah. "

Lily berborak sehingga anak guamnya berlalu pergi. Selepas kelibat anak guamnya itu hilang, Lily melihat tempat kosong di hadapannya dengan penuh keinginan dan mula berfikir bilakah masa yang sesuai untuk Lily menjadi salah seorang rakan kongsi di firma tempat kerja beliau.

Ketika Lily sedang mengelamun jauh, tiba-tiba Lily teringatkan sesuatu dan terus berjumpa dengan majikannya untuk bertanyakan sesuatu.

"Eh! Nak jumpe Cik Ghani la. "

Lily mengetuk pintu bilik majikannya.

"Yes, Lily! Come in. Have a sit. Ada apa-apa yang nak dibincangkan?"

"Ehmmm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience