Chapter 4

Horror & Thriller Completed 15459

BAB 4

Selepas kejadian itu, majikannya datang kepada Lily dan memberitahu bahawa kes terdahulu yang dikendalikan oleh Lily amat memuaskan. Jadi, kemungkinan besar Lily berpotensi untuk menjadi rakan kongsi firma itu.

"Jauh awak termenung Lily. Masih ingatkan perkara tadi ke?", tegur En Ghani.

"Eh! Cik Ghani! Tak ada lah. Saya ok. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

"Lily..Lily.. Macam lah saya baru kenal awak tiga minit lepas. Saya kenal awak Lily. Apa-apa pun, awak tak perlu risau lagi tentang perkara yang terjadi tadi ok? Saya ada berita gembira untuk awak.Disebabkan kes-kes yang awak kendalikan sebelum ini berjaya, dengan prestasi kerja awak yang bagus, saya rasa awak adalah pekerja saya yang sesuai untuk menjadi rakan kongsi firma guaman saya ini. Awak nak terima tak tawaran saya ini?"

"Betul ke cik Ghani? Cik Ghani tak main-main?", Lily bertanya dengan penuh teruja.

"Tak kan la saya nak main-main dalam hal ni? Awak nak tak terima tawaran saya ni?"

"Eh! Mestilah saya terima. Ini yang saya impi-impikan cik Ghani. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak sebab percaya dengan kebolehan saya..." Lily menerima dengan hati yang sangat gembira.

............

Semasa Lily hendak ke keretanya, dia ternampak sebuah kereta yang pelik dan mencurigakan di hadapan keretanya. Ketika itu, Lily dapat merasakan sesuatu perkara yang buruk akan berlaku.

"Ish..kenapa rasa semacam ni? " Lily bermonolog di dalam hatinya.

"Makcik! Apa yang makcik buat dalam kereta saya ni?! Macam mana makcik boleh masuk dalam kereta saya ni. Apa lagi yang makcik nak dari saya?", Lily berkata dengan penuh rasa ingin tahu dan marah.

"Kau dah malukan aku depan orang ramai. Kau ingat kau boleh lepas? Terimalah balasan daripada aku."

Semasa Lily lemah dalam pergelutan, wanita tua itu sempat menarik butang baju Lily, dan membacakan sesuatu seakan-akan menjampi butang baju Lily. Kelihatan juga seperti Lily dipukau oleh wanita tua itu.Suara Lily menjerit meminta pertolongan.

Tunang Lily membawa Lily keluar makan untuk menenangkan hatinya.Lily kelihatan termenung jauh di depan makanan.

"Da la u. Jangan difikirkan lagi. Biar polis yang selesaikan kes u ni. I yakin makcik tu tak kan terlepas. Dia tak kan ganggu You lagi." kata tunag Lily.

"I harap sangat macam tu. I jadi takut lepas insiden tu. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience