Chapter 7

Horror & Thriller Completed 15459

BAB 7

Keesokkan harinya, tunang Lily menghantarnya ke tempat kerja. Lily cuba untuk menyorokkan kecederaan yang dialaminya semalam dan hal itu disedari oleh tunangnya

"Good morning you. (Sambil tersenyum) Eh, kenapa dengan muka you lebam tepi mulut ni kenapa? Siapa buat you macam ni?"

"Ermm. Tak ada apa-apa. I terjatuh kat bilik air semalam. You jangan risau, sakit sikit je. Tak teruk mana pun."

"Are you sure? Nanti you pergi klinik ok?"

"Ok. You tak payah risau. I tau macam mana nak jaga diri.." Lily menjawab dengan nada acuh tak acuh dan bermonolog sendirian.

"Tak guna aku bagitau kau kenapa muka aku lebam. Kau x pernah percaya dengan apa yang aku cakapkan...Bisik Lily sambil melemparkan pandangan ke luar kereta dengan perasaan yang sarat dengan kekecewaan dan kereta pun meluncur laju di atas jalan raya.

.................

Lily keletihan dengan apa yang dialami, Lily cuba untuk selesaikan semuanya dengan pergi ke rumah wanita tua itu. Lily menahan sebuah teksi dan tersandar keletihan di tempat duduk belakang.

"Selamat tengah hari cik. Cik nak kemana?"

Lily masih terdiam dan otaknya ligat memikirkan cara bagaimana untuk mengakhirkan segala kekusutan yang melanda dirinya. Tiba-tiba dia terfikir untuk pergi ke rumah wanita tua tersebut untuk memohon maaf dan sekaligus boleh menghentikan segala perkara aneh yang sedang melanda dirinya

"Ye cik, kita nak kemana ni? Cik.. Cik..??"

"Oh, maafkan saya pakcik. Ermm.. Kita pergi ke alamat ni "..Sambil menghulurkan sekeping kertas kecil.

Teksi meluncur laju di atas jalan raya dan Lily cuba untuk melelapkan mata.

Setibanya, Lily di rumah wanita tua itu, dia mendapati wanita tua itu telah meninggal dunia. Sebelum meninggalkan rumah wanita tua itu, anak wanita tua itu memberi sesuatu kepada Lily iaitu peninggalan wanita tua itu kepada Lily.
Lily terus masuk ke dalam teksi yang telah menunggunya dari tadi dan otak Lily masih ligat berfikir apa yang patut dilakukan pada butang itu.

Lily masih pelik dengan butang yang diberikan oleh remaja perempuan tersebut dan tiba-tiba dia terfikir untuk berjumpa penilik nasib agar penilik nasib tersebut dapat membantunya untuk menyelesaikan masalah ini.

"Ye cik, kita nak ke mana ni?"

"Kita pergi ke Jalan Imbi. Ni alamatnya,," kata Lily Sambil menghulurkan sekeping kertas yang terkandung alamat kedai penilik nasib tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience