Chapter 9

Horror & Thriller Completed 15459

BAB 9

Pada malam jumaat yang dijanjikan, Lily akhirnya pergi ke sungai untuk upacara membuang bala yang selama ini menghantui dirinya. Tanpa disedari, tunang Lily telah mengekori Lily dari belakang dan telah memarahi Lily kerana mempercayai perkara-perkara tahyul tersebut dan tunang Lily memaksanya pulang ke rumah dan menghentikan upacara pembuangan bala itu.

Akhirnya, malam yang telah diaturkan pun tiba. Lily, tiba di sungai tepat pada masa yang telah dijanjikan.

"Kamu dah bersedia Lily? Kamu jangan ada rasa berbelah bahagi. Kamu kena yakin dengan apa yang kita akan lakukan."

"Erm.. saya.. saya yakin dengan apa yang saya buat. "

Baru sahaja acara membuang bala hendak bermula, tiba-tiba tunang Lily muncul dan berlaku sedikit pertengkaran yang akhirnya menyebabkan acara membuang bala itu terhenti dan tunang Lily memaksanya pulang.

"Lily! What are you trying to do? Ni semua syirik! I tak sangka u still berhubung lagi dengan penilik nasib yang bodoh ni! Dah, jom ikut I! Kita balik!"

Lily kelihatan terpinga-pinga dan berbelah bahagi. Akhirnya Lily mengikut tunangnya dan sepanjang perjalanan ke rumah Lily, mereka diam seribu bahasa.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lily yang mempercayai tukang tilik tersebut, Lily dan tunangnya telah bertengkar di perkarangan rumah Lily. Dalam pertengkaran tersebut beg tangan Lily telah terjatuh dan sampul surat dan dompet yang terdapat di dalam beg tangan Lily bertaburan.

Dengan perasaan yang serba salah, tunang Lily tunduk untuk mengutip barangan tersebut dan sepucuk sampul surat telah terjatuh dari baju tunang Lily. Tunangnya telah memasukkan barangan Lily ke dalam beg tangannya dan tunang Lily mengambil kembali sampul suratnya yang terjatuh dan meletakannya kembali ke dalam poketnya.

Setibanya di rumah Lily, Lily terus keluar kereta dan meluru masuk ke dalam rumah. Hal itu membuatkan tunang Lily merasa tidak puas hati dengan tindakannya. Oleh itu, berlakulah sedikit pertengkaran kecil di antara mereka.

"Lily! I

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience