BAB 5

Romance Completed 9312

“Are you sure?” balas lelaki itu ringkas. Suka dia melihat wajah merah padam gadis itu. Marah atau malu barangkali.

“Ya. I’m very sure. Saya tak peduli. Saya nak jugak pen ni. Awak jangan cari pasal dengan saya.” Alisya membentak keras.

Dia tidak menghiraukan kepada beberapa pasang mata yang sedang memerhatikan mereka berdua. Pantas lelaki itu merampas pen yang berada di tangannya.

“Kalau awak nak. Ambillah.” Lelaki itu meletakkan pen tersebut di dalam poket baju kemejanya.

Dia mahu melihat sejauh mana keberanian gadis itu merampas pen tersebut daripadanya. Direnung wajah bujur sirih milik Alisya. Wajah yang selama ini dirinduinya.

Sudah lama dia impikan saat indah begitu. Dia tersenyum melihat wajah keruh di hadapannya. Peluh mula keluar dari dahi gadis itu. Sebentar kemudian dia tersentak apabila gadis itu mengambil pen tersebut di poket bajunya.

“Sorry. It’s mine. Tengok takdir pun menyebelahi saya.” Alisya hairan melihat lelaki itu merenungnya tanpa berkelip.

Timbul perasaan nakal untuk merampas pen tersebut daripada lelaki itu. Kini pen itu sudah pun berada di dalam tangannya. Lelaki itu hanya tersengih memandangnya.

“Awak ni dah tak siuman agaknya. Tersengih dari tadi. Macam kerang busuk tahu tak?”

Alisya pantas meninggalkan lelaki itu dan berlalu ke kaunter pembayaran. Tidak kuasa dia terus melihat lelaki yang kaya dengan sengihan itu. Geli dibuatnya.

“Eh Aiman. Tunggu apa lagi ni? Jomlah kita balik. Tak kan nak berkampung kat sini kut?” Zakri yang turut menyaksikan peristiwa tersebut terus mengajak Aiman pulang. Sudah hampir 3 jam mereka di kedai itu.

“Jomlah. Sibuk ajelah kau ni.” Mereka beriringan melangkah ke kaunter pembayaran.

Dilihatnya Alisya sudah tiada di situ. Dia tersenyum mengenangkan pertemuan yang tidak disengajakan antaranya dan Alisya. Terasa ingin dipeluk tubuh insan yang amat dirinduinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience