BAB 7

Romance Completed 9312

“Ah! Lega. Nasib baik dia tak ada. Kalau tak, habis bocor rahsia aku hari ni. Aku kena cepat ni. Kejap lagi ada kuliah pulak.”

Seperti biasa dia akan melakukan rutinnya itu dengan meletakkan kad di cermin kereta Alisya. Sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi meninggalkan kereta gadis itu, tiba-tiba dia terdengar derap langkah seseorang di belakangnya.

“Dah lama Aiman buat kerja ni? Kenapa tak terus jumpa Putri je.” Walaupun pada mulanya Alisya agak terkejut apabila melihat Aiman rupa-rupanya lelaki yang berebut pen dengannya tempoh hari. Aiman pula terus memusingkan badannya ke arah Alisya.

“Putri..” Kerana masih terkejut, hanya itu yang terkeluar daripada mulut lelaki itu.

“Kenapa Aiman buat Putri macam ni? How could you.” Tiba-tiba perasaan sebak menyelubungi hatinya.

Air mata yang ditahan sedari tadi kini mula mengalir ke pipinya. Aiman yang menyedari keadaan itu, mula menghampiri gadis yang selama ini menjadi pujaan hatinya. Dia menyentuh kedua-dua bahu gadis itu.

“Putri jangan nangis lagi. Ya sayang. Aiman tak ada niat lain pun. Cuma Aiman nak lihat adakah Putri masih mengingati Aiman. That’s all. I’m so sorry.” Aiman terus menyeka air mata yang membasahi pipi mulus milik Alisya Putri.

“Kenapa hanya menghantar kad sebagai pemuas hati Aiman? Tanpa Aiman sedar, yang Aiman telah menyiksa hati Putri.”

“Maafkan Aiman, sayang. Bukan Aiman sengaja nak hidup Putri tersiksa. Tapi Aiman buat semua ni sebab Aiman cintakan Putri. I love you, Putri. I love you.” Aiman pantas memeluk erat tubuh kecil di hadapannya. Biar cinta dan sayangnya turut mengalir ke tubuh itu.

“Kenapa Aiman tak bersemuka terus je dengan Putri. Aiman tahu tak dah lama Putri pendam perasaan ni. Nak cari Aiman, Putri tak tahu nak mula dari mana. Sekarang, Aiman dah pun ada di hadapan Putri.

Biarlah hari ini Aiman tahu segala-galanya. Putri pun cintakan Aiman. Putri tak tahu sejak bila perasaan ni hadir. Tahu-tahu je Putri takut kehilangan Aiman dalam hidup Putri.” Alisya menyentuh lembut tangan Aiman. Dia tahu kebahagiaan kini juga akan menjadi miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience